Selasa, 25 Julai 2017

RIBUAN “HAKIM”’ HADIRI JELAJAH USBO BATU SAPI

Tags



RIBUAN “HAKIM”’ HADIRI JELAJAH USBO BATU SAPI
Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN


MAJLIS Jelajah USBO di Batu Sapi Sandakan pada 20 Mei lepas mencatatkan beberapa perkara yang luar biasa. Selain kehadiran kira-kira 20,000 hadirin,,di luar jangkaan penganjur sendiri, Presiden Pertubuhan Bumis Sabah (USBO), Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, berucap lebih dua jam untuk memberikan penjelasan kepada rakyat khususnya rumpun USBO betapa pentingnya mempertahankan  kerajaan khususnya UMNO-BN.

USBO terpaksa menjelaskan kepada beribu-ribu `hakim’-Pandikar menyebut rakyat sebagai hakim- mengenai pelbagai isu semasa, tuduhan dan tudingan yang dilemparkan kepada kerajaan.

Beliau memulakan ucapannya dengan lagu rentak `pakiring’.Senikata lagu itu, ciptaannya sendiri, menceritakan mengenai sejarah Sabah sejak 54 tahun lalu.

“Sabahan jangan lupa, pada sejarah Sabah, Kita tuntut merdeka, sama-sama Malaysia, Oh Malaysia. Kalau ada silapnya, atau ada salahnya, kita aturkan saja, mengikut adat kita. Kalau mahu mengubah, janganlah ikut rasa, kalau mengikut hawa, rakyat jugalah susah”.

Dalam ucapannya-beliau satu-satunya yang berucap dalam majlis itu-Pandikar antara lain menjelaskan dan memberi pandangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau mengibaratkan dokumen MA63 itu seperti `perjanjian datuk nenek kita yang kahwin dahulu. Sebelum akad nikad, macam-macam prasyarat yang dikenakan.
Setelah perkongsian hidup berlangsung selama 54 tahun dan dikurniakan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yang hidup dalam suasana harmoni dan selesa, Kini  ada segelintir cucu-cucu dan cicit-cicit yang mempersoalkan ketidakadilan dalam pengagihan kuasa dan harta-harta pusaka.
Perkongsian hidup yang bermula sejak 54 tahun itu dapat mengujudkan suatu wilayah yang tersohor di merata dunia.
Cucu dan cicit yang mempersoalkan ketidakadilan ini pula bertindak di luar norma-norma dan adat sebagai keluarga yang besar. Mereka sanggup mengaib, mencaci, memaki hamun dan memfitnah pemegang-pemegang amanah dalam keluarga besar Malaysia.
Katanya, rumpun Usbo (Bumis) adalah juga cucu-cucu dan cicit-cicit keluarga besar ini dan amat selesa di dalamnya.
Apapun tanggapan orang lain, Usbo tetap mempertahankan UMNO-BN dengan caranya tersendiri, jelasnya sambil disambut laungan “Ini Barulah”.
Jangan sembarang ubah, katanya. Salah ubah, rakyat yang menderita, katanya.


Beliau juga membandingkan pengorbanan oleh anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dalam melawan elemen subversif dan komunis di hutan belantara dengan mempertaruhkan nyawa mereka seperti pengorbanan yang ditunjukkan oleh Kanang Anak Langkau dan Awang Raweng,
Awang Raweng seorang anak Iban berumur 22 tahun ,berseorangan berhadapan dengan 50 orang komunis di hutan Kluang, Johor demi untuk mempertahankan kedaulatan negaranya,” katanya.
Apabila saya bandingkan pengorbanan anak muda ini (yang tidak pun akan jadi jeneral sampai pencen) dengan bayaran cukai GST sebanyak 6% yang dikenakan kepada setiap warganegara Malaysia demi untuk mengukuhkan ekonomi negara dan cukai berkenaan digunakan untuk membangunkan negara ini dari semua aspek pembangunan, saya terkedu memikirkan kepada perbandingan dua pengorbanan ini.
Yang berkorban menggadai nyawa tidak merungut dan berkorban dengan  ikhlas.
Tapi, individu yang cuma membayar 6 sen pada setiap pembelian yang berharga seringgit, 'memberontak' seolah-olah dunianya berakhir.

Satu lagi analogi yang disebutnya dalam ucapannya, ialah mengenai nelayan menangkap ikan.
“Bila seekor ikan terlepas, itu yang dia cerita. Tapi dia tidak fikir berapa kilo ikan sudah yang ditangkapnya sebelum ini,” katanya bertamsil.

Jangan kesilapan kecil diperbesarkan, kata Pandikar. Jangan kesalahan orang lain di`transfer kepada orang lain,” katanya kepada hadirin yang tidak berganjak mendengar ucapannya.

Pandikar tiba sambil diiringi perarakan motosikal. Sehari sebelum itu, lebih 100 buah kereta mengikuti konvoi jelajah yang dilepaskan di Masjid Pekan Tuaran.Selain Kota Belud, Kota Kinabalu, Tuaran, peserta lain datang dari Kudat, Pitas, Lahad Datu malah dari Keningau dan Nabawan.

Kini negara semakin maju. Dalam bidang pendidikan, dahulu sekitar tahun 60-an, hanya ada dua IPTA iaitu Universiti Malaya dan Institut Teknologi MARA.  Sekolahpun beratap rumbia, tetapi kini sudah banyak IPT di negara ini. Ini menunjukkan bahawa negara kita semakin maju, katanya.

Pandikar mengulas banyak perkara dalam ucapan itu. Antaranya, perlunya rakyat membuka pemikiran yang sempit. Beliau mahukan rakyat berfikir lebih besar dan jauh dan tidak terkongkong oleh pemikiran yang sempit.

