Ahad, 31 Disember 2017

MASA KECIL YANG MENDERITA TAPI INDAH

Tags




MASA KECIL YANG MENDERITA TAPI INDAH

Beruntunglah anak-anak  sekarang. Bukan seperti zaman kami dulu-dulu.Angkat air dari sungai atau telaga menggunakan bambu atau sangit.Dulu air tak dimasak.Tandas pun belum ada.Kehidupan masa itu memang semua susah.Biarpun begitu semangat perjuangan untuk mengubah hidup tetap  kental,” kata Liman Kasim,seorang pemimpin di daerah Kota Marudu menceritakan kisah masa kecilnya.
Liman bin Kasim lahir pada 2 Februari 1953 di Kampung Ongkilan Kota Marudu. Beliau anak bungsu dari dua adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di GPS Tandek dari darjah satu hingga enam. Selepas lulus darjah enam, beliau ditawarkan untuk menjadi seorang guru tetapi ditolaknya sebaliknya melanjutkan pelajaran di SMK Abdul Rahim Kudat. Bagaimanapun,  beliau berhenti ketika berada dalam tingkatan dua kerana kekangan kewangan. Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Kerja USNO dan USIA pada 1972. Beliau meletakkan jawatan selepas USNO kalah kepada Berjaya pada 1976 . Kemudian beliau mencuba nasib hidup di ibu kota dan kemudian bertugas Hospital Queen Elizabeth Kinabalu sehingga meletakkan jawatan kerana menceburkan diri dalam  bidang politik sepenuh masa. Apabila UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah dan beliau dilantik sebagai salah seorang penaja.Kini sudah enam penggal beliau menjadi Ketua Cawangan UMNO, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Marudu dan sering terpilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Kini beliau salah seorang usahawan yang berja. Beliau mendirikan rumah tangga dengan  Puan  Siti Ajad  Haji Hasan dari Padas Damit  , Beaufort  pada tahun 1982 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu,Dayang Aezzy binte Liman, seorang peguam  lepasan UIA,anak kedua  Istiqomah binte Liman lulusan UiTM Shah Alam manakala anak ketiga lelaki Mohd Iqbal lulusan sarjana muda UiTM Selangor
Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN beerpeluang menemubual Liman Kassim  mengenai kehidupan masa kecilnya di Kota Marudu. Ikuti petikan temubual bersama beliau yang diadakan di salah sebuah restoran popular di Jalan Pantai Kota Kinabalu:

UTUSAN BORNEO:Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan?
LIMAN KASIM: Saya dilahirkan pada 2 Februari 1953 di Kampung Ongkilan Kota Marudu. Saya anak bungsu dari adik beradik. . Ayah saya ,Kasim bin Oyoh berketurunan Turki campuran Brunei. Ibu  keturunan Cina Johor  campuran Bajau KB.
UB: Tuan lahir di Kampung Ongkilan. Unik namanya. Apa asal usul nama kampung itu?
LK: Menurut cerita orang yang saya dengar, nama kampung Ongkilan ini diambil nama seorang berbangsa cina yang mula-mula datang ke kampung itu. Tauke cina itu dinamakan orang-orang kampung si Ong,. Lama kelamaan kampung itu dikenali pula Kampung Ongkilan dalam daerah Bandau sekarang Kota Marudu.
UB: Apa suku kaum yang menetap di Ongkilan?
LK: Penduduk kampung Ongkilan ini kira-kira  85 peratus orang Bajau suku bangsa Sama dan 10 peratus Kadazandusun dan 5 peratus kaum Cina, tapi masa dahulu orang Dusun dan orang Cina boleh bercakap Bajau.
UB: Pekerjaan mereka?
LK:Masa dahulu, penduduk kampung Ongkilan ni  kerja bekerja sebagai petani.Bertanam padi, jagung, kacang dan tembakau.Dulu tanam padi di panggil menugal padi dan menumbuk padi menggunakan langsungan dan kayu penumbuk padi namanya Lu.Saya pada  masa itu sudah pandai tanam padi dan nggamut atau `ngetu parai’, ada juga sebahagian penduduk kampung  yang tangkap ikan jadi nelayan.
