Selasa, 24 November 2020

YB HAJI RUSLAN MUHARAM, PEMIMPIN YANG MENGINSPIRASI

Tags

 YB HAJI RUSLAN MUHARAM, PEMIMPIN YANG MENGINSPIRASI

 KETIKA berusia 12 tahun, beliau terpaksa berhenti sekolah setakat darjah enam sahaja. Tidak ada pilihan lain. Sebagai anak sulung daripada sembilan adik beradik, beliau terpaksa adik-adiknya sementara ibu bapanya bekerja mencari sesuap nasi. Apatah lagi mereka bukan dari keluarga yang mampu. Selepas itu, beliau menjalani kehidupan sambil membantu keluarganya dengan menjadi penoreh getah. Bangun dinihari untuk ke kebun memotong getah dengan hasil yang tidak seberapa.Banyak pengalaman yang dilalui oleh tokoh ini, sesuatu yang sangat menginspirasi dan boleh menjadi teladan.Beliau  pernah menjadi nelayan sepenuh masa kira-kira lapan tahun. Kemudian pernah juga menjadi pemandu van selama lima tahun. Selepas itu, barulah beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Kini beliau muncul sebagai salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Beaufort,daerah kelahirannya. Seorang yang aktif dalam pelbagai kegiatan NGO, kini beliau adalah Timbalan Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS). Dalam bidang politik, bermula sebagai ahli cawangan,beliau adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS). Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16  yang lepas, beliau memenangi kerusi N34 Lumadan. Kemenangan beliau membuktikan bahawa tiada sesuatu yang mustahil. Bukan pendidikan tinggi yang menentukan seseorang itu layak menjadi pemimpin tetapi sebaliknya komitmen terhadap perjuangan, dan tekad untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat.

 



 

HJ.RUSLAN BIN HJ.MUHARAM  dilahirkan di Kampung Suasa Beaufort pada 4 November 1962. Beliau mendapat pendidikan dari darjah satu hingga darjah enam di SRK Suasa. Beliau tidak dapat meneruskan persekolahan kerana terpaksa membantu keluarga menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Selepas itu, beliau bekerja menoreh getah selama dua tahun, menjadi nelayan selama lapan tahun, menjadi pemandu van selama lima tahun sebelum memberanikan diri menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Kini beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi pengurus empat syarikat miliknya.

 

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hajah Norsiah binti Santri dan dikurniakan lima orang anak, tiga lelaki dan dua perempuan

 

Selain memegang jawatan sebagai Naib Presiden PBS, Haji Ruslan juga adalah Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.27 Lumadan ( 1999-Sekarang)  dan Pengerusi Cawangan PBS Kg.Lalangut, Kg.Suasa Beaufort(1995– Sekarang) Beliau juga aktif dalam NGO dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pesiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) – (sejak 2014 hingga sekarang),ü Pengerusi Penyelaras Walai Bisaya ( KDCA Penampang) - (2008-Sekarang) ,ü Pengerusi Koperasi Jaya Murni Beaufort Berhad ( 2010 – Sekarang) ,ü Pengerusi Koperasi Bersatu Kampung Suasa Beaufort Berhad (2013-Sekarang) ,ü Pengerusi Koperasi Bersatu Kg Mintulut – Bangkalalak Berhad (2019 – Sekarang)ü Pengerusi Homestay, Misapul Tokou Homestay Kg.Suasa Beaufort( 2010- Sekarang) ,ü Pengerusi Tagal Udang Galah Sungai Terusan Kg.Suasa - Kg.Nabahan, Beaufort ( 2010 – Sekarang) ,Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Beaufort (2019 - Sekarang)  Bendahari Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am ( 2016 - Sekarang) dan Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) Beaufort (2004 - Sekarang).


Beliau juga pernah memegang jawatanü Pengerusi Cawangan PBS Kg.Nabahan , Weston ( 1986 - 1995), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Nabahan Weston, Beaufort.(1986 - 1995) , Pengerusi PIBG Sk Suasa ( 1999 - 2005) , Pengerusi PIBG SMK Gadong (1999 - 2013) , Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N.27 Lumadan (1990 - 1999) Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) (2004 - 2009).  Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) (2003 - 2013). Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah ( 2010 - 2013). Pengerusi Pencak Silat Daerah Beaufort (2013 - 2017). Kaunselor Majlis Daerah Beaufort (2013 - 2018),Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung(JKKK) Kg.Suasa, Beaufort (2005- 2018)Dalam bidang perniagaan, Haji Ruslan adalah Pengurus Restoran Sinar Bayu (RSB)  Pengurus Waja Nabahan Group, Pengurus Waja Nabahan Aluminium & Glass Enterprise , Pengurus Sinar Bayu Enterprise

 Atas kepimpinannya, beliau berjaya  membawa Kampung Suasa ,memenangi Pertandingan Surau Cemerlang Peringkat Daerah Beaufort( Johan) (2003),Pertandingan Surau Cemerlang Peringkat Negeri Sabah( Johan)

2004 ,Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Beaufort( Naib Johan) 2008  Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Beaufort ( Johan) 2011 Peringkat Kebangsaan Anugerah Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gabungan

Kg.Suasa( Naib Johan) 2010  Peringkat Borneo Anugerah Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (Krt) Gabungan Kg.Suasa ( Johan) 2010, Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah(Tempat Ke 4) 2012 danü Mediator Komuniti Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Cawangan Sabah ( 2012)

Atas jasa baktinya, beliau menerima pingat Pingat Pangkuan Negara (PPN) 26 Jun 2005 ,Ahli Darjah Kinabalu (ADK) 27 Okt 2007 .

