Sabtu, 24 Oktober 2009

Catatan mengenai meriam di Kg Peladok

Tags

Meriam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peladok ini sudah terpacak di sana, sejak ratusan tahun lamanya. Baru-baru ini, ada orang yang cuba memindahkan meriam ini. Ada versi yang mengatakan bahawa Meriam ini adalah milik Sultan Sa Peladok, seperti yang didakwa Marsuali Saibon, dalam laporan polis , (yang dibuat oleh abangnya) mengenai cubaan memindahkan meriam itu. Tetapi ada juga yang mempunyai versi yang lain mengenai kewujudan meriam ini.
Tetapi yang pasti, meriam ini pastilah merupakan satu bahan bersejarah yang perlu diselidiki para pengkaji.
Dari tempatnya yang asal itu, ada orang tertentu,tak tahulah siapa mereka dan apa motif mereka, yang cuba memindahkan meriam ini, kira-kira 100 meter adri tempat asalnya.

Bagi kita, yang penting meriam ini, siapapun pemiliknya, pastilah mempunyai sejarah dan perlu diselamatkan.
Kata orang kampung, untuk mengangkat meriam ini dari dasar sungai memerlukan 30 orang. Ia berat dan sukar diangkat.Sehinggalah seorang tua, bernama Apu' Uran,yang menurut penuturan mereka mempunyai kekuatan ilmunya berjaya mengangkat meriam itu dan meletakkannya ke tempatnya iaitu sebelum ia dipindahkan dari tempat asalnya baru-baru ini.
Lebih banyak maklumat diperlukan untuk menjelaskan kedudukan dan sejarah sebenar meriam di Kampung Peladok ini.


















5 comments

saya dengar juga cerita ini. Mengikut sumber saya, meriam ini milik sultan setebuk iaitu sultan sulu keturunan jamalul kiram. . tempat asalnya ialah dipeladok apabila diwariskan kepada sultan sa peladok, apabila meninggal ia menjadi perebutan antara tiga buah kampung, peladok, payas-payas dan pantai emas. akhirnya keputusan dibuat oleh ketua kampung ketiga-tiga kampung ini, meriam tersebut diletakkan di kubur anaknya yang tidak berkahwin iaitu baiputri. itu pasallah meriam tersebut ada disitu. dan mengapa mahu dipindahkan ialah disebabkan mereka mahu menjualnya hingga ke singapura. khabarnya nilainya disana RM1JUTA. sedangkan orang yang mahu menjualnya hanya ditawarkan RM20,000. sedangkan broker tersebut jika dapat menghantarnya sehingga taun gusi sudah mendapat RM500,000. cadangan saya agar kita menjadikan meriam ini satu tugu peringatan dan diperkenalkan kepada lembaga pelancongan sabah untuk dijadikan tempat yang boleh dilawati pelancong..

Terima kasih saudara watasikadi.
Maklumat ini amatlah berguna. Jikalau ada lagi rakan-rakan kita yang sudi memberikan info mengenai meriam ini, saya sangat berterima kasih.

salam kakandaku abdnaddin,
baru saya perasan saudara ni ketua penerangan BKI. saya ada cadangan untuk mengadakan kelas bahasa iranun kepada anak bangsa kita. saya mempunyai lima adik beradik dan malangnya kelima-lami tidak pandai bahasa iranun. harap saudara memanjangkan cadangan ini kepada pihak berwajib.

waa.. saya nda tau plak ceta pasal meriam ni.. nda pernah pun saya dengar.. nanti balik kg peladok saya mau tanya datuk saya la.. mcm best jak ceta meriam ni.. nda perasan pon ada tu meriam di sana... adeh..

sejarah perlu disingkap agar kekal jadi harta yang tak ternilai harganya.. jangan biar sejarah tinggal sejarah.. kita perlu gilap ia agar menjadi suatu khazanah yang berguna suatu masa nanti..