Orang itu marah-marah kepada Ketua Menteri.
Katanya, Ketua Menteri tidak mahu menemuinya walaupun dia sudah ke pejabat. "Tidak patut Ketua Menteri tidak mahu jumpa saya padahal saya telah berjasa turut membawa UMNO masuk ke negeri ini".
Dia perlihatkan surat-suratnya yang menyatakan bahawa dia salah seorang yang telah berjasa membawa UMNO masuk ke Sabah.
"Saya kecewa Ketua Menteri tidak mahu jumpa saya," katanya.
Saya bertanya apa perlunya beliau berjumpa Ketua Menteri?
"Saya mahu hantar surat permohonan kepada CM tetapi tidak dilayan," dia memberitahu.
"Mana suratnya...mari saya tengok," kata saya.
Diapun mengeluarkan surat yang dimaksudkan itu.
Ada tiga perkara yang dipohonnya untuk dipertimbangkan oleh Ketua Menteri.
Setelah membaca surat itu, saya berasa ingin marah juga. Saya mahu marah kepada orang yang telah mendraf surat dan memberi nasihat yang salah kepada orang tua itu.
"Siapa yang menulis surat ini, pakcik?" saya bertanya.
"Saya sendiri tulis," katanya dengan yakin.
"oh!"
"Apa pendapatmu, ngamkah surat pakcik itu?"
"Kenapa CM tidak mahu kasi? Tidak mahu kasi lulus permohonan saya?" Apa salahnya surat itu?" tanyanya.
Saya mahu mengatakan bahawa surat itu tidak sepatutnya ditulis begitu tetapi memikirkan dia orang tua, saya tidak mahu menyinggung perasaannya.
Kalau saya katakan surat itu betul, saya merasa saya pula tidak betul dalam memberikan nasihat kepadanya.
Dia mengaku seorang ketua cawangan Umno di sebuah daerah di Pantai Timur Sabah. Berdasarkan surat-suratnya, belaiu memang pernah terlibat dalam usaha menubuhkan cawangan-cawangan UMNO pada awal pertumbuhannya di Sabah pada 1991 dahulu.
"Saya kecewa kerana CM tidak mahu jumpa," katanya lagi. saya membaca suratnya dengan teliti.
Perkara pertama yang dimintanya ialah menjadi anggota kanan kabinet negeri!. Bagaimana dia boleh menjadi anggota kanan kabinet sedangkan dia bukan wakil rakyat atau YB yang dilantik?
Saya memandangnya, cuba membaca airmukanya. Beliau seorang yang waras, saya kira tetapi kenapa dia terfikir begitu?.
Perkara kedua yang dimintanya ialah menjadi TYT. Apa kelayakan menjadi TYT? Saya cuba memperhalusi kewajarannya.
Perkara ketiga yang dimintanya, membuat saya berfikir masih wujudkah lagi jawatan itu. Katanya, dia mahu menulis juga kepada Datuk Seri Najib untuk memohon jawatan itu.
Orang tua itu memohon untuk jawatan `pengintip rahsia'.
Saya fikir kalau orang tua ini minta diberikan projek, akan lebih mudah barangkali ia dipertimbangkan oleh Ketua Menteri.
Tapi beliau meminta jawatan pengintip rahsia.
Dia memohon mahu menjadi sepai? Saya teringat James Bond yang popular dengan filem 007nya yang berkisah mengenai spy.
Orang dahulu menyamakan pengintip sebagai talibarut.
Jawatan pengintip rahsia? Berapa gajinya ya?
6 comments
sdr saya kenal orang itu... memang dia mantan polis zaman british... tapi kerana fikiran terganggu... maka di diberhentikan..
orangnya smart juga. tak kelihatan fikirannya terganggu, tetapi surat yang dikarangnya itu, rasanya tak berapa logik.terimakasih atas respon
macam tidak lurus saja tu. kasihanlah dia nanti kalau dijadikan bahan ketawa pekerja ofis CM.
Cikgu, saya ndak tahu sama ada dia tu betul atau tak betul. Tapi saya rasa dia memang betul betul obses dengan jawatan yang dimintanya itu, dengan alasan dia orang berjasa.saya mahu membetulkan suratnya tetapi belum sempat lagi membantunya membuat pembetulan. Dia marahmarah tak jumpa CM itu bagi menyampaikan hasrat di hatinya.salam
bagus ceritanya.. :)) mohon copy untuk kenangan2 di blog abunuha.
terima kasih. cerita biasa saja ustaz.cerita kehdupan manusia di sekeliling kita.copy saja tak jadi masalah, sekadar untuk dibaca.