 Wartawan kanan UTUSAN BORNEO, ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual melalui aplikasi whatsApp mengenai pengalaman latar belakang keluarga dan perjuangan dalam politik.Ikuti petikan temubual berkenaan.

 UTUSAN BORNEO:Boleh ceritakan sedikit latarbelakang YB? Tempat dan tarikh lahir?

YB HAJI RUSLAN HAJI MUHARAM: Saya dilahirkan pada 4 November 1962 di Kampung Suasa Beaufort. Saya sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga lelaki dua perempuan , 11 cucu terdiri dari enam orang perempuan dan lima lelaki.

 UB: Anak keberapa dalam keluarga?

YB: Saya anak sulung daripada sembilan adik beradik.

 UB:  Dimana YB mendapat pendidikan awal?

YB: Saya bersekolah di SRK Suasa Beaufort hingga tamat darjah enam.

 UB: Oh ya? Ketika kecil dahulu, mungkin YB masih ingat berapa bekal ke sekolah? Apa pekerjaan ibu bapa?

YB: Bekalan saya ke sekolah, hanya setakat 20 sen. Ibu saya selalu membekalkan pisang rebus. Bapa saya, Haji Muharam bin Mail bekerja sebagai penoreh getah, petani dan nelayan separuh masa. Ibu pula, Hajah Nasiah binti Samsudin bekerja sebagai pesawah padi.

 UB: Siapa antara rakan sekolah YB ketika itu?

YB: Antaranya ,  Encik Harun Bin Akup dan Encik Matusin Bin Hj Gundol

 UB:Boleh cerita sikit keadaan sekolah SRK Suasa masa itu.Berapa tenaga pengajar?

YB: SRK Suasa masa itu hanyalah bangunan kayu dan papan. Murid-muridnya sekitar 40 orang manakala guru hanya enam orang.

Setiap pagi sebelum masuk kelas, kami diminta untuk merimbas rumput dalam kawasan sekolah.

UB: Apa sebabnya YB terpaksa berhenti sekolah setakat darjah enam?

YB: Saya terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu. Adik beradik ramai. Sayalah yang terpaksa menjadi pengasuh kepada lapan orang adik-adik saya. Ibu bapa pula terpaksa bekerja.

 UB: Adik-adik YB semua bersekolah?

YB: Adik saya 7 orang dapat bersekolah. Lima orang saya yang menyara mereka sehinggalah ke universiti kerana bapa saya meninggal di usia 49 tahun.

 UB: Apa kerja YB selepas tamat persekolahan?

YB: Saya pernah bekerja sebagai penoreh getah selama dua tahun, nelayan sepenuh masa selama lapan tahun, pemandu van perkhidmatan pengangkutan selama lima tahun, peniaga kecil selama lima tahun dan peniaga pertengahan selama lima tahun.

 UB:  Kalau dulu, perjalanan dari Kampung Suasa ke Pekan Beaufort mengambil masa berapa lama? Ada jalan raya?

YB: Masa itu Kampung Suasa belum ada jalan raya. Kalau mahu ke pekan Beaufort, terpaksa menggunakan perahu melalui sungai Padas. Berdayung ke Kampung Gadung dengan masa empat jam pergi empat jam balik.

 UB:  Jauh juga YB.  Macam mana pula cerita menjadi nelayan? Dapat hasil tangkapan jual di mana?

YB: Ketika menjadi nelayan saya tinggal di kampung Nabahan, iaitu lebih kurang satu jam berdayung ke Weston untuk jual hasil tangkapan.

 UB: Bila YB mula berniaga? Mula-mula apa jenis perniagaan yang diceburi?

YB: Saya mula berniaga secara kecil kecilan pada tahun 1995. Berniaga kecil-kecilan kedai runcit dan jual beli hasil nelayan.




 UB: Apa yang menyebabkan YB tertarik untuk menceburi bidang politik?

YB: Pada tahun 1985, ketika Parti Bersatu Sabah PBS membentuk kerajaan negeri, saya d lantik menjadi ketua cawangan PBS kampung Nabahan Weston dan menjadi Pengerusi JKKK kg nabahan. Saya dilantik oleh ADUN dilantik,Haji Moktani  Hj Lawi sebagai pengerusi JKKK. Saya  bekerja membangunkan kg Nabahan dan membantu penduduk kampung untuk menikmati pelbagai kemudahan bagi meningkatkan ekonomi penduduk.

