Jumaat, 6 Februari 2009

Ada sebatang jalan lurus

Tags


Ada sebatang jalan lurus

menanti kudus

mari berjalan di atasnya.


Saya teringat sajak penyair A.Wahab Ali, lebih kurang begitulah bunyinya. Saya mengajak pimpinan BN dan PR di Perak supaya berjalan di atas jalan yang lurus untuk keluar dari kemelut politik, akibat berahi kekuasaan yang melampau-lampau.

2 comments

pertanyaan awal kita, kenapa ada garis yang berbentuk bengkok, silang, berliku dan berbagai-bagai bentuk garis. pertanyaan kedua, kenapa setiap mahlkuk dikeruniakan nafsu. Tanaman pun ada nafsu, ikanpun ada, apa tak lagi harimau. Manusia diujudkan untuk berebut-rebut jadi bengkok, kalau tidak: tiada ada yang upsr 5A, PMR 11A, SPM 16A, di universiti ada magna cum laude. Di universiti awam, tiada PM, tiada menteri besar, tiada ketua menteri, tiada Pengurus Besar, tiada CEO dan lain lain jawatan yang berbentuk tunggal. Kerana sifat "bentuk" yang bengkok lah semuanya ini ada. Jadi, kenapa kembali ke jalan LURUS.

Yang dirujuk sebagai 'jalan yang lurus' itu -- bukanlah pada bentuk jalannya. Tapi pada roh perjalanan itu sendiri.

Tidak mengapa jika rupa fizikal jalan itu bengkok, selanting, silang-silang atau berkeluk-keluk. Yang penting, roh perjalanan itu mestilah 'lurus'.

Kerana roh perjalanan itulah yang membawa kita menuju destinasi. Bukan rupa atau bentuk jalan itu.

Sekadar pandangan. :)