Sahabat saya. Nik Rakib Nik Hassan, http://malaystudies.blogspot.com , pensyarah di Prince of Songkla University di Pattani, Thailand ketika singgah di Kota Kinabalu, beberapa waktu yang lalu agak teruja ketika melihat begitu banyak restoran tomyam di Sabah. Bagaimana makanan siam itu sampai di KK? Beliau teringin untuk menyelidiki mengenai makanan siam yang popular itu.
Gambar ini diambil di terminal air asia sebelum direnovasi bersama pelajarnya sebelum mereka membuat perjalanan ke Manila,Filipina untuk membuat penyelidikan di sana.
Nik Rakib beberapa kali datang ke Sabah.Pertama ketika mengikuti Seminar Antarabangsa mengenai Bajau di UMS dan kemudian dia datang mengikuti seminar Perpaduan Pelbagai Kaum anjuran MBSS dan Gapena di Promenade Hotel.