Khamis, 25 Februari 2010

Cerita Iyan mahu kumpul duit

Tags

Saya agak terharu juga bila teringat hasrat anak saya itu.
Sitti Mehran Yasmine.Dalam usianya yang baru 10 tahun itu, saya tidak menjangka lontaran fikiran dan perasaannya.
Dia memberitahu saya,dia ingin mengumpul duit."Berilah saya duit abah, iyan mahu simpan", katanya yang selalu membahasakan dirinya Iyan.
"Iyan mahu berusaha kumpul duit," katanya meminta saya memberinya lima ringgit.
"Tapi abah jangan beritahu mama ya" pintanya.
Kenapa pula?
Iyan mahu kumpul seratus dua puluh ringgit, dia memberitahu. Saya tertanya-tanya juga untuk apa tetapi saya membiarkannya bercerita.Kenapa pula hal itu disembunyikan dari pengetahuan ibunya?.

Kalau Iyan picit kepala nenek, iyan minta dua puluh sen.Kalau nenek bagi lima puluh sen pun tidak apa lagi bagus, katanya. Nanti iyan mahu picit kepala abah juga.Tapi abah beri iyan lima puluh sen ya!.

Untuk apa iyan kumpul duit?
Kalau Iyan dapat kumpul duit seratus dua puluh ringgit, iyan mahu beli nenek tudung. Kan bulan April ni nenek hari jadi. Mama kan juga hari jadi, untuk mama, iyan mahu belikan coklat.Mama suka coklat," katanya.
Iyan mahu gembirakan hati mama dan nenek, katanya.Jangan beritahu mama ya,katanya.
Astaga, kata saya.
"Jangan suka cakap astaga abah, Ustaz Iyan marah nanti.Yang betul ucapkan Astaghfirullah hal adzim."

3 comments

Salam abg naddin, letaklah gambar Iyan. Nak tengok wajahnya yang manis seperti akhlaknya juga.

comel sungguh si iyan tu abg nad:-)

Salam,
Kadang kala kita tidak bisa membaca fikiran anak-anak kerana kita selalu menganggap anak kita masih kecil.