Sabtu, 10 April 2010

Catatan sebaik turun heli

Tags

Sebaik turun dari helikopter kami diberi tuala untuk mengelap wajah dan minuman untuk membasahkan tekak. Perjalanan kali ini juga menyeronokkan.Heli turun di Padang Pekan Kudat sebelum kami dibawa untuk majlis gotong royong di pasar ikan Kudat. Selepas itu, kami menghadiri majlis di padang pekan Kudat sebelum menikmati jamuan di pasar Kudat.
Selepas itu, kami naik heli untuk ke kampung Rosob Pitas, dan kemudian berkereta ke pejabat Datuk Rahim. Beliau mengambil kesempatan untuk bertandang ke Majlis Perkahwinan anak saudaranya kerana esok harinya beliau tidak dapat menghadiri majlis itu kerana terpaksa ke Sibu untuk menghadiri majlis pengkebumian rakannya, mendiang Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.
Sebaik turun, kami sempat melihat helikopter Augusta yang selalu digunakan oleh Ketua Menteri untuk menjalankan tugasnya.
Helikopter Augusta itu mempunyai banyak kelebihan termasuk boleh terbang di waktu malam dan mempunyai pendingin hawa di dalamnya.
Saya berterima kasih kerana dipelawa oleh Haji Sairin untuk turut serta membuat liputan di kawasan luar bandar.
Peluang ini jarang diperolehi, dan saya gunakan untuk memperluaskan lagi komitmen saya sebagai wartawan.