Sabtu, 10 Oktober 2009

Sembang malam di Anjung Selera

Tags

Sungguh saya tidak menyangka, pada hari itu, kami dapat berjumpa dengan sahabat kami, Kassim Tukiman dari UTM Skudai yang berada di Kota Kinabalu untuk menghadiri satu seminr anjuran UiTM.

Saya hanya diberitahu ketika beliau sudah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu. Ketika itu saya baru saja membuat liputan Majlis Rumah Terbuka SEDCO di Wisma MUIS.
Malamnya saya mengajak Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah, Sukor Haji Usin atau lebih dikenali Hasyuda Abadi untuk bertemu dengan bang Kassim itu.
Saya mula berkenalan dengan bang kasim ketika beliau menyertai rombongan Persatuan Penulis Johor (PPJ) melawat Kota Kinabalu beberapa tahun lalu. Kami satu temapt duduk dalam perjalanan ke Kundasang. Sepanjang tempoh perjalanan itulah kami sempat bercakap-cakap mengenai beberapa isu seperi bahasa dan sastera Melayu, bidang yang sama-sama kami minati.
Kami sempat bersembang dengan Prof Dr.Rahman Aziz, Pengarah Institut Pemikiran Dr.Mahathir UUM dan Dr Hashim dan Prof Madya Mat Zin Mat Kib yang ketika itu sedang duduk di lobi hotel bersama Bang Kasim. Selepas itu, kami mengajak mereka minum tetap masing-masing dah mengantuk, jadinya kami hanya keluar bersama Bang kasim di Anjung Selera.
Meskipun sebentar, pertemuan itu amatlah bermakna bagi kami.