Jumaat, 20 Februari 2009

USIA kesan kitab tafsir salah cetak

Tags


USIA KESAN KITAB TAFSIR YANG SALAH CETAK

KOTA KINABALU: Ustaz Abuhuraira Abdurrahman tidak menyangka naskhah tafsir Al-Quran yang sedang dibacanya mengandungi kesalahan percetakan
"Saya sedang menyemak kitab tafsir al-Quran itu ketika menyedari bahawa terdapat banyak kesalahan cetak dalam kitab tafsir itu," kata Pengarah Dakwah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), yang juga seorang ulama terkenal di negeri ini.

"Dalam naskhah itu, surah al-Kahfi tidak habis dan terus melompat ke surah Thaha manakala surah Maryam pula tiada," katanya.

"Surah Al-Khafi yang mempunyai 110 ayat hanya dicetak 55 ayat terus disambung ke ayat 97 surah Thaha," katanya kepada Utusan Borneo, di Ibu Pejabat USIA, kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin menyifatkan perkara itu boleh mengelirukan umat Islam.

Sehubungan itu, pihaknya akan membawa naskhah tafsir al-Quran yang mengandungi kesalahan cetak itu kepada Mufti Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adenan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memaklumkan Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara itu.

USIA juga akan memaklumkan pekedai terbabit supaya menghentikan penjualan naskhah berkenaan.
"Perkara ini harus diambil perhatian kerana kalau diteruskan ia dapat mengelirukan umat Islam," katanya sambil menasihatkan mana-mana individu yang telah membeli naskah ini dapat menyerahkan kepada pihak USIA atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS),"

Katanya, perkara itu harus diambil berat kerana melibatkan kitab suci Al-Quran dan siasatan dan tindakan lanjut harus dilakukan supaya perkara ini tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya menemui beberapa naskhah nafsir al-Quran oleh Prof Mahmud Yunus yang tidak lengkap kandungan isi kandungannya yang dijual di negeri ini.
Kitab tafsir itu dibeli di sebuah kedai menjual buku di Sinsuran dan mujurlah perkara itu dapat dikesan oleh Pengarah Dakwah, USIA, Ustaz Abuhuraira Abdurrahman.

"Tafsir Al-Quran itu tidak mempunyai surah Mariam selain beberapa surah lagi yang tidak lengkap," katanya sambil menegaskan, meskipun mempunyai cop pengesahan tetapi mutu cetakan naskah Al-Quran itu juga menunjukkan keraguan.

SALAH CETAK....Ustaz Abuhuraira (tengah) memperlihatkan beberapa surah yang tidak lengkap sambil diperhatikan oleh Datuk Haji Abdullah Hussin (kiri) dan Ustaz Kahar Abdul Rahman (kanan).

2 comments

Salam.
Cetakan yang keberapa, kalau boleh saya tahu....
Terima kasih.

Mungkin masalah penjilidan. Kitab tafsir itu begitu terkenal.Prof Mahmud Yunus, merupakan mufassir yang tidak asing lagi dirantau ini.Masalahnya adalah kerja-kerja percetakan yang kurang teliti dan kurang pemantauan ketika kitab itu dicetak di sebuah syarikat percetakan di Klang.Cetakan yang keberapa, ia tidak dinyatakan di kulit kitab itu, ketika kami memeriksanya.