Ahad, 27 September 2009

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Pa' Min.

Tags

Suasana Majlis Rumah Terbuka Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Haji Mulia amatlah meriah. Sejak jam 10.00 pagi hinggalah ke petangnya, orang ramai dari seluruh pelusuk datang memeriahkan majlis itu sambil bersalam-salaman. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman juga hadir dalam majlis rumah terbuka itu. Antara kenamaan yang hadir ialah mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Osu Haji Sukam, Datuk Radin Maleh,ADUN Kawang yang juga Pembantu Menteri, Datuk Ghulam Khan Bahadar, ADUN sekong, Datuk Samsudin Yahya, Pembantu Menteri yang juga ADUN Karambunai, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid,ADUN Tempasuk, Datuk Haji Musbah Haji Jamli, ADUN usukan,Datuk Japlin Haji Akim, ADUN Membakut,Datuk Haji Mohd.Arifin Arif, Ahli Parlimen Kota Belud,Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Zaki Haji Gusmiah, Tan Sri Khalil Datu Jamalul, Timbalan Speaker DUN, Johnny Mositun,Datuk Haji Matussin Awang Damit,Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota BeludAwadnir Matanggal, dan ramai lagi kenamaan.
Kami datang terlampau awal sebenarnya. Oleh sebab itu, kami berkunjungi ke rumah saudara Laliman Haji Ahmad, yang baru sampai dari Kota Belud.Ketika kami tiba jam 10.30 pagi, Tan Sri sudah menunggu kedatangan kami. Ramai sudah tamu yang datang. Datuk Seri Salleh Tun Said baru saja beredar untuk menghadiri satu majlis perkahwinan .
Saya gembira melihat ramai pemimpin-pemimpin yang hadir. Saya nampak Pakcik Pinjaman Hassin, seorang pelopor dan pejuang bangsa yang membangkitkan kesedaran masyarakat Iranun. Kini semakin ramai generasi pemimpin muda Iranun yang lahir selepas zaman mereka.
Kebiasaannya setiap kali mengadakan rumah terbuka, Tan Sri akan menyediakan pelbagai juadah, tidak lupa makanan tradisi.
Walaupun banyak juadah yang disediakan, tetapi saya hanya memilih dua menu saja, iaitu siager dan satu lagi iaitu getik .

Ramai juga rakan bloggers yang datang ke majlis halal bi halal itu.
Tan Sri Pa' Min melayani setiap tamunya dengan mesra. Majlis juga turut diserikan dengan penyanyi yang tidak asing lagi, Nurul Fadzilah Nordin dan penyanyi-penyanyi dari Kota Belud. Saudara Aliasgar Haji Basri Pengarah UPKR turut menyumbangkan lagu.
Saya tidak dapat menunggu sampai habis acara kerana terpaksa bergegas semua balik ke pejabat.





































































































































1 comments so far

Assalamu'alaikum...

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Semalam angin kuat di papar bermula dari jalan kg dambai sampailah ke kampung saya.. Sila lihat info bersama gambar yg saya ambil td jam 6 pagi di tempat kejadian.

http://ampuanawang.blogspot.com/2009/09/angin-kuat-bermula-dari-dambai-ke.html