SHY LHEN ESPOSO, MENULIS UNTUK KELUAR DARI RASA RINDU
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN
KERINDUAN kepada kampung halaman, menjadikan Shy Lhen Esposo seorang perindu. Dari rindu yang tidak tertahankan itu, Shy Lhen akhirnya menulis puisi.
Siapa Shy Lhen?
“Saya Belen Esposo, pekerja Filipina OFW di Singapura. Lahir 22 November, 1975 di Barangay San Antonio Cabangan Zambales Filipina. Saya belajar dan menamatkan kursus kejururawatan “Nursing Aide Caregiver 2011, Basic Aromathraphy 2012, Basic Cosmetology 2013,Taekwondo 2014 dan Advance Baking (OFW) di Singapura,” Pasir Panjang.
Karyanya diterbitkan dalam buku “Get Lucky” antologi penulis Filipina dan Singapura yang diterbitkan 2015 oleh Ethos.Shy Lhen juga menyertai Poetry Festival Workhop Julai 2016 sempena Festival Puisi Nasional di Singapura,
Sepanjang karier kepenulisannya, Shy Lhen pernah mendapat tempat ketiga Nucleus Poem Mother Language Februari 2018, Penyumbang puisi NOMAD’s CHOIR Poetry Journal@ Woodside New York. Beliau bekerjama dengan menghasilkan “The Poetry of ShyLhen Esposo dan Nick Armbrister.
Apa cita-cita sebenar?
Saya bercita-cita mahu jadi juru rawat tetapi kerana kemiskinan hasrat tak kesampaian. Kami dari keluarga miskin. Ibubapa saya tidak dapat membiayai untuk hantar kami ke sekolah.Jadi saya terpaksa bekerja pada usia muda.
Mulanya saya mengikuti peraduan 50 Word (50 perkataan), saya menyahut cabaran dari masyarakat puisi antarabangsa untuk melahirkan puisi sebanyak 50 perkataan di atas kanvas kosong. Saya menang pingat perak dalam acara itu.
Saya menulis tidak berdasarkan masa atau tempat. Mampu menulis secara spontan saja.
“Saya seorang yang emosional dan menulis apabila saya rasa kecewa atau rindu.Menulis adalah cara saya untuk keluar dari rasa rindu”
Mungkin anda menulis kerana mendapat layanan kurang baik dari majikan. Apa komen anda?
“Saya tidak pernah mengalami layanan kurang baik dari majikan. Saya bekerja dengan mereka sudah 10 tahun.Kami seperti keluarga. Mereka adalah keluarga saya di Singapura.
Suka menulis sebelum ini?
“Saya tidak suka menulis dan berfikir sebelum ini. Tapi akhirnya saya tidak dapat menahan kerinduan kepada kampung halaman. Saya ingin meluahkan dan menyatakan betapa saya merindui kampung dan keluarga. Itu sebabnya saya menulis,” katanya.
Bagaimana idea untuk mendirikan perpustakaan untuk imigran ini lahir?
Pengasas perpustakaan ini adalah pekerja imigran dari Bangladesh. Kami menjadi rakan melalui puisi puisi dan media sosial.
Tahhun lalu mereka menubuhkan perpustakaan imigran MLS di Singapura untuk semua pekerja asing.
Mereka mengadakan acara dan saya diundang sebagai salah seorang penyair jemputan. Saya datang. Itulah ceritanya bagaimana kami bermula. Sekarang saya adalah sketua untuk perpustakaan migran di Singapura, katanya.
Walaupun kami datang dari pelbagai kepercayaan, budaya dan agama yang berbeza tetapi kami adalah keluarga dan menganggap diri kami saudara seperti adik beradik, jelas Shy Lhen Esposo.
“Dalam mini librari kami, kami punya pelbagai jenis buku ditulis dalam bahasa Inggeris, Tagalog, Bangladesh, Mandarin dan bahasa Melayu
Kami punya banyak buku.Sesiapa saja yang minat membaca dan mahu menyertai pekerja imigran adalah dialu-alukan.
“Setiap bulan kami ada acara. Kami ada perpustakaan bergerak kami akan bergerak ke dormitori dan beri peluang mereka membaca dan meminjam buku secara percuma, kata Shy Lhen Esposo
Kalau ditanya apa prinsip saya, saya seorang yang percaya diri dan selalu menetapkan matlamat tinggi dalam kehidupan. Menulis adalah cara saya keluar dari rasa rindu.