Sabtu, 26 September 2009

"Ini lorong ke rumahku"

Tags

Kami agak teruja pabila ternampak papan tanda ini. Lebih-lebih lagi saudara Rashid.
"Ini papan tanda ke rumah saya." katanya bergurau ketika kami ternampak papan penunjuk jalan itu dalam perjalanan ke Pantai Manis beberapa waktu yang lalu.
Kelmarin, selepas menghadiri majlis rumah terbuka Datuk Haji Abdul Rahim Ismail di Kampung Kuala, kami sengaja berhenti supaya Rashid dapat merakamkan gambar kenangan di papan tanda itu.

Kebetulan nama mereka sama. Saya ingat beberapa tokoh yang bernama Abd.Rashid Abd.Rahman, antaranya mantan Pengerusi SPR. Juga kalau tak silap, mantan Menteri Besar Pahang sebelum Datuk Seri Najib menjadi Menteri Besar Pahang.

Sebenarnya kami tak sempat berjumpa dengan orang yang bernama Abd.Rashid Abd Rahman dalam papan tanda ini . Tapi yang pasti, Abd Rashid Abd Rahman yang merakam gambarnya ini, adalah rakan karib kami di Utusan Malaysia Kota Kinabalu.

Menurut Azrone, selain kampung di Papar yang kami lalui ini, kampung lain yang turut meletakkan nama lorong menggunakan nama orang yang menetap di situ ialah di kampung Jawi-Jawi dan Kampung Bobot di Kota Belud.Mungkin ada lagi di tempat lain, yang kami tak tahu.





1 comments so far

ada harapan jadi yb pantai manis. rahim ismail, osu sukam, rosnah rashid shirlin, ghulam khaidar khan bahadar, norjan khan bahadar dan johnny mositon pun tiada jalan di sana