UB: Dimana hasil tanaman itu dipasarkan?
LK:Hasil-hasil tanaman kampung seperti padi jagung, kacang tembakau, dipanggil sigup kabun, dijual kepada tauke cina namanya  Ong Muk Lin.Masa zaman saya harga barang murah.Beras satu gantang baru satu ringgit sembilan puluh sen, gula 30 sen, tepung gandung 30 sen, ikan sardin 35 sen.
Ketika zaman saya, kebanyakan  masih pakai lampu pelita minyak tanah. Harga sebotol minyak tanah baru 30 sen saja. Kalau sudah mahu tidur,  pelita perlu dipadamkan kerana kita berjimat pada masa itu. Bukan senang dapat minyak tanah.Kalau tak ada minyak tanah  kita guna minyak alternatif , salang namanya.Saya masih ingat kalau tamu Kampung ongkilan dipanggil semiu dengan erti kata setemu, Biasanya bila tamu, saudara-saudara orang Dusun turun dari bukit membawa hasil tanaman untuk dijual di tamu.Hasil tanaman kadang-kadang dibawa menggunakan kerbau dan ada juga disikut di belakang menggunakan takiding atau bakid di jual di tamu, ada juga dijual di kedai Cina.
Saya masih ingat langsat 80 biji setumpuk harganya baru 10 sen,buah tarap  besar pun hanya 10 sen , empat biji buah belunu harganya baru 10 sen, ikan no satu masa itu baru 60 sekati, ikan nombor dua  baru 30 sen, ikan no3 harganya 20 sen kadang-kadang tak laku.
UB: Betul-betul sukar ya kehidupan masa itu?
LK: Masa itu susah dapat duit.Ada kalanya di tamu menggunakan ikan hasil laut ditukar dengan hasil tanaman dari bukit oleh orang-orang Dusun.Kehidupan kami sangat susah. Boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
UB: Oh ya. Dimana tuan bersekolah rendah?
LK: Saya bersekolah  di SRK Tandek. Kami terpaksa  berjalan kaki  dari Kampung Ongkilan sejauh kira-kira empat batu ke sekolah. Kami bertolak dari rumah ke sekolah jam 5 subuh, kami jalan kaki ramai-ramai pasal takut babi hutan dan anjing liar.
Balik dari sekolah sampai rumah baru dapat makan, kadang-kadang jam 2 atau jam 3 petang, lepas itu bantu bapa buat kerja tanam sigup tembakau, kadang-kadang kutip jagung.
SRK Tandek dibina dekat Sungai , bila  masa rehat ada murid terpaksa minum air sungai dan susu tepung di masak di sekolah dibahagikan kepada semua murid-murid.
UB: Masih ingat nama guru-guru?
LK: Antara guru yang saya ingat masa itu ialahu Cikgu Kee Abdul Jalil, Cikgu Ruslin, Cikgu Masrin Hasin (kini Ketua Daerah Kota Belud bergelar OKK)  guru bahasa Inggeris dan Cik Mr Gran orang putih, Cikgu Santian , Cikgu Karim ada lagi lain-lain
UB: Apa kegiatan lain di luar aktiviti sekolah?
LK: Hari Sabtu atau Hari Minggu ikut bapa ke laut tangkap ikan.Semasa saya sekolah rendah, saya selalu ikut bapa ke laut tangkap ikan. Belum ada enjin sangkut masa itu, semua pelaut menggunakan perahu kecil dipanggil sampan atau biduk.
Kalaukami turun ke laut dipanggil mukat atau ngambur daing atau ngerawi ngrambat udang kita kena bawa bekal dipanggil lupit atau baun seperti nasi atau pisang rebus ubi kayu rebus untuk pengalas perut  di laut.
UB: Belum ada enjin masa itu. Tuan pakai apa?
LK: Kami berdayung dipanggil musai . Menggunakan dayung namanya busai atau juga menggunakan layar atau namanya lamak tapi ini cuma boleh digunakan semasa ada angin angin atau `beriu’ dalam bahasa Bajau.
