Ahad, 23 April 2023

solat sunat aidilfitri di halaman parkir masjid Babul Khair Titingan

Tags






 
Kami memilih solat sunat aidil fitri di halaman parkir masjid Babul Khair Titingan.  Orang sudah ramai memenuhi halaman. Ada pula yang menjual kepingan kotak untuk dijadikan alas tempat duduk.

Solat hanya akan dimulakan pada jam 7.45 pagi serentak di seluruh negara, kata petugas masjid. Seterusnya beliau meminta pengutip duit salawat agar kembali ke tempat kerana solat akan dimulakan sebentar lagi.

Sebelum itu, imam memberi penerangan mengenai tatacara menunaikan solat sunat aidil fitri bagi mengingatkan mereka yang mungkin terlupa.

Selepas itu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mereka yang lulus dari madrasah ramadan akan hikmah yang dijalani sepanjang bulan puasa itu.

Malangnya ada jemaah yang bergerak balik selepas solat sunat. Mereka tidak lagi mendengar khutbah hari raya. Ada pula beberapa orang yang merokok sambil mendengar khutbah. Mungkin kerana di luar cuaca agak menyengat. Tak ada angin. 

Kami menunggu hingga khutbah selesai supaya anak-anak tahu bahawa mereka perlu mendengar khutbah selepas solat sunat hari raya itu.