 UB: Boleh ceritakan sedikit pengalaman dalam bidang politik?

YB: Dalam  kita berpolitik semasa kerajaan, sebenarnya banyak peluang yang boleh kita gunakan untuk memajukan penduduk kampung.

 Saya pernah memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Beaufort untuk membina Sungai Terusan Sepanjang 3 KM dari Sungai Padas, Kg.Suasa ke Kg.Nabahan, Weston, Beaufort ke Laut Cina Selatan bagi tujuan mengurangkan banjir di Daerah Beaufort (1990).

 UB: Sewaktu menjadi penoreh getah, berapa harga getah masa itu?

YB: Harga getah masa itu 80 sen sekati.

 UB:  Sebagai orang yang pernah menjadi penoreh getah dan nelayan, YB ada perancangan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka?

YB: Betul kerana saya dilahirkan dalam golongan yang susah. Kita tahu isi hati orang yang kurang bernasib baik kerana saya sudah melaluinya. Dalam hati kecil saya, sekiranya saya ada rezeki , saya mesti membantu mereka yang kurang bernasib baik.

UB: Apa nasihat ibu bapa kepada YB? Masih ingat?

YB: Nasihat ibu bapa kepada saya ialah agar sentiasa bersikap jujur kepada diri sendiri dan orang lain, rajin berusaha tidak memilih kerja, berusaha memiliki tanah sendiri. Sekiranya kita memiliki sebidang tanah sama seperti kita memiliki sebuah negeri.

Mereka juga menasihatkan agar tanah kosong perlu diusahakan dengan tanaman yang mandatangkan ekonomi

 UB: Pernah bertanding sebelum ini??

YB: Tidak pernah.

 UB: Siapa yang paling banyak beri dorongan kepada YB dalam politik?

YB: Antaranya mantan YB Haji Moktani Haji Lawi, Encik Sarak bin Akup, Datuk Hajah Jamilah Sulaiman dan HajiAbdl Adis Haji Abus.

UB: Apa cita cita semasa kecil?

YB: Saya bercita-cita menjadi usahawan dan alhamdulillah, ia sudah tercapai.

UB: Apa pengalaman pahit manis yang pernah YB lalui

YB: Pengalaman pahit yang dialami terjadi pada pada tahun 1999 ap ila saya dicadangkan oleh Datuk Hajah Jamilah Bt Sulaiman Naib Presiden PBS,  menjadi calon PBS DUN Lumadan dan mendapat persetujuan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Malangnya di saat-saat akhir, nama saya disingkir daripada cadangan itu.

UB:  Pasti ada kenangan manis?

YB: Kenangan paling manis ialah apabila saya dimaklumkan oleh ibu pejabat PBS pada 11 September bahawa saya dipilih  sebagai calon PBS Lumadan . Alhamdulillah, atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti dan rakyat yang membuat pemilihan, saya berjaya memenangi kerusi DUN Lumadan pada 26 September 2020.



 UB: Sekadar ingin tahu, boleh tahu jadual harian YB? Jam berapa YB bergerak dari rumah?

YB: Jam 7.00 hingga 9.00 pagi setiap hari, saya menerima tetamu yang datang ke rumah saya di kampung Suasa kecuali jika ada tugas-tugas rasmi di luar kawasan.

 Jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, saya adakan program santunan kasih, berziarah, mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin kampung di kawasan Lumadan. Jumlah kampung yang terdaftar sebanyak 56 buah kampung dan 13 Pusat Daerah Mengundi di Lumadan.

Jam 2.00 hingga 5.00 petang, saya berada di Pejabat ADUN manakala jam 6.00 petang saya berada bersama keluarga, itu semasa PKPB.

Sebelum PKPB, saya berkunjung ke semua masjid dan surau untuk solat lima waktu. Maknanya setiap hari, saya datang ke lima buah masjid dan surau. Dalam program ini, saya dapat bersembang dengan ahli-ahli kariah masjid secara langsung.

 UB: Apa respon keluarga? Apakah mereka tidak terkejut dengan perubahan selepas jadi wakil rakyat, terpaksa balik lambat?

YB: Respon ahli keluarga sangat baik kerana mereka faham tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat. Sebelum menjadi YB pun, memang ramai anggota masyarakat yang datang ke rumah berjumpa saya. Saya lewat balik rumahpun atas urusan perniagaan, serta urusan NGO dan parti.

 UB: Apa hobi YB di masa lapang?

YB: Saya suka berkebun dan suka ternakan.

 UB: Apa misi dan visi YB selepas memenangi kerusi Dun N34 Lumadan?

YB:  Antara misi dan visi saya ialah  membangunkan ekonomi masyarakat tempatan.  Anak-anak muda yang berkemahiran akan dibimbing menjadi usahawan berjaya, menubuhkan tabung pendidikan Lumadan, menubuhkan Tabung Kebajikan Lumadan.

 

UB: Apa slogan dan moto YB untuk Lumadan?

YB: Slogan Lumadan Sejahtera manakala moto saya ialah mempertingkatkan pencapaian.