Kuburan selalu mengingatkan kita bahawa sesuatu yang bermula pasti ada pengakhirannya.Bahawa setiap kehidupan , noktahnya adalah kematian. Bahawa selain hayat kita di dunia fana ini, ada ruang dalam dimensi lain yang pasti kita masuki dan berdiam di dalamnya sehingga kita dihimpunkan di hari pengadilan nanti.
Berziarah ke kuburan mampu mengingatkan kita betapa rapuhnya kehidupan ini. Pada setiap kematian ini pasti menyimpan cerita dan tragedi yang berbeza antara satu kematian dengan satu kematian yang lain. Setiap yang hidup akan mati. Itu pasti. Cuma bila masanya, selalu disembunyikan dari kita. Ketika selalu mengharapkan pengakhiran baik. Kerana itu kita perbanyak amal kita agar dengan amal kita itu kita dapat keredhaan dan rahmat untuk mengetuk pintu syurganya.
Berjalan dari satu makam ke makam yang lain, dari satu kuburan ke satu kuburan lain, kita selalu berdoa agar kesalahan mereka sentiasa diampunkan Allah dan semoga kita pula dimaafkan kerana terpaksa melangkahi kuburan-kuburan sebeum kita sampai ke tempat yang dituju.
Hari ini kami menghadiahkan bacaan surah yasin kepada arwah ayah mertua saya, Allahyarham Nordin Hassan, arwah pakcik Amat, arwah mak tua @ Sharipah Limbok Syed Agul, Arwah Pak Tua, Jamal Abu Bakar dan arwah Zulkifli Ahmad.Ziarah ke tanah perkuburan Islam Wallace Bay dekat Islamiah itu sudah lama tidak dilakukan, khususnya kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Selesai menghadiahkan bacaan yasin dan membacakan alfatihah untuk arwah bapa yang terletak berdekatan pokok rimbun di tengah kehangatan dan arwah arwah yang lain, kami mencari pula kuburan mak tua.
Ketika duduk di pondok, saya sempat bercakap cakap dengan penggali kubur, yang bercerita mengenai pendapatan penjual bunga di pintu tanah perkuburan itu. Menurutnya pendapatan mereka tidak lari daripada RM2,000 sehari. Beliau sendiripun ada menjual bunga dan walaupun cuma sejam, beliau dapat menjual bunga dengan pendapatan RM700. Sungguh menakjubkan.
Beliau juga sempat bercerita mengenai penziarah kuburan yang memakai perhiasan emas secara berlebihan . Beliau berkata, mungkin mereka perlukan bodyguard bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Saya teringat cerita Mama yang menyatakan betapa pak Tua adalah seorang pembersih.Seorang yang sering menyapu dan membersihkan halaman, Membersihkan rumah. Bahkan jika menyapu, jarum yang hilang terjatuh juga boleh ditemui.
Tanah perkuburan Islam berdekatan sekolah Islamiah ini agak padat juga. Kini kelihatan lebih baik kerana dulu pernah juga tumbuh lalang.Kerajaan mungkin perlu memikirkan tuntuk menambahkan lagi tanah perkuburan yang kini makin sesak.
Sementara itu, arwah Zulkifli, sepupu isteri saya, meninggal akibat kemalangan motosikal di pengkalan TUDM di Labuan. Arwah Zul seorang anggota TUDM dan dikebumikan sesuai dengan penghormatan tentera. Beliau tak sempat melangsungkan perkahwinan kerana takdir Allah berkata lain.
Tanah perkuburan Islam berdekatan sekolah Islamiah ini agak padat juga. Kini kelihatan lebih baik kerana dulu pernah juga tumbuh lalang.Kerajaan mungkin perlu memikirkan tuntuk menambahkan lagi tanah perkuburan yang kini makin sesak.
Membaca nama-nama arwah yang tercatat di batu nesan atau ditepi makam, mengingatkan kita mengenai orang orang yang pergi dahulu sebelum kita.
Satu masa nanti, nama kita juga akan tercatat di pinggir makam atau batu nisan untuk dibaca oleh orang lain pula.