Selasa, 15 September 2009

Liking, ikan masin istimewa dari Kota Belud

Tags



pernah seorang rakan bertanya.Apa yang istimewa di Kota Belud?
Belilah ikan liking.Liking?
Ikan masin `khas KB' ini memang istimewa.
Menurut akcik Ina bte Dinding yang telah tujuh tahun berniaga ikan liking di pasar besar Kota Belud ini, ikan liking hanya terdapat di kota belud dan tidak terdapat di tempat lain. Beliau menjelaskan ikan talang atau kadang disebut rari, panawan , kampis, mapan ini terlebih dahulu dibelah dan kemudian direndam dalam air semalaman. selepas itu ia dilumur dengan garam. Kemudian dilumurkan dengan lada. Liking dijual antara lima ringgit hingga 30 ringgit mengikut saiznya.
Ikan liking ternyata membawa pulangan lumayan kepada beliau. Paling kurang makcik Ina mendapat RM30 sehari dengan menjual liking. biasanya beliau mampu menjual antara rm50 hingga RM300 sehari dengan hanya menjual ikan liking yang semakin ramai penggemarnya.


4 comments

Din,

Liking, ulam-ulam dan sambal belacan favorite saya.

Salam siber,

Pa'Min

Pa' Min,
Seorang kawan dari Pahang, setiap balik kampung terpaksa menempah ikan liking dari Kampung Merabau kerana ramai orang menggemari ikan liking ini. saya baru sedar rupanya, ikan liking ini punya peminat di seluruh negara.Mungkin kalau packagingnya menarik, ia boleh dikomersilkan.Terima kasih.

abg nad,

kami panggil ikan tu..ikan masin berlada KB, sedappp....nanti bawa datang kk bang nad, lama suda x makan tu..hehe

boleh tanya ...apa nama ikan sungai saiz kecil2..yang di marinate dengan bahan yang bewarna hitam tuh?... pastu.. bahan marinate tu dari buah apa yer?.. email me at mamacdah@gmail.com