Catatan deasoka selepas membaca Saadi dan betapa malangnya kita
`Deep in the sea are riches beyond compare,
but if you seek safety, it is on the shore'.
the rose garden, dalam Gulistan karya Saadi.
Saya tak pasti sama ada Sheikh Saadi pernah tinggal di tepi laut. Beliau berasal dari Shiraz. Tetapi kata-kata penyair ini amatlah mengesankan. Jauh di kedalaman laut terdapat khazanah yang tak terbayangkan, kata Saadi. Tetapi jika anda mencari sesuatu yang lebih selamat, cukuplah dengan berada di tepi pantai.
Barangkali inilah yang cuba digambarkan oleh Saira Shah dalam bukunya The Storyteller' s Daughter terbitan Penguin Book 2004. Saira adalah seorang wartawan bebas yang dilahirkan di Kent, sebuah kawasan luar bandar di Britain. Datuknya berasal dari Afghanistan, di sebuah desa bernama Paghman. Neneknya orang Scotland. Terpengaruh oleh cerita-cerita bapanya mengenai tanah leluhurnya, Afghanisan, Saira tergamit untuk melawat tanahairnya.
Waktu itu suasana sedang kacau di Kabul tetapi Saira, kerana didorong oleh keinginannya mencari identiti dirinya meneruskan perjalananya di tengah dentuman bom dan mortar. Saira Jan kembali mengenali jati dirinya, melalui perjalanannya ke Paghman.
Dia merindukan desa Paghman yang dipenuhi dengan kebun mawar tetapi akhirnya dia mendapati bahawa di sana yang ada hanyalah puing-puing runtuhan dan pertentangan.
Membaca kisah perjalanan Saira ini agak menarik. Sebagai wartawan yang a pernah membuat dokumentari Beneath the Veil dan Unholy war untuk Channel Four, Saira cukup mengenali tanah leluhurnya.
Selain kisah Saira itu, sebenarnya yang lebih menarik ialah petikan-petikan karya Sheikh Saadi dan Jalaludin Rumi.
Alangkah baiknya kalau kegiatan menterjemah karya sastera asing menjadi satu tradisi di negeri ini. Konon kalau di negeri seberang, buku yang terbit di New York atau london bulan lepas, boleh ditatap di Jakarta dalam bahasa Indonesia bulan ini. Konon kalau di Kuala Lumpur ia mengambil masa setahun bahkan bertahun-tahun.
Agak sedih juga kerana alangkah baiknya kalau karya-karya besar termasuk karya Saadi dan Jalaludin Rumi dapat diterjemahkan dengan lebih jernih dalam bahasa Melayu.Saya jadi teringat usaha Jasni Matlani yang membuat terjemahan cerpen untuk disiarkan dalam majalah komposisi dulu.
Tiba-tiba saya teringin untuk mengajak anda rakan-rakan Kemsas untuk menterjemah kata-kata Sheikh Saadi dari Shiraz ini.
1. `If you cannot stand a sting,
do not put your finger into a scorpions nest, kata Saadi' .
Jika tidak tahan bisa sengatan, jangan letak jari di sarang kala jengking.
Mungkin sama maknanya dengan pepatah Melayu, jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
2. The sanctuary is before you,
the theif is behind.
If you go you win, if you sleep you die.
Di depan tempat berlindung, di belakang ada pencuri.
Jika anda teruskan anda menang,
jika kau terlalai, kau akan rugi.
3. I fear you will never reach mecca,
o traveller,
for you are on the road to turkestan.
Saya risau anda tak akan sampai ke Mekah
O pengembara
kerana anda sedang menghala ke Turkestan.
9 Mac 2007
Isnin, 17 November 2008
Selepas membaca Saadi dan betapa malangnya kita
✔
abd naddin
Diterbitkan 6:01 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)