Rabu, 13 Ogos 2025

Catatan pendek ketika Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Sabah kali ke 22


Walaupun duduk di kerusi roda, Datuk Haji Pengiran Ibrahim Dewa, 96, tetap menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Sabah kali ke 22 di Hotel Promenade pada 26 Julai lepas.



Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan 1985-1986 kelihatan bersemangat. Beliau seorang yang aktif dan jarang melepaskan peluang  hadir dalam setiap program anjuran Mubarak Sabah.

"Empat tahun lagi beliau akan berusia 100 tahun, insyaAllah, bakal menyamai Usia Tun Dr Mahathir, kata Yang Di Pertua Mubarak Sabah, Datuk Yussof Abd Manan

Pertemuan rakan rakan lama pastilah membawa kegembiraan. ia mampu mengembalikan rasa ceria dan  tentulah mampu memberi  kesembuhan bagi yang sakit, katanya dalam ucapannya sambil menghimbau nostalgia lama ketika berjuang dan menjadi wakil rakyat di Bengkoka 1986-1990.

Jasanya sangat besar. Antaranya memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea awal dan perancangan jalan Sulaman Bypass ketika menjadi Ketua Bahagian UMNO Tuaran. Selain itu, beliau juga terlibat dalam perancangan awal pembinaan jalan Berungis Kota Belud dimana pecah tanahnya dilakukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika itu

Beliau yang memimpin Mubarak Sabah sejak 2004, terus aktif memelihara dan memperjuangkan kebajikan bekas-bekas wakil rakyat.  

Sebab itu, walaupun sedikit demam selepas balik dari Kuala Lumpur, beliau  terpaksa turun ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat yang penting itu

Yussof memuji bekas-bekas wakil rakyat yang terus  memberi komitmen untuk menjayakan program-program Mubarak.


Terus berkhidmat, adalah slogan Mubarak yang sudah sebati dengan jiwa ahli-ahlinya,Selain Datuk Haji Pengiran Ibrahim, antara ahli Mubarak yang paling senior hadir dalam mesyuarat itu ialah Datuk Francis Yap Tai Nyuen, 85, mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri  selama lapan tahun. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Setiausaha DUN yang paling lama, iaitu sekembalinya dari pengajiannya di UK. 

 Ia diikuti oleh mantan ADUN Buang Sayang, Datuk Claudius Sundang Alex yang memberitahu usianya 81 tahun setengah. Mantan Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat  1985-1994,Claudius bukan saja seorang ahli politik tetapi beliau juga adalah pencipta lagu dan lirik dalam bahasa Kadazan.  Sementara ituMantan Ahli Parlimen Tanjung Aru , Datuk Joseph Voon juga sudah sudah mendekati usia 80 dan tetap menyempatkan diri untuk hadir dalam mesyuarat.



Ahli-ahli Mubarak yang lain ialah Datuk Johari Mohd Dun, mantan ADUN Lumadan 1980, pernah memegang pelbagai portfolio jadi Pembantu Menteri  Kerja Raya dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan ketika era Kerajaan Berjaya.

Mantan Timbalan Speaker 2013,  Datuk Dr Johnson Tee,, ahli politik kelahiran Tamparuli pakar undang-undang laut, lulusan phd  University of St George England, adalah antara ahli Mubarak yang  masih aktif dalam kemasyarakatan.. Beliau masih menulis sebagai kolumnis di suratkhabar.

Barangkali yang menghidupkan suasana dalam mesyuarat itu ialah TImbalan Yang Di Pertua, Datuk Jamilah Sulaiman yang turut bertindak sebagai pengacara majlis. Bekas Timbalan Presiden PBS itu juga pernah menjadi ADUN Sipitang 1990-1994 dan pernah menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal iaitu 2012-2018.

Datin Seri Panglima Norsuuadah Haji Basah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah 1447 adalah seorang tokoh yang tidak asing lagi, Beliau pernah menjadi Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negeri Sabah di zaman Berjaya. Pengalamannya luas . pernah menjadi pembaca berita , juruhebah dan penerbit rancangan RTM dari tahun 1973 hingga 1978 sebelum bergiat dalam politik dan dilantik sebagai ADUN.

Setiausaha Mubarak pula, Datuk Leong Pau Chu, adalah wanita berpengaruuh pada zamannnya,bekas guru, beliau adalah mantan Setiuasaha politik  Toh Puan Hajah Rahimah Stephens semasa era 1970-an.

Paul Nointien,  bendahari Mubarak adalah Ahli Parlimen Penampang 1995-1999 menggantikan Tan Sri Bernard Dompok.