“Ikan  yang boleh membesar jika dipelihara di ruang yang kecil, ia tidak akan membesar,” katanya. Spesis ikan yang boleh membesar akan menjadi bantut jika dipelihara di dalam kolam yang kecil.
Atas premis yang sama, Sabahan yang berpendirian 'Sabah untuk Sabahan' memang punyai pemikiran yang sempit .
Menurutnya,Sebelum Datuk Shafie Apdal keluar dari Umno, beliau adalah  antara pemimpin berpengaruh di dalam Umno. Beliau terlibat dalam membuat sebarang keputusan yang menjadi dasar-dasar kerajaan.
Setelah Shafie  tinggalkan Umno, seorang Sabahan dari rumpun Usbo diangkat pula menjawat jawatan yang terpenting dalam Umn  iaitu Bendahari Agung Umno.
Dengan adanya pemimpin-pemimpin dari Sabah yang berkemampuan yang sama- sama menerajui negara Malaysia melalui Umno masuk akalkah tuduhan pihak-pihak yang berkepentingan politik yang kononnya Sabah itu di anak tirikan?
Adalah disedari bahawa tidak ada insan yang semporna. Begitu juga sesebuah kerajaan, kata Pandikar. Tapi tindakan yang logik ialah  memperbaiki dan bukan meroboh.
Itu sebab Rumpun Usbo perlu pertahankan kerajaan- Umno-BN.
Katanya, banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan, banyak tuduhan yang tidak berasas dan tidak masuk akal seperti amalan rasuah,  dan sebagainya.

“Tapi kalau kena batang hidung sendiri, mereka kata itu bukan hidung saya . Itu hidung monyet,” katanya sinis mengulas tingkah pihak pembangkang.

Pandikar  menggesa rakyat terutamanya rumpun Usbo di negeri ini agar terus memberikan sokongan dan dukungan mereka kepada kepada kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.

Katanya, rakyat dinasihatkan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan muslihat pembangkang untuk mengubah kerajaan.

Tegasnya,ubah,berubah,di ubah dan mengubah kerajaan bukan suatu perkara mudah.

Beliau sekali lagi meminta lagu Sabahan jangan lupa, lagu jelajah Usbo itu dimainkan sekali lagi. Penyanyi Leleng, sekali lagi menyanyikan lagu itu.Kali ini dalam rentak Sumazau,Kalau ada silapnya, atau ada salahnya, kita aturkan saja, mengikut adat kita. Kalau mahu mengubah, janganlah ikut rasa, kalau mengikut hawa, rakyat jugalah susah”

Pandikar yang juga Speaker Dewan Rakyat  mengingatkan  rakyat terutamanya generasi Y mengenai sejarah Sabah semenjak merdeka dan keperluan mendokong kerajaan yang sedia ada untuk memacu kemajuan pada masa hadapan.

Dalam ucapan penuh hujah dan fakta itu,Pandikar  memberikan penjelasan mengenai pelbagai isu semasa yang dibangkitkan oleh pembangkang sambil menyifatkan rakyat adalah hakim yang menentukan masa depan kepimpinan negara.
Beliau  memberikan pandangan terhadap isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh pihak pihak pembangkang.
“Hujah pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung pelbagai isu sudah saya dengar di Dewan Rakyat selama 9 tahun,” katanya.
Beliau berkata Usbo sebagai gabungan BN  menjadi suara ketiga untuk menyampaikan dasar dasar yang dilaksanakan kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya,Usbo akan terus menjelajah ke seluruh  Sabah untuk memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat.

Walaupun  sudah dijelaskan berkali-kali bahawa Usbo  itu adalah NGO berstatus 'semi-politik' dan pro Umno-BN, masih ada pihak yang bertanya apakah tujuan sebenar jelajah Usbo itu?
Beliau menjelaskan Pandikar Amin dan AMT Usbo mengambilperanan untuk menjelaskan kepada rakyat terutama sekali kepada rumpun Usbo atau Bumis) betapa pentingnya mereka mempertahankan kerajaan yang sedia ada.
Antaranya, jelajah itu menepis dan membakulsampahkan  dakwaan-dakwaan negatif terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya oleh pihak-pihak yang cuma berniat untuk Ubah Sabah.
Masyarakat,, masyarakat rumpun USBO dahagakan penjelasan  yang ada kelainan, kata Pandikar sambil menjelaskan majlis Jelajah Usbo adalah majlis santai bersama rakyat, dan  bukan bersifat rasmi atau majlis politik.
Dalam majlis itu jelajah Usbo ketiga itu, selain ucapan Pandikar, penganjur juga mengadakan cabutan tiket bertuah, persembahan tarian dan kesenian, dan nyanyian antaranya oleh Kumpulan Zero, Rudah Sawang, Elica Mentor, dan penampilan penyanyi Leleng.
Antara yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden 1 Usbo,Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim,Timbalan Presiden II Usbo,Datu Haji Aliasgar Haji Basri,Naib Presiden I ,Mohd Said Hinayat,Naib Presiden II,Datin Saadiah Abd Rasad,Setiausaha Agung Dr Kadir Jaafar,Bendahari Agung,Datuk Haji Jemil Haji Sidah,Ketua Wanita Puan Norsima Simon,Ketua Pemuda Usbo,Mohd Pakaruddin Bian.
Turut hadir ialah isteri Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia,  Puan Sri Diana Deigo.
Majlis Jelajah Usbo di Batu Sapi adalah yang ketiga selepas program jelajah Usbo di Tungku dan Kudat.  Program Jelajah Usbo yang keempat dijangka diadakan di daerah Semporna selepas bulan Ramadan.