i-Jam 4.00 petang saya telah berada dalam teksi menuju ke Beaufort. Pohon-pohon dipayungi mendung.Barangkali sebentar lagi akan hujan.Tetapi saya harus ke sana untuk mencari seorang wanita bernama Dang Insum.
ii-Ketika ditanya pemandu teksi itu,dimana saya akan berhenti, saya menyebut nama Melde Hotel. Di sana, Saudara Johal (Mohd.Johawalia Jamsin) sudah lama menunggu. Selepas membayar tambang RM15.00, saya melompat keluar.Tak perasan bahawa dalam teksi yang sama ada seorang wanita, yang ayu juga wajahnya. Yang pasti bukan Dang Insum.
iii- Hujan menyirami kebimbangan kami. Jika hujan turun berterusan, misi kali ini akan gagal kerana tempat Dang Insum itu, khabarnya tidak boleh dikunjungi kerana tanah yang lembab dan basah boleh menghalangi perjalanan. Lalu kami singgah sebentar di Restoran Rahmat. Bercerita mengenai hal-hal yang menarik di daerah itu.
iv- Kira-kira jam 10.30 malam, Tuan ADO, Mohd.Shaid Haji Othman mengajak makan di Beaufort Club. Banyak juga makanan yang dipesan, dan kami makan di tengah hujan yang turun dengan lebat sambil bercerita kisah-kisah kanak-kanak, kemiskinan dan sebagainya.
v. Tertidur hampir 2.00 pagi. Mulanya melihat siaran star movie mengenai pelancong yang dimakan buaya dan lepas itu, cerita mengenai incredible hulk.
vi-Selepas mandi, kami minum di Kedai Nam Fong, yang menurut Johal, soto yang dijualnya sedap. Walaupun taukeh kedai itu, orang Cina, tetapi pekerjanya orang tempatan dan kebanyakan pelanggannya 70 persen orang Melayu. Itulah uniknya Sabah.
vi-Sebelum itu sempat singgah di Kedai Goh Chin Hoo.Kedai suratkhabar. Saya tercari-cari wajah taukehnya, seorang taukeh yang baik dan kami pernah berkenalan di stesen sewaktu keretapi tergelincir dulu.
Siapa kau cari, tanya Johal.
Kawan saya, taukeh kedai itu.
Dia sudah meninggal. stroke. Saya terkejut dan tak menyangka, betapa mudahnya umur dipisahkan dari seorang insan lemah.
vii-Kami meneruskan pencarian untuk bertemu Dang Insum. Saya bertanya seorang tua, Omar bin Gara bin Ganza bin Laksamana Idris, berusia 103 tahun. mungkin yang paling tua di Beaufort.Beliau berkata beliau dilahirkan pada 14 Julai 1906 meskipun catatan di mykadnya beliau berusia 88 tahun. Beliau bercerita mengenai Dang Insum. Mengenai Beaufort, yang katanya sebelum kedatangan Beaufort dipanggil Kampung Borosanun. Mengenai Weston yang katanya sebelum kedatangan orang putih disebut, Madang Tawas. Mengenai suku kaum Bisaya, mengenai perjuangan orang dulu, dan sebagainya.
viii-Selepas itu, kami menuju ke Padas Damit. Sebelum itu kami singgah di Restoran Idaman untuk makan tengahari. Saya agak terkejut bila kawan Tuan ADO minta sup gear box. Gear Box? Ketika sup itu sampai, rupanya sup tulang kerbau.
ix-Kami singgah juga bertanya Asmah binte Banir,73 untuk menjejaki Dang Insum. Katanya, Dang Insum itu terlibat dalam perjuangan menentang British pada tahun 1888-1889.
x-Kemudian kami pun sampai di Kota Makarang. Melihat tugu Shabandar dan makam pahlawan wanita dari suku kaum Bisaya yang menentang penjajah, ratusan tahun yang lampau-Dang Insum.

9 comments
Yan kaitan ni ko Dang Bandang?
Akum Saudara,
Tahniah atas usaha yang saudara lakukan.
Semoga pencarian saudara berhasil dan ini akan merubah pemikiran orang biasaya bahawa mereka mesti ada jiwa pahlawan seperti Dang Insum.
Namun khabarnya kegagalan Dang Insum berpunca daripada sikap orang bisaya juga. Sikap sedemikian menular kini dan kehidupan orang bisaya jauh ketinggalan daripada segenap aspek. Kalau berpolitik no 1, soalan ekonomi jauh ketinggalan. Ada lesen disewakan kepada bukan bumi, jadi pegawai tapi sanggup jadi kuda tunggangan orang bukan bumi. Jadi YB, lupa diri pula.