Datuk Louis Rampas ADUN Kiulu selama empat penggal dari tahun 1999-2018 juga hadir dalam mesyuarat agung tahunan itu.

Turut hadir,  Tuan Atong Mangabis,ADUN Mtunggong 1999-2004, seorang yang masih aktif hingga kini dalam pertubuhan peladang, masih terlibat secara aktif dalam masyarakat bahkan pernah membuka kedai runcit di kampung.

Seorang lagi ahli Mubarak yang aktif ialah Tuan Yahya Othman bekas inpektor polis yang pernah menjadi  ADUN Banggi di zaman Berjaya,. Beliau  melalui banyak pengalaman getir   dalam hidupnya. Beliau kehilangan ramai anggota keluarga termasuk isteri dan dua anak perempuannya dalam tragedi bot karam di  perairan pulau banggi pada 2009 yang meragut nyawa 14 mangsa yang sedang dalam perjalanan menyambut aidiladha. Beliau sendiri terpaksa berjuang  beberapa jam di laut sebelum diselamatkan .

Datuk Lawrence Gimbang, bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri  Sabah turut hadir dalam mesyuarat seorang tokoh yang aktif dalam pemeliharaan bahasa dan budaya Dusun.beliau masih memegang jawatan Presiden Persatuan Pemelihahaan Bahasa Dusunic. Juga hadir ialah Ahli Parlimen Kota Marudu 1990-1995, Datuk Dr George Sangkin, seorang tokoh yang memiliki sumbangan besar dalam politik, pendidikan dan pembangunan masyarakat luar bandar.

Kalau boleh dikumpul pengalaman bekas bekas wakil rakyat ini tentulah menarik. Mubarak sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan riwayat hidup mereka.




Dalan ucapannya, Datuk Yussof Manan merakamkan ucapan terima kasih kepada  mantan Ketua Menteri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kini  Yang di Pertua Negeri Sabah) kerana memberi perhatian kepada kebajikan bekas wakil rakyat.

Mubarak Sabah juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Haji Hajiji  Mohd Noor kerana menaikkan elaun wakil rakyat yang turut dirasai oleh bekas wakil rakyat yang sesetengahnya hanya bergantung kepada duit pencen yang tidak seberapa untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kalau dikira tidak semua bekas wakil rakyat mempunyai kedudukan kewangan yang tinggi,wang pencen pun tidak cukup, katanya.

Mereka tidak mendapat kontrak kontrak dari kerajaan tetapi mereka tetap komitmen membanturakyat semampu mereka sesuai dengan slogan Mubarak Terus Berkhidmat.

Mubarak juga yakin Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DSP Hajiji prihatin terhadap kebajikan rakyat, mampu membela dan membawa pembangunan kepada rakyat di negeri ini

Sementara  itu Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Dato’ Seri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dalam ucapannya secara tegas meminta Kerajaan Persekutuan  melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari Sabah untuk memastikan semangat penubuhan Malaysia dapat direalisasikan.

Pelantikan seorang TPM dari Sabah adalah wajar dan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di Sabah.

“Kalau pemimpin dari Sarawak boleh dilantik sebagai TPM maka Sabah juga berhak mendapat seorang Timbalan Perdana Menteri”, katanya.


Sebelum ini Mubarak pernah mencadangkan pelantikan 3 TPM, seorang dari Semenanjung, seorang TPM dari Sarawak dan seorang TPM dari Sabah


Bagaimanapun hanya pemimpin dari Semenanjung dan Sarawak dilantik menjadi TPM.

Menurutnya, Negara Sngapura yang lebh kecil dari Malaysia kini  mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, perkara itu  perlu dipertimbangkan secara serius oleh Kerajaan selepas PRU akan datang.

“Apa yang diberikan kepada Sarawak seharusnya diberikan juga kepada Sabah “,katanya.

Tan Sri Dato Seri Dr  Haji Abd Aziz Abd Rahman, seorang akauntan awam bertauliah akan memsuki usia 80 tidak lama lagi.

Beliau gembira melihat kehadiran ramai bekas-bekas wakil rakyat dalam mesyuarat itu.



Keahlian Mubarak  yang ditubuhkan pada 1998  terdiri daripada  bekas Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri atau semua bekas wakil rakyat yang sudah pasti mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang politik dan pentadbiran.
Mubarak sentiasa menyumbsang pandangan dan fikiran membina mengenai isu isu semasa kepada kerajaan dan masyarakat.
Mubarak juga, kata Tan Sri Dr Abd Aziz menjadi alat perhubungan  antara bekas wakil rakyat dengan kerajaan demi perpaduan dan kepentingan bangsa dan negara selain memberi bantuan kepada ahli ahli yang memerlukan. Selain itu, ia juga menganjurkan seminar dan kursus untuk membangunkan modal insan.

