Isnin, 8 Mac 2010

makin jarang YB YB kita minum di kedai kopi

Tags

Sudah semakin jarang YB YB kita duduk minum di kedai kopi. Duduk bersama rakyat dan berbual bersama mereka, merasai sedapnya kopi o, atau dua tiga tusuk sate.
Itulah yang terfikir oleh saya ketika tiba-tiba terjumpa Datuk Bolkiah Haji Ismail, ADUN Pitas yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di kedai kopi, yang lebih dahulu dikenali kerana semangat satu malaysia. Taukeh kedai kopi itu orang Cina manakala penjual satenya orang Islam. Semua orang pelbagai bangsa memenuhi meja-meja di kedai kopi itu, yang selalu juga jadi tumpuan.
Keadaan itu hampir tidak didapati dimana-mana tempat di Semenanjung.
Tetapi di Sabah situasi itu perkara biasa. Minum kopi di waktu petang sambil makan roti bakar atau merasai sate.
Sebenarnya saya diminta datang oleh Sdr Ketua Pemuda UMNO Kudat, Sh.Sahar Sh.Ading kerana beliau berhasrat mengulas kenyataan YB Lim Kit Siang sewaktu lawatannya ke Sabah. Katanya, kenyataan LKS itu tidak sepatutnya dibuat kerana ia cuba meniupkan persengketaan.
Saya minta waktu lima minit kerana ketika itu sedang cuba mengemaskini blog.
Ketika saya datang itulah, saya agak terkejut kerana melihat Sh Sahar bersama Datuk Bol dan seorang lagi orang kg salimpodon sedang menikmati sate.
Di sebelah meja, ada Ag.Ramle, Jaafar, di sebelah lagi rakanrakan dari PKR Kunak, Abd.Wahid Jainal. Kedai kopi itu saya kira menjadi tempat pertemuan minum kopi, tempat yang selalu jadi pilihan orang-orang tidak kira parti, suku, agama dan sebagainya.
Sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Bolkiah itu, sebenarnya itulah juara rakyat, kata Ezam kawan saya dari KB.Kerana beliau tidak bersikap meninggi diri walaupun menjadi YB dan pembantu menteri.
Sambil itu kami bercerita mengenai pembangunan di Pitas.Beliau mempelawa saya untuk berkunjung ke Pitas dan menulis mengenai proses pembangunan yang sedang berjalan di daerah itu. Saya menyanggupinya pada satu waktu yang diaturkan kelak.
Saya memang selalu bertemu dengan Datuk Bolkiah, tetapi pertemuan di kedai kopi itu meyakinkan saya beliau memang berjiwa rakyat. Sebenarnya bukan sekali dua saya terserempak dengannya di kedai kopi, tetapi itulah pertama kali pula saya duduk semeja dengannya, bercerita sambil makan sate.
Lama juga kami berbual mengenai Pitas, sehinggalah senja datang dan kami masing-masing bergerak meninggalkan kedai kopi itu.

4 comments

ihsan http://muslioli.blogspot.com


UMNO JUARA RAKYAT, PEMIMPIN YANG MENJAUHI RAKYAT!!

Saya tertarik membaca tulisan blogger dan wartawan Utusan Borneo, Naddin Hj Shaddin tentang YB sekarang jarang duduk kedai kopi bersama-sama dengan rakyat. Saya tiba-tiba teringat arwah abang saya Jamlidi Oli,


"Ahli politik tidak akan lengkap kalau tidak ada "BAR". Bar tu bukan Barrister atau LLB tetapi "bar" kedai kopi". Katanya secara bergurau. Tetapi kata-kata itu masih kekal dalam ingatan saya hingga ke hari ini. Jamlidi pernah menjadi calon PAS bertanding parlimen Kota Belud pada 1986. Sebelum meninggal dunia pada 19 September 1994, beliau menjawat Ketua Bahagian parti PBS, Usukan.


"Kedai kopi adalah tempat yang paling baik mendengar cerita rakyat. Pemimpin politik yang baik, yang bijak berhujah, faham masalah rakyat, ialah pemimpin yang kerap mengunjungi kedai kopi. Kedai Kopi adalah tempat kita akan bertemu dengan pelbagai ragam rakyat" Sambung abang Jamlidi.


