Rabu, 5 Ogos 2009

Tawau ke KK 5 Ogos 2009

Tags

Jam 9.00 pagi, saya sudah berada di Airport Tawau. Selepas check in, saya ke kantin dan memesan milo panas. Di meja sebelah, kelihatan ada beberapa orang lelaki berkopiah sedang duduk bercerita. Saya agak terkejut juga kerana rupa-rupanya mereka tengah seronok mendengar Tuan Guru Haji Abd.Hadi Awang, Presiden PAS sedang bercerita. Secara peribadi saya pernah menemuramah Tuan Guru tetapi saya jadi segan pula menegurnya. Mujurlah beliau tidak perasan kehadiran saya. Sebenarnya banyak persoalan yang ingin saya tanyakan tetapi untuk menanyakan beliau dalam situasi seperti itu, rasanya agak kurang beretika.

Tempat duduk saya 20 A, flight 6123 ke Kota Kinabalu jam 10.45 pagi. Di sebelah saya, Puan Hasanang, jururawat yang pernah bertugas di Klinik Kesihatan Likas lebih 12 tahun. Orangnya baik dan peramah.Kini beliau bertugas di Temu Station, Tapah Perak sejak tujuh bulan lepas mengikut suami, bekas pensyarah UMS yang kini kembali bertugas di kampungnya.

Saya tertarik mendengar pengalamannya bertugas di Semenanjung. Di sana, setiap dua kilometer ada klinik desa, sehinggakan dalam tujuh bulan bertugas di sana, beliau hanya menguruskan enam wanita yang mengandung. Kalau dulu di Likas, puan Senang menguruskan 60 orang dalam sehari. betapa jauhnya prasarana kesihatan kita jauh ketinggalan.

Dari puan Senang, saya mendapat tahu bahawa hanya ikan tenggiri yang boleh dibuat amplang. Ikan jenis lain kurang sesuai.Beliau telah melawat tempat membuat amplang itu di Kampung Muhibbah, milik Puan Rahmah dan Hajah Rosmin, yang menurut puan Hasanang tempatnya bersih.

Dari Terminal Dua KK ke pejabat, tambangnya sekarang naik ke RM30. Kalau dulu RM20 saja tapi sejak 1 Ogos lepas, tambangnya sudah dinaikkan.

Saya kira perkara pertama yang harus saya lakukan hari ini ialah mengganti bateri hand phone yang tidak lagi masuk caj. Kemarin malam baru dicaj, pagi tadi dah kehabisan caj.Saya pula seperti orang yang tak ada caj.Rasa ingin menulis banyak tetapi kerana tak ada caj maka hanya terpaku didepan komputer, dengan fikiran yang berputarputar dan terputar-putar.

3 comments

Salam.

Kehabisan caj...mungkin frasa itu sesuai untuk saya juga.

Salam aranam,
Semoga dapat dicaj semula kebekuan fikiran kita.salam

abg nad..n kak aranam.. pa'al pun mau dicaj juga, sejak akhir-akhir ini ' low batt' saja fikiran...hehe :-)