Mubarak Sabah kini mempunyai 42 orang ahli. Jumlah keahlian asalnya 45 orang tetapi dua orang sudah meninggal dunia manakal seorang lahi dilantk sebsgai Ahli Dewan Negara.


Khamis, 6 Februari 2025

ya menulis lagi

 Memasuki fasa pemulihan. InsyAllah tunggu cerita-cerita baru di blog ini. Maaf kerana  lama tidak update.salam hormat

Rabu, 25 Oktober 2023

kenangan sewaktu menghadiri forum di Sharif Kabunsuan, Cotabato city


 




bersama kenalan lama    Atty Naguib Sinarimbo, kini salah seorang menteri

Qari Ustaz Numan Pembayabaya, juara antarabangsa



antara kenamaan
prof Datuk Dr Kasim Mansur, Naib Cancelor UMS

VVIP yang hadir dalam forum

Ketua Menteri  HajiAhod Ebrahim mwnyampaikan mesej untuk peserta forum
persembahan kebudayaanIiranun

Antara peserta yang hadir dalam forum Anjuran IPADC

bersama Engr Bahama Andar

bersama timbalan Datuk Bandar Davao Haji Latip Pamikiren Arumpac
bersama ex sec Atty Abdullah Dabs Mama-o
bersama Dr Ibrahim Ibay Timbalan Menteri MILG



Dr Datu Jamaludin Datu Moksan, ahli sejarah Iranun Sabah
Dr Datu Jamaluddin ketika menjawab soalan peserta

Kalau Lambat sedikit kita boleh terperangkap dalam kesesakan, kata Sultan Sa Patot yang mengiringi kami. Pagi itu kami ke Kompleks Kebudayaan Sharif Kabunsuan  untuk menghadiri forum yang amat penting. Forum mengenai BIMP EAGA dalam BARMM:peluang ke arah memperkasa komuniti minoriti.

Tidak kurang daripada Tan Sri Pandikar Amin sendiri yang memberi pencerahan mengenai peranan BIMP-EAGA, dan bagaimana masyarakat minoriti di wilayah Bcangsamoro boleh mengambil peluang untuk memperkasa suku bangsa mereka dalam pelbagai bidang, bidang ekonomi, pendidikan sosial budaya dan sebagainya.

Ketika memasuki dewan, saya terkejut melihat banyak tempat duduk sudah dipenuhi. Padahal rasanya kami datang awal. Rupanya ada yang datang lebih awal lagi. Saya sempat bersalaman dengan mereka. Ada di antaranya saya kenal sebagai tokoh-tokoh masyarakat Iranun  dari Parang, Matanog , Sultan Mastura, Barira, Buldon Dan Cotabato City. Bahkan saya teruja melihat kehadiran Haji Latip Pamikiran Arumpac, Timbalan Datuk Bandar Davao yang sanggup datang dari jauh untuk menghadiri forum itu.

Saya rasa kebanyakan hadirin teruja dengan kehadiran 68 orang rombongan BIMP-EAGA Dari Sabah, sebahagian besarnya Iranun yang berkunjung ke Mindanao untuk silaturrahim dan membuat lawatan balas selepas menerima kunjungan 28 orang Iranun Mindanao ketika Pertemuan Iranun Nusantara-ke4  diadakan di Minanga a Marampayan, Kota Belud Sabah pada 7-11 Diember 2022.

Kali ini Kumpulan 28 orang Iranun Filipina itulah  yang menjadi penganjur program itu. Kumpulan 28 orang Iranun-Filipina  yang diketuai oleh Engr Marites K. Maguindra, Pengarah MTIT, yang digelar Iron Lady, Sultan Atty Rico S Pelandoc, Naib Presiden Iranun Sultanate League of the Philippine ISLP , Sultan Ponpon U. Zaman, Timbalan Datuk Bandar Davao, Haji Latip Pamikirin Arumpac, ,Setiausah Agung ISLP, Sultan Kim Ampuan, dan peserta dari United Bangsa Iranun for Peace and Development (UBIPD)

Forum itu sangat menarik. Selepas Qari Ustaz Noman Pembayabaya memperdengarkan bacaannya disusuli oleh Sultan Saipon memperkenalkan setiap delegasi,  majlis perasmian dimulakan. Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Atty Naguib Sinarimbo,kebetulan iranun dari Pigcayawan, North Cotabato disusuli ucapan Abu Amri Taddiq, Menteri Perdagangan Pelaburan dan Pelancongan MTIT BARMM.