UB: Selepas tamat darjah enam, dimana tuan bersekolah?
LK: Sebaik  tamat darjah enam, saya ditawarkan jadi guru sekolah tapi saya tolak sebab kurang minat masa itu. Saya melanjutkan pelajaran ke SMK Abd rahim  Kudat. Masa itu tak ada  biasiswa, semua belanja sendiri. Saya terpaksa berhenti. Sekolah  menengah sampai Form two saja kerana faktor kewangan tak mengizinkan.
UB: Apa kerja tuan lepas itu?
LK: Pada tahun 1972, saya dilantik ke jawatan Setiausaha Kerja USNO dan USIA oleh Datuk Haji Idrus Matakim, Menteri Pertanian. Pada ketika itu masih Kota Marudu masih bernama Bandau.
UB: Kemudian? Dimana tuan bekerja?
LK: Pada 14 April 1976, saya letak jawatan kerana USNO kalah kepada Berjaya. Lepas itu saya rehat dalam politik dalam usia masih ,muda sehinggalah UMNO masuk ke Sabah..
UB: Apa peranan tuan ketika UMNO masuk ke Sabah?
LK: Pada masa itu saya terlibat penaja UMNO ke Sabah. Masa itu UMNO Bahagian Kota Marudu , saya ketua cawangan  selama enam penggal hingga sekarang, AJK Bahagian P168 selama enam penggal dan wakil 7  ke Perhimpunan UMNO PWTC selama enam penggal.
UB: Tahun berapa tuan berhijrah ke ibu negeri?
LK:Tahun 1979 Saya ke ibu negeri untuk mencuba nasib. Dapat kerja di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada tahun 1980 sehingga tahun 2003.
UB: Setakat 2003? Apa yang berlaku selepas itu?
LK: Saya letak jawatan dengan  notis 24 jam atas sebab saya mahu kerja sepenuh masa dalam politik, Masa itu saya diperlukan untuk bertanding sebagai calon di DUN Tandek tapi  bila sampai PRU12, saya tidak  jadi tanding atas sebab sebab tertentu.
Pada tahun 2013, saya menawarkan diri bertanding Timbalan Ketua Bahagian P168 kota Marudu tapi tarik diri atas sebab percaturan  dan kajian dalam politik masa itu melibatkan pertembungan empat penjuru sehingga saya terpaksa batalkan  niat untuk bertanding.
UB: Mungkin tuan bersetuju kalau saya katakan nilai dan amalan kehidupan di kampung begitu murni.Apa pendapat tuan?
LK: Dulu di kampung kami, kalau ada majlis bertunang atau kahwin, keluarga atau orang kampung bergotong-royong di panggil sitabang tabang kasih besar dipanggil ` nambir rumah dan ambil kayu api atau unggun. Masa dulu tak ada elektrik semua guna kayu api. Dapur dibuat daripada tanah.
Masa itu semangat tolong menolong ini sangat kuat. Semua kerja  menggunakan tenaga. Ambil daun nipah di buat atap dan dindingnya kajang dibuat dari daun nipah bambu atau nibung pula dibuat lantai. Tak ada paku terpaksa guna rotan . Dulu rotan atau tali lamba sangat berguna.
Kalau ada keluarga  kahwin ,semua  ahli keluarga  anak-anak anak-anak saudara yang jauh dan dekat datang walau meredahsungai. Sebelum majlis, mereka datang lebih awal, tiga atau tujuh hari lagi mereka datang sudah menggunakan perahu atau berjalan kaki. Masa itu belum ada beg tempat pakaian
Masa itu kain-kain atau baju-baju dimasukkan dalam kuntik atau namanya kuntilan dipiku menggunakan kayu. Belanja kawin wang hangus 80 ringgit saja kerbau atau lembu harga 40 riggit .Acara kahwin besar-besar pun paling tinggi belanjanya RM250 saja. Ada acara keramaian selama  dua minggu.
UB: Apa yang dilakukan dalam masa dua minggu itu?