Saudara tengok sahaja mereka yang minum di kedai Nam Fong, 70% islam yang saudara nampak itu ialah orang Bisaya.
Penduduk Beaufort 89.9% merupakan etnik Bisaya, cuba lihat berapa kerat sahaja orang bisaya ada kedai, hatta menjual di pasar pun orang bisaya kurang, ada gerai disewakan kepada orang luar. Inilah sikap yang perlu diubah.
Semoga pencarian ini berhasil dan ada cahaya di hujung sana buat bangsa saya Bisaya.
Cikgu Rapahi Edris,
SMK Gadong,
0195830777
Assalamualaikum sdr ANS, catatanmu ini amat berkesan untuk saya secara peribadi dan tentunya warga Beaufort yang lain. Menjejak sejarah dalam catatan sdr menjadikan nostalgia yang lain kepada saya yang membesar di sana terutama tauke kedai Goh Chin Ho, nah di situlah tempat saya dan kawan2 sepersekolahan melepak membaca surat khabar dan itulah juga kedai majalah/surat khabar yang tidak pernah menjadi 'yang lain' sejak 30 tahun atau lebih mungkin walaupun kini telah diwarisi oleh anak-anaknya. Saya masih ingat tauke berkaca mata itu menjual surat khabar di seluruh pekan itu. Begitu juga kedai kopi Nam Fong... wah saya jadi rindu mau pulang walaupun dua hari lepas singgah di sana selepas berada di pekan Sipitang. Catatan sdr menjejaki Dang Isum saya fikir wajar dikembangkan sebagai faktasejarah yang tidak ramai yang mengetahuinya. Tahniah sdr.
*Sdr.Azrone, kaitan Dang Insum dengan Dang Bandang yang paling jelas ialah mereka sama-sama menentang kolonial.Dang Insum kalah menurut cerita disebabkan ada orang-orangnya yang belot, dan membunuh ayam putih, yang selalu berkokok bila melihat musuh.
*Terima kasih atas respon cikgu.Memang ada benarnya apa yang cikgu katakan itu, sekurang-kurangnya dalam kunjungan singkat saya itu.Tetapi tidak dinafikan bahawa bangsa bisaya adalah bangsa yang punya jiwa pahlawan seperti yang dibuktikan dang Insum. Sama seperti kaum bumiputera yang lain, saya kira kelemahan utama kita ialah terlalu banyak menghabiskan masa dengan berpolitik.
*HA, tak sangka rupanya usia kedai itu sudah lama. saya teringat taukehnya yang baik itu.Tetapi dia sudah tiada rupanya dan kami tak sempat lagi berjumpa.
Saya tidak setuju juga 70% orang bisaya minum di kedai kopi Nam Fung itu, saban minggu saya ada di Beaufort ada juga cina atau bugisnya minum di kedai kopi berkenaan gambaran tidak begitu tepat dan apa pun semoga pencarian saudara akan berakhir menyusur susur galur Dang Insum
Saya pernah bekerja di Daerah Beufort selama 4 bulan tapi tidak pernah dengar tentang Dang Insum.
Sejarah tentang Negeri Sabah memang masih terlalu sedikit ditulis.
Harap saudara dapat terus membongkar kisah ini untuk generasi masa kini dan yang mendatang.
Semoga berjaya.
*Sdr MP Beaufort, terima kasih atas komen.
*Sdr Kunakian, nama Dang Insum itu juga agak tersembunyi dalam lipatan sejarah sehingga ia tidak banyak ditulis orang. Tapi saya fikir, kita wajar sama-sama mencarinya.
Assalamualaikum sdr ANS...saya merakamkan ucapan terima kasih dan saya amat berbangga atas usaha saudara untuk Menjejaki Dang Insum-Pahlawa Wanita Bisaya yang mana sejarah Pahlawan Wanita ini kalau ditanya pada generasi muda Bisaya pada masa ini mungkin ramai yang tidak mengenali atau tidak tahu langsung siapa Wanita ini..saya sendiri pun baru mengetahui adanya seorang Pahlawan Wanita Bisaya dari bangsa saya sendiri..sangat memalukan..lebih malang lagi anak-anak muda Bisaya lebih mengenali pahlawa khayalan Superman,Spiderman,Transformers dsb,ini adalah disebabkan kurangnya pendedahan tentang Sejarah Bisaya Sabah kepada generasi muda dan lama Bisaya sedangkan ada Pertubuhan Persatuan yg sepatutnya membuat pendedahan fakta sejarah tentang keperitan nenek moyang mereka berjuang mempertahankan agama,bangsa dan negara..
apa salah kalau Adau Janang Gayuh dibuat dibekas tapak Kubu Padas Damit..
Semoga usaha saudara ANS diberkati Allah..amin..