Paling menarik dan paling dinanti-nantikan ialah ucapan Tan Si Pandikar Amin sendiri, Special Envoy Sabah untuk BIMP EAGA yang dianggap sebagai paramount leader di kalangan Masyarakat Iranun dan paling  dihormati oleh Masyarakat Islam di Mindanao seperti yang diberitahu oleh beberapa tokoh di sana. Kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu dan dialu-alukan.

Dalam ucapan yang dilihat bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, Tan Sri Pandikar mengeluarkan segala isi hatinya mengenai bagaimana Masyarakat Islam di Mindanao khususnya golongan minoriti dalam hal ini- Iranun boleh mengambil manfaat dalam Kerjasama dalam BIMP-EAGA.

Beliau menekankan bagaimana kerjasama dalam BIMP-EAGA khususnya dalam bidang perdagangan , pelaburan, industri makanan halal dan pendidikan mampu memberi manfaat kepada Masyarakat di wilayah  BARMM . Kemudian disusuli ucapan Ketua Menteri BARMM, Haji Ahod Ebrahim,

forum itu boleh dianggap berjaya. Sesi perasmian pada sebelah pagi. Pada sebelah petsangnya  beberapa pemakalah dibentangkan, antaranya olehTimbalan Menteri MTIT, Atty Sukarno Abas mengenai BIMP-EAGA dalam konteks BARMM.  

BoPembentangan makalah oleh Dr Datu Jamaluddin Moksan, juga dianggap menarik perhatian kerana membincangkan tajuk mengenai dari mana Iranun bermula-perspektif Sabah. Sebagai ahli Sejarah, beliau memiliki banyak maklumat dan pengetahuan. Cuma saja pembentangannya kurang persediaan dan pendekatannya perlu diperbaiki sedikit supaya fakta-faktanya dapat dihadam dan dicerna dan jika tidak diperhalusi , ia mungkin  terjatuh status kepada ebpawala saja.

Naib Cancelor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Hj Mansor dalam pembentangannya mempelawa pelajar-pelajar terbaik dari Mindanao meneruskan Pelajaran di UMS.

UMS, sebagai salah sebuah Universiti terbaik di Malaysia sedia menjalin kolaborasi  dengan  universiti di Mindanao,

Kerjasama itu melibatkan mobiliti pelajar, akademik dan penyelidikan dalam menghasilkan modal insan berkualiti sekaligus mampu memberi manfaat kepada Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“ Peranan institusi pengajian tinggi adalah antara nadi yang mampu memangkin pertumbuhan sosioekonomi di rantau ini.

“Justeru, UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini bertekad untuk menerajui pendidikan tinggi di rantau BIMP-EAGA.

“Ini kerana melalui pendidikan dilihat dapat memahami sosio-kebudayaan untuk kemapanan ekonomi serantau,” katanya.

UMS Yang memiliki 12 fakulti, 1 Akademi dan 1 pusat penataran ilmu, mempunyai sebanyak 139 program akademik. Ia juga mempunyai empat institut penyelidikan iaitu Institute of Tropical Biology and Conservation (ITBC), Borneo Institute for Indigenous Studies(BORIS), Borneo Marine Research Institute (BMRI),Biotechnology Reseaerch Institute(BRI).

Saya gembira dapat berjumpa  dengan Atty Naguib Sinarimbo yang saya kenali lebih 30 tahun lalu, kini beliau sudah jadi Menteri, juga dengan Atty Abdullah Mama-o, Secretary Department of Migrant Workers di bawah pemerintahan Duterte .

Program forum  itu walaupun singkat pasti meninggalkan kesan yang luar biasa di kalangan peserta.

 


Jumaat, 13 Oktober 2023

Catatan Kupi kupi 4 Oktober di Putatan










Datuk Haji Jamdin Buyong berbaju hitam)mungkin satu-satunya peserta hari Sastera 1973 di kota kinabalu yang hadir dalam hari sastera yang diadakan kali kedua di Sabah pada 2023. Apa yang ada pada tahun 1973 itu tetapi tak ada pada tahun  2023? Saya sekadar bertanya kepadanya. Masa itu tokoh- tokoh sastera dan VIP hanya duduk di atas tikar di pantai tanjung aru.Antara yang hadir masa itu Tun Datu Mustapha, wakil Presiden Indonesia Tun Adam Malik, Menteri Luar Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ismail Hussein, Tun Sambathan,Datuk Mohd Asri Haji muda
Datuk Dzulkifli Abdul Hamid ,Abdullah Hussain Arena Wati, S othman Kelantan Anwar Ridhwan, Jins  shamsuddin, johari alias,dan ramai lagi tokoh sastera.