LK: Selama kira-kira  dua minggu, bertitik kulintangan agung atau tagunggu.Kalau pengantin datang disambut alunan kulintang dan gong gendang dipanggil titik tigad tigad diiring dengan pesilat pesilat yang handal yang mempunyai ` pendinding’ pasal takut si pengantin lelaki kena ilmu ` guris
Pada sebelah malam majlis berunsai .Pengantin di bawa berunsai.Masa itu tak pakai pelamin.Dulu pengantin duduk bersimpuh sehingga 4 pagi, jam 5 pagi pengantin dikasih mandi pembersihan rohani.
Di selang seli runsai dengan hiburan berjoget  tari menari tapi guna kudian mulut dan tin pukul,masa itu belum ada pancaragam atau karaoke tak ada, radio pun belum ada.
UB: Jauh beza dulu dan sekarang?
.LK:Beruntunglah budak-budak sekarang. Bukan seperti zaman kami dulu-dulu.Angkat air dari sungai atau telaga menggunakan bambu atau sangit.Dulu air tak dimasak.tandas pun belum ada.Memang semua susah, tikar masa itu dipanggil tipo pandan atau tikar mengkuang.
Zaman saya masih kanak-kanak , kami tak ada klinik kesihatan, dulu dipanggil hospital Tandek.Kalau sakit sia orang terpaksa diusung atau dipikul ke hospital Tandek berjalan kaki memakan masa dua jam, Kadangkadang ada juga digandar menggunakan kerbau. Saya masih ingat hanya ada tiga orang saja pekerja yang berrtugas di Hospital Tandek.
Masa itu hanya ada seorang juruwarat berbangsa orang putih dari England tapi pandai cakap Melayu, dibantu oleh attendan hospital sekarang dipanngil PPK bernama Mr majunting dan seorang pemandu bermotor perahu.
UB: Apa nasihat tuan kepada generasi muda?
LK: Nasihat saya kepada anak-anak supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Bercita cita besar untuk mahu maju dan  berjaya  di masa depan kerana hanya dengan pendidikan tinggi boleh menjamin masa depan kita. Jangan suka buang masa.Pesanan saya, supaya utamakan pelajaran, pendidikan ,, sebab hanya pendidikan saja boleh membawa kita kepada kejayaan di masa hadapan.zaman sudah berubah  pada masa ini tidak lagi seperti dulu.
UB: Siapa idola tuan?
LK: Bapa  kemerdekaaan Tunku Abdul Rahman sangat saya hormati dan kagumi. Selain itu Seniman Agung P Ramlee.Saya suka lagu lagu arwah tan Sri P Ramlee, filem-filemnya pun saya minat.
UB: Minat bola?
LK:Pemain  bola yang saya suka ialah Datuk Shukor Salleh, pemain skuad Kebangsaan Malaysia tahun 70-an dan 80-an..
UB: Apa hobi tuan?
LK:  Saya suka baca suratkhabar  dan buku-buku
UB: Apa kata-kata  tuan sebelum kita akhiri temubual ini?
LK:Biar kita ditipu asalkan kita tidak menipu dan tipu orang, biarlah sipencuri mencuri kita asalkan kita tidak  jadi pencuri.. Kalau kita manusia yang baik orang  pun akan baik pada kita, kita hormat orang sudah pasti orang akan hormat kita. Hari ini kita hormat orang, Insya Allah satu hari nanti orang hormat kita. Berhijrah dari yang baik kepada sangat-sangat terbaik.
Sebagai tambahan kata-kaata dari saya,, kalau kita sudah kenyang makan, kita berhentilah makan, sebelum orang suruh kita berhenti makan. Harapan saya kepada masyarakat teruratamanya Bongso Sama, supaya jaga dan pelihara adat adat nenek moyang kita.Amun kiti susa sitabang tabang kiti, amun kiti setemu sitagur tagur kiti, sa intim intim kiti jium ti bedinakan.(Kalau kita susah, kita bantu membantu.Kalau kita bersua, mari kita bertegur sapa. Kita kukuhkan rasa persaudaraan sesama kita).