Selasa, 25 Ogos 2009

Nyamuk takutkan pokok bunga

Tags


Tanamlah pokok bunga ini di sekeliling rumah. Nescaya tak akan ada nyamuk yang akan masuk mengganggu tidur.Saya tak tahu nama pokok bunga ini.Ketika mengunjungi Pesantren Pertanian Al-Falah di Bogor awal tahun lalu, saya sempat melihat pokok ini dari dekat. Pensyarah di sana memberitahu bahawa nyamuk takutkan pokok bunga.Letakkan saja di pasu bunga atau tanam di sekeliling rumah , takkan ada nyamuk yang berani mendekati anda.

Terbukti benar, kerana walaupun asrama pesantren itu terletak di celah-celah rimbunan pohon yang lazimnya banyak nyamuk tetapi tak ada seekor pun nyamuk yang bernyanyi mengacau kami pada malam itu.


2 comments

Salam sdra naddin..saya ada beli tumbuhan ini..tapi saya lupa nama saintifiknya..saya letak di balkoni rumah. memang nyamuk tidak akan datang menyerang..semoga sdra2 yang lain telah mendapat info ini...

saudara tudung duang, terima kasih
saya pernah lihat pokok ini di kampung dulu. apa namanya ya dalam bahasa kita? atau ini jenis yang lain.