banyak lagi kisah hari sastera yang kami dengar ketika sesi kupi kupi di Putatan. Bertopi hitam ialah Datuk Haji Hussain Kassau,, kam meyapanya dengan nama bapak saja atau bung hussain, seorang tokoh sastera dan wartawan terkemuka dan Haji Hasyuda Abadi(tengah) Sasterawan Negeri sabah ketiga.
bung hussain tidak menyertai hari sastera 2023 kerana kurang maklumat mengeninya.ketika hari sastera 1973 itu, beliaubertugas sebagai  AJKPameran 10 tahun. sabah merdeka. yang turut dikunjungi muhammad Ali, peninju terkemuka dunia.Ada juga pameran lukisanyang diadakan di tapak ekspo berdekat an mahkamah. sekarang taman chong thian vun
kami turut menanam bunga di taman prince philip itu, kata datuk Jamdin ketika kami berempat minum di Restoran Sri keningau, di putatanminggu lalu 4 oktober. .sambutan peserta agak ramai kerAna selain ahli bahasa,TUrut hadir ialah ahli SANYA dan KGKS. selepas hari sastera itu, gapena mengadakan pertandingsn menulis novel GAPENA-Yayasan Sabah.
Masa itu siapa siapap saja penulis di sabah yang agak aktif. Antaranya A.B Amasuba, yang meulis novel Nafas Yang Hampir Putus. Sayudin Ali. Om ibrraAdl, Monosari. A.B. Amasuba atau nama sebensaarnnya Anwar Beda Nusantara berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai pegawai konsulat indonesia Menurut Bung Hussain,banyak penulis bersal dari Indonesia turut terlibat dalam sastera di sabah.pada dekad itu
Demikan walaupun pertemuan agak singkat tapi banyk maklumat persejarahan sastera Sabah yang kami perolehi. selepas itu Datuk Jamdin menghadiahkan novel terbarunya dan artikelnya mengenai Sejarah Putatan. Kau suka menulis, katanya, mungkin boleh tulis sesuatu mengenainya,kata Datuk Jamdin

 . 


 

Rabu, 11 Oktober 2023

malam berakhir dengan cepat di cotabato city

 

Tidak seperti bandaraya lain, malam berakhir dengan cepat di Cotabato City. Kedai- kedai tutup seawal jam 8.00 malam. Bahkan ada yang lebih awal daripada itu. Cuma ada beberapa warung kecil berdekatan Cotabato Regional  and Medical Centre yang masih buka hingga jauh malam.

Saya mengajak sdr Laliman dan Awang Karim menyusuri Sinsuat Ave mencari apa yang boleh dibeli. Ketika melihat buah, kami  membeli magga , tapi tak ada pisau untuk mengupasnya. Dan tak ada pula kedai yang menjual pisau. Mujurlah kami dapat meminjam pisau  dari gerai tepi jalan.

Sampai di tempat baru begitu, apa saja yang dilihat unik  atau lain, tidak terlepas dari lensa hp. Ketika asyik menggambar sdr.Awang Karim yang asyik berposing di tricycle tiba-tiba pemiliknya minta bayaran.

Ah.. janganlah kamu begitu ba. Sama juga kita ini. Kami ini Iranun dari sabah. Hanya dengan kata yang demikian ,orang itu  berhenti mendesak.

Kami sempat ngopi d bo’ cafe di sebelah  hotel, tapi sekejap saja kerana ianya tutup jam 9 malam.

Ini kisah malam ketiga kami di Cota Bato City.  Malam  pertama kami tiba di Alnor Hotel, Sinsuat Ave, Cotabato City. Saya tidak sempat berjalan ke mana-mana kerana tertidur pulas. Terbangun kira-kira jam 2.30 pagi. Selepas mandi dan tukar pakaian, tidur lagi hingga ke pagi. Malam kedua hanya sempat minum duduk sebentar di bo’s  café di samping hotel.

Sebab khabarnya ada penjaja Iranun menjual kopi di sana saya sempat  mengajak cikgu Ismail dan amai Shukri yang baru balik dari sana untuk kembali ke sana lagi.

Memang tak sempat merayau -rayau atau istilah iranunnya teba’ teba di Cotabato City. Bahkan untuk  ke RobisonSupermarkat dan Mall Al Nor yang terletak berdekatan pun tak sempat dikunjungi sebab kami berangkat pagi dan sampai di hotel hari  sudah malam.