Tiba-tiba "flashback" kedai kopi Arafat di Sinsuran, Kota Kinabalu. Masa itu sekitar awal dan pertengahan 1990an. Waktu sekitar jam 8.30 atau 9 malam. Akan tersedia 4 atau 5 meja disambung. Barangkali Mamak kedai Arafat sudah dimaklum awal. Kelihatan seorang dua telah 'order' teh dan nescafe tarik, roti telur dan roti kosong. Tak lama akan muncul Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia. Di kedai kopi Arafat inilah "persidangan dewan" bermula yang ada kalanya berlarutan hingga awal pagi.


Bakat Pandikar sebagai "Speaker" bukan sahaja bermula sebagai Speaker dalam DUN negeri Sabah tetapi sudah teruji di Kedai Kopi di seluruh Sabah. Di Kampung Air, Kota Kinabalu tempat yang menjadi tumpuan orang politik ialah Islamic Restoran. Jika bernasib baik akan berpeluang makan dan minum teh tarik dengan Datuk Aklee Abas atau Datuk Karim Bujang. Aklee Abas adalah bekas ADUN Sukau selama 4 penggal. Karim Bujang, ADUN Membakut sejak 1985. Kedua-duanya pernah menjadi pembantu menteri dan semasa menjadi pembantu menteri terus bersama rakyat di kedai kopi.


Jika kebetulan berada bersebelahan dengan bangunan Islamic Restoran. Ada sebaris kedai iaitu berhadapan dengan panggung Capitol, bangunan lama yang dibina awal tahun 1930an. Datanglah sekitar jam 3 atau 4 petang. Di situ ada sebuah kedai kopi Hainam. Kedai itu, terkenal dengan satay jawa. Penjual satay berasal dari kampung Sembulan. Jika ingin menikmati satay dan kuah kacang yang enak datanglah awal atau buat tempahan. Jangan terkejut jika kita akan duduk semeja dengan Datuk Salleh Said Keruak kerana kedai itu menjadi tumpuan beliau kerana kehebatan rasa sataynya.


Kini pemimpin politik duduk kedai kopi dan bersantai bersama rakyat hanya tinggal nostalgia dan kenangan manis. Walaupun ADUN Pitas YB Bolkiah Ismail kerap kelihatan di Kedai Kak Tini yang terkenal dengan goreng pisangnya itu, YB-YB muda yang lain terutama dari Pemuda UMNO jarang kelihatan kelibat mereka di tempat- tempat terbuka seperti itu. Tetapi kalau kebetulan berkunjung ke hotel taraf 5 bintang, Maggelan atau Le Meridien cuba-cuba masuk ke cigar corner. Peluang bertemu pemimpin dan YB dari pemuda UMNO lebih cerah daripada duduk berjam-jam di Islamic Restoran atau Kedai Kopi Arafat.


Dalam tempuh tak sampai 15 tahun, dunia politik sudah banyak berubah. UMNO juara rakyat tetapi pemimpin yang menjauhi rakyat! Aduhai........

http://muslioli.blogspot.com/2010/03/parti-juara-rakyat-pemimpin-menjauhi.html

kelebihan daerah pitas. org2nya sgt mesra. Saya pernah terserempak YB Masrani ronda2 kg dgn motor biasa.

Salam Denakan Naddin..

Jarang saya memberikan komen di ruangan ini, tetapi kerana tertarik dengan cerita ini,,,saya komen sedikit harap Sdr naddin dapat paparkan..

Saya juga sempat mengalami keadaan sebegini..namun hujung-hujungnya sudah..tapi ketika TSP berlepak di Arafat tu, saya memang tahu dan pernah diceritakan oleh seorang kawan..cerita lucu tetapi mungkin berbentuk sindiran..

kononnya pada awal petang ketika baru mula berlepak di restoran Arafat, para pengikut TSP yang juga ahli kontraktor..selalu bercerita berkaitan dgn projek berjuta-juta ringgit...cerita itu begitu panas dan berhambur sehingga larut malam...apabila hampir subuh..cerita sudah menurun kepada ratusan ringgit sahaja...dan paginya benar-benar cerita mengenai tambang balik ke rumah..

walaupun begitu....indahnya pemimpin bila berada dikhalayak rakyat.

Salam Sdr Nadin, saya juga ada cerita mengenai Yb lepak kedai Kopi ini bersama Dt Pandikar di restoran Araffat. Ketika itu saya di perkenalkan oleh Sdr Badang kepada Yb Datuk Pendikar.Dt Pendikar telah memarahi Sdr Badang kerana tiada certia lain minta "lulus projek".Tetapi disebalik peristiwa itu saya dan Sdr Badang dapat satu projek 'Membekal Makanan'.Wah...bukan main gembira kami berdua hari itu.