Ahad, 22 Mac 2009

Bang Mohamad mahu jual tv

Tags

Bang Mat mahu menjual tvnya. "Saya sudah bosan tengok tv", katanya dalam pertemuan kami di Jalan Gaya, kelmarin. "Saya tidak suka tengok tv kecuali kalau ada cerita P.Ramlee", kata Bang Mat. Saya suka bercakap dengan beliau kerana bang Mat suka berterus terang. Kalau tak betul, dia akan bilang tak betul. Kalau benar, dia akan kata benar.

"Dulu saya suka tengok berita, sekarang berita bukan lagi berita tapi banyak bohongnya," katanya. "Buat pengumuman sana sini, peruntukan berbilion-bilion tapi tak sampai kepada rakyat.

"Saya tidak minat lagi tonton tv. Cerita dramanya pun asyik berkisar hal itu-itu juga. Cinta murahan, persekongkolan, penipuan,perselingkuhan, dendam...hampir tak ada cerita yang baik untuk anak kita," katanya.

"Saya mahu jual tv kalau ada yang mahu membelinya," kata bang Mat. Bicaranya blak-blakan tapi kerana beliau bicara dengan fakta, saya tak berani menyangkalnya. Terlebih lagi, bang Mat ini, banyak jasanya pada saya.Waktu kahwin di Tawau dulu, dialah yang sponsor daging ayam. Paling menarik kerana beliau orang yang berpengalaman. Beliau adalah antara lulusan pertama dari Sabah yang belajar matematik komputer di Britain. Tak diragukan lagi, bang Mat seorang yang kuat berpegang pada prinsip dan jujur dalam perjuangannya.

"Kalau benar, katakan yang benar. Tulislah yang betul, jangan selewengkan fakta dan kebenaran. Kalau tidak biar saya jual tv saya, lagi baik daripada saya mendengar pembohongan demi pembohongan," katanya.

3 comments

Dalam sekali maknanya. Kalau ada yang terasa, amat wajar untuk merenung kembali. Bukan sekadar merenung kosong, tetapi berfikir untuk berubah. Berubah dan berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Salam untuk beliau.

saya mahu beli tv tu bang mat, mahu didermakan pada rumah2 org tua, atau rumah2 kebajikan terdekat, mana tau ada gunanya, sbab dlm keselingkuhan berat itu, ada juga aliran nafas2 baru yg bisa membangkit inspirasi untuk kita menonton lagi. biarlah penat melihat ketaksempurnaan tapi terus beristigfar meneladani fakta hidup, walau di tv katanya lain. jangan jual tv itu bang mat, bagi derma saja, atau menontonlah bsama mrka yg masih bisa tertawa pada cerita2 yg biasa2 saja di tv itu, pasti ada kedamaian hanya duduk2 bsama mereka menonton gontai, masuk kanan keluar kiri. kebal pada sosialisasi yg kalut. remote kan ada :-)

Rasanya Bang Mat bukannya betul2 mahu menjual tvnya tapi itu cuma luahan rasa kecewanya terhadap ketidak telusan berita yang dipaparkan dan mesej2 drama yang 'itu2' juga. He is telling something between the line.