Bahkan ketika malam akhir di Cotabato City, tak sempat kemana-mana . Walaupun ada hasrat berjumpa Omar Juhuran, aktivis budaya dari Bongao Tawi-tawi yang kebetulan baru sampai di Cotabato namun tidaklah sempat kami berjumpa.

Kebetulan pada hari itu ada kekecohan ketika penamaan calon di Barangay Malingao Midsayap, salah satu daripada kampung di bandar Mdsayap yang terletak dalam The Special Geographic Area (SGA Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao). SGA terdiri daripada 63 Barangay di Cotabato yang membuang undi semasa plebisit 2019 memihak kepada integrasi dengan wilayah autonomi Bangsamoro di wilayah muslim Mindanao. Walaupun Cotabato sendiri adalah sebahagian daripada wilayah SOCC KARGEN ( South Cotabato, Cotabato, sultan Kudarat, General Santos)

 

 

Kekecohan berlaku ketika seorag lelaki yang ingin mencalonkan diri jadi ketua barangay ditembak sebaik keluar dari kereta menggunakan pistol .45 caliber.penembak berjaya melarikan diri selepas serangan, magsa dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi meninggal dalam perjalanan.

Khabar itu merebak dengan cepat di d media. Bhakan ada amaran dari pihak berkuasa agar penduduk berhati hati kerana ada khabar kelompok biff mungkin melakukann kekacauan. Apakah ada hubungan atau tidak , tidak dapat dipastikan kerana kebetulan line internet kurang bersahabat

 Tapi walaupun begitu a tidak menghalang  kami ke warung sekadar mencari kupikupi.cotabato city memng sedikit berbeza jika dibandingkan Pattani atau

arathiwatbudaya berbeza.suasana berbeza.sebenarya sama saja tak ada apapun.kebimbangan sebenarnya hanya berlegar dalam fikiran kita.persepsi saja Padahal suasana sebenar tidak seperti itu

kumusta ka bro? seseorang bertanyaapa dalam bahasa tagalog k

mabuti bsik baik saja.

ya baik baik baik saja


digerai buah bersama sdr Laliman

sempat meminjsm pisau dari pemilik gerai ini


Awang karim bergambar diengan tricycle yang popular di citabato city

roda ekonomi dicotabato city tetapp bergerak walauun masih tidak serancak bandaraya lain
jeep antara jenis pengangkutanantara kota di cotabato city


suasana di Sinsuat Ave


gambar bersama cikgu Ismail Sidik di cota bsato . kunjungan kedua ke kota ini selepaskira kira  13 tahun berlalu

Jumaat, 29 September 2023

#MapiyaBuldon dan sambutan meriah masyarakat Iranun Buldon yang tak dapat dilupakan

#MapiyaBuldon, tagline Buldon, sebuah Municipality atau Perbandaran di Maguindanao del Norte, yang kami kunjungi pada hari kedua berada di Mindanao. Terletak kira-kira 35.28 kilometer dari Cotabato City, Buldon yang terletak pada ketinggian 408 meter dari permukaan laut, adalah satu daerah yang indah seluas 392.61 kilometer berpenduduk seramai 39,684 orang (banci 2020), majoritinya dari sukubangsa Iranun.

Ketibaan kami disambut dengan begitu ramah dan sukacita. Beberapa penari mempersembahkan tarian tradisi Iranun yang kemudian disusuli dengan persembahan kulintangan. Ada juga persembahan Kalalakaw sa Darangen. Pemuda pula memperlihatkan persembahan permainan sipa sa lama-lama.

Di atas meja terhidang pelbagai kuih tradisi seperti kuih dodol, amik dan tiadtag. Juga ada tapai, pais a kamais dan juga buah-buahan.

Municipality of Buldon dipimpin Mayor Hon Pahmia A.Manalao-Masurong, seorang wanita. Beliau menang pilihan raya tahun 2022 dengan undi sebanyak 13,966 undi. Manakala vice Mayor dimenangi oleh abangnya, Hon. Abolais A.Manalao yang menang dengan undi 13,896 undi. Kedua-duanya dari Nasionalista Party.

