Sabtu, 22 November 2008

Sendirian menuju matahari yang terbenam

Tags

"Nek Dagu meninggal. Honey tak sempat pulang," itulah sms isteri saya tengahari Jumaat itu. Dia merasa sedih kerana kami belum juga melawat orang tua itu di Tawau Lama walaupun seringkali beliau bertanya tentang kami. Sehinggalah nenek itu pergi menghadap ilahi, kami belum berkesempatan mengunjunginya.

Nek Dagu sangat baik dan prihatin, kata isteri saya . Dia selalu menasihatkan supaya kami adik beradik jangan bergaduh dan sentiasa berbaik-baik. Walaupun tua dan bongkok, umur nenek itu mungkin lebih 80, beliau masih sempat menjenguk keluarga kala beliau sihat.

"Baik juga lakimu sama kamu nak?" suatu kali dia pernah bertanya isteri saya begitu sambil berbisik. Itulah yang mengharukan isteri saya kerana orang tua itu masih memperhatikan dan begitu prihatin.

"Insya Allah malam ini saya ke sana, untuk membaca Yasin dan menghadiahkan Al-Fatihah untuknya, walaupun kini dia sudah tiada", kata isteri saya.

Saya kini tenggelam dalam renungan, betapa rapuhnya kehidupan kita ini. Sampai waktunya kita akan pergi jua, sendirian, menuju matahari yang terbenam