Khamis, 1 April 2010

Catatan di Subang Jaya

Tags

Saya sedang sarapan ketika tiba-tiba ternampak saudara Marshid. Mula-mula saya takut salah orang tetapi setelah melihat gaya jalannya, saya yakin dia Marshid lalu saya memanggil namanya.
Rupa-rupanya beliau juga mengiringi isterinya yang menyertai konvensyen Epal itu.
Beliau juga kelihatan agak terkejut.Rupanya beliau sedang bercuti. Marshid pegawai penguatkuasa di MDKB itu masih mempunyai kaitan keluarga dengan saya, walaupun mungkin beliau kurang tahu mengenainya.
Sebenarnta saya sengaja bersarapan agak lambat kerana pagi-pagi lagi sudah membuka komputer ingin menulis beberapa artikel. Tapi kerana idea agak buntu,akhirnya bukan artikel yang dapat dituliskan tetapi hanya berbual di facebook dengan rakan-rakan FB.
Di sebelah menyebelah hotel Summit terdapat banyak kompleks membeli belah. Terletak agak jauh dari pusat bandaraya, dengan jalanan yang trafic jam, perjalanan mungkin mengambil masa lebih hampir atau lebih satu jam ke KL. Saya hanya berharap dapat pulang ke bilik menyiapkan bukubuku bacaan, atau menulis.
Namun akhirnya yang tertulis hanya pengalaman kecil di blog. Ada juga hasrat untuk menghubungi rakanrakan di KL tapi kerana jadual yang ketat, khuatir pula tidak dapat memenuhi janji dengan mereka.

1 comments so far

Salam,

Sukacita sekiranya tuan boleh menemurah Pengerusi PISBA mengenai halatuju dan usaha yang dilaksanakan oleh persatuan itu dalam memperjuangkan nasib kaum iranun.

sekian, terima kasih