Sebelum ini, Datu  Abolais A Manalao, cucu kepada bekas Vice Mayor Datu Manalao Karim Aratuc terpilih sebagai Mayor Buldon pada 1998, menggantikan bapanya, Datu Macarampat P Manalao. Beliau terpilih sekali lagi sebagai Mayor pada Mei 2001. Pada tahun 2004, ketika pilihanraya diadakan secara serentak di seluruh Filipina, Abolais terpilih sekali sebagai Mayor hingga penggalnya berakhir pada tahun 2007.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya pada  2007, Bae Ya Panonoroganan Ruth “Tata” Aratuc Pembabaya-Tomawis, dan juga salah seorang cucu Perempuan bekas wakil rakyat, Hadji Bangon Ulod Aratuc, dan isteri kepada mantan Mayor Barira, Alexander Dagalangit Tomawis terpilih sebagai Mayor dan terpilih sekali lagi pada 2010. Dalam pilihanraya 2013, Sultan Abolais Aratuc Manalao dan Sultan Atty Cairoden Pandatan Pangunotan terpilih sebagai Mayor dan Vice Mayor dan sekali lagi terpilih pada pilihanraya 2016.

Inged a Buldon juga  terkenal sebagai medan perjuangan Bangsamoro. Terdapat banyak peristiwa berdarah yang tercatat dalam sejarah penentangan Bangsamoro, antaranya ialah pada Ogos 1971  dan kemudian yang paling besar ialah Battle of Buldon selama 10 hari di Barangay Kabayuan dan Garigayan  atau dikenal juga Battle of Reina Regente pada 16 hingga 25 Januari 1997.

Tetapi peristiwa pahit itu tidak perlu diulang lagi. Sekarang, Buldon mulai menikmati rasa aman .

Datu Abolais berkata, kalau  bukan kerana perang dan perjuangan, Buldon dan Kawasan sekitarnya   dalam kawasan` Iranun Country’  mungkin mampu menjadi sebuah Kawasan metropolis kerana  Kawasan itu adalah antara paling awal bersentuhan dengan kemajuan di Mindanao.

Dalam ucapannya, beliau menyarankan-setengah serius, setengah bergurau- akan perlunya meningkatkan perhubungan antara Iranun di Sabah dan di Mindanao melalui hubungan perkahwinan.

Tan Sri Pandikar dalam ucapannya menyambut baik saranan itu, sambil menyatakan ramai yang sedia untuk menetap di Buldon dan di kalangan anggota delegasi ramai yang masih bujang.

Suasana menjadi cair dan ceria. Tan Sri Pandikar menceritakan bagaimana beliau amat tertarik untuk berkunjung ke `inged a Iranun’ dan beliau menyatakan beliau sendiri adalah Iranun tulin.

Namun Tan Sri Pandikar berpegang kepada teori bahawa Iranun memang berasal dari Borneo.. Dalam sejarah Filipina, terdapat kisah mengenai kedatangan 10 datu dari Borneo. Beliau juga menyatakan beberapa kisah dalam darangen, kisah raja inderapatra,, yang banyak jejaknya di Borneo.

Selain itu, beliau mengisahkan juga mengenai persamaan dan perbezaan antara Iranun di Sabah dan di Mindanao.

Tetapi sesuai dengan tagline #OneIranun, sesungguhnya semua orang Iranun itu `peraranuna’ dan bersaudara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Congresswoman, Bai Dimple Mastura, Director PNP Maguindanao del Norte, Col Sultan  Salman S Sapal, Mayor Barira, Hon Abdulraof D Tomawis, Mayor Sultan Mastura, Hon Zulficar Ali H Panda, Vice Cancelor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Mansor, Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim dan kenamaan lain.

Hon Datu Abolais A Manalao, salah seorang tokoh Iranun Buldon





Sultan Rico Pelandoc, Naib Presiden Iranun Sultan League of Philippines sedang berucap
Special Envoy BIMP-EAGA Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sedang menyampaikan ucapan

Congresswoman, Bai Dimple Mastura menyampaikan cenderakenangan kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sambil disaksikan Mayor Buldon Hon Pahmia A Manalao 
 Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Mansur menerima cenderamata dari Mayor Buldon sambil disaksikan oleh Congreswoman Bai Dimple Mastura dan Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim

Wakil delegasi, Marawan Yassin menerima cenderamata dari Hon Abolais A Manalao, Vice Mayor Buldon sambil disaksikan oleh Congreswoman Bai Dimple Mastura dan Hon Pahmia


Tan Sri Pandikar Amin, Hon Pahmia , Congrewoman Bai Dimple Mastura dan kenamaan lain bergambar kenangan
 

Sipa sa lama, persembahan tarian dan betapa indahnya Buldon


Antara persembahan yang  menarik di Buldon ialah Sipa sa Lama.  Kami diberitahu ia salah satu permainan yang popular di kalangan masyarakat Iranun, dan popular juga di kalangan orang Maranao dan Maguindanao, yang pada hakikatnya mempunyai nenek moyang dan tradisi yang sama.

 

Sekumpulan pemain, biasanya empat hingga ke enam orang, bermain sepak dalam bulatan. Setiap pemain bergilir-gilir menyepak bola untuk memastikan ia berada di udara selama mungkin dan tidak terjatuh ke tanah.  Permainan itu memperlihatkan ketangkasan seseorang pemain. Mereka memakai pakaian tradisi Iranun yang berwarna warni, kaki mereka dilengkapi dengan dalapi atau pelindung tulang agar mereka menyepak bola takraw dengan lebih lama.

 

Setiap orang memegang selempang atau disebut khandat, yang mereka sebat setiap kali mereka dapat menyepak bola, Setiap ahli pasukan cuba menahan bola takraw daripada jatuh ke tanah . Ia menajdi satu tontotan yang menarik.

 

Permainan Sipa sa Lama ini mempunyai persamaan dengan permainan sepak raga bulatan, permainan tradisi Masyarakat Melayu. Cuma dalam sepak raga bulatan, pemainnya tidak terhad dan mereka bermain dalam satu bulatan besar. Sepak raga bulatan juga amat menarik kerana pemainnya menunjukkan kehandalan menimbang bola, menanduk, melibas serta mengawal bola dihujung kaki. Ia boleh dimainkan secara individu, berkumpulan atau berpasukan dengan menggunakan semua anggita badan kecuali tangan atau lengan. Setiap

 

Selain Sipa Sa lama, di Buldon dan kawasan Iranun yang lain juga terkenal dengan Sipa sa manggis. Ustaz Montasir Karim memberitahu Sipa Sa manggis adalah satu permainan yang popular di kalangan Masyarakat Iranun. Ustaz Montasir  masih pupu dua kali dengan Mayor Honourable Pahmia dan Abolais memberitahu `sipa’ maksudnya sepak manaka manggis bermaksud sweet victory atau kemenangan manis. Lama  pula bermaksud halaman. Sipa sa Manggis adalah salah satu sukan Bangsamoro yang melambangkan kemasyhuran, kuasa, kehormatan dan kebanggaan. Permainan ini dimainkan dengan menendang bola kecil dibuat daripada rotan ke atas hingga terkena manggis yang digantung setinggi kira-kira 10 meter. Setiap kotak manggis biasanya mengandungi ganjaran berupa wang tunai dan sebagainya.

 

Sayang sekali ia tidak sempat dipertontonkan dalam kunjungan kami ke Buldon itu. Waktunya amat terbatas. Memang terdapat keperluan untuk mempromosi dan memperkenalkan sukan rakyat ini memandangkan permainan ini tidak lagi mampu dimainkan oleh generasi kini.

 

Sementara itu, selain persembahan kulintangan Buldon,  tarian tradisi seperti kap malong-malong, saya kurang pasti nama tarian itu, kerana terpesona dengan gerak tarinya, juga dipersembahkan persembahan kalalakaw sa darangen. Darangen adalah epic Iranun yang banyak mengisahkan mengenai bantugen dan lain-lain.

 

Dengan hidangan makanan tradisi, saya sempat menikmati dodol, pais a kamais (pais jagung), tapai, turut dihidangkan juga tiadtag dan amik atau penjaram. Orang Maguindanao menyebutnya penyalam, tapi Iranun menyebutnya dengan nama Amik.

 

Persamaan tradisi, pelbagai ragam budaya, permainan rakyat menunjukkan bahawa Iranun, pada mulanya hanya terdapat satu Iranun. Salah satu hastag di Buldon ialah #OneIranun. Ada persamaan dari segi kulinari, makanan, permainan dan sebagainya. Benar bahawa terdapat perbezaan juga, tetapi ia kerana pengaruh setempat. Apatah lagi Iranun di Mindanao dan Iranun di Borneo terpisah atas factor geografi, juga faktor sosiopolitik sejak beratus ratus tahun dahulu sebelum terbentuknya sempadan politik negara Malaysia dan Filipina.

 

Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah bahawa Iranun itu bersaudara. #OneIranun. Lambaian pohon kelapa dan pemandangan yang dilatari oleh Bukit Kamanaan di Buldon menunjukkan keindahan negeri itu, yang jika pintunya terbuka, ia mampu menjadi permata yang bersinar di kawasan BIMP-EAGA.


Sipa sa Lama di Buldon









Persembahan tarian Iranun dari Buldon

Penari dari Buldon



Antara penari yang mempersembahkan tarian tradusi Iranun

Tapai dan pais a kamais


Amik dari Buldon
Tiadtag, kuih tradisi Iranun

Dodol, kuih kebanggaan masyarakat Iranun di Mindanao