Selasa, 30 Mei 2017

menjadi guru adalah panggilan jiwa, kata ibu Muslimah Hafsari

Tags



KUNJUNGAN ke Pulau Belitung, rasanya kurang  lengkap jika tidak bertemu  ibu Muslimah Hafsari, salah satu tokoh yang dikisahkan dalam novel Laskar Pelangi, sebuah novel yang menjadi satu fenomena di Indonesia. Jadi, pada hari terakhir kami di Tanjung Pandan sebelum berangkat ke Jakarta, kami bangun lebih pagi untuk ke Desa Gantung, Belitung Timur untuk  bertemu Ibu Muslimah, seorang guru yang menginspirasi banyak orang, yang membaca novel Laskar Pelangi aleh Andrea Hirata atau menonton filem Laskar Pelangi arahan Riri Reza  yang diadaptasi dari novel yang sudahpun diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa di dunia.
Mujurlah, ketika kami tiba di Desa Gantung, Ibu Muslimah ada di rumahnya, dan bersedia pula menerima kunjungan kami secara tiba-tiba itu. Selepas bersiap, beliau keluar dari kamar untuk menemui kami.
Selepas menjelaskan tujuan kunjungan kami, Ibu Muslimah bercerita mengenai bagaimana pada satu hari, seorang anak muridnya memberitahu bahawa beliau akan menulis sebuah buku khusus sebagai penghargaan  buat dirinya. Ibu Muslimah mengaku terkejut “Kenapa kisah ini harus ditulis?” Kisah perjuangan dan penderitaan sewaktu mengajar di SD Muhammadiyah. Anak muridnya itu bernama Andrea Hirata, seorang penulis lulusan Universiti Indonesia dan Universiti Sorbonne Paris itu.
“Ibu jangan suka nangis lagi” kata Andrea. Darimana dia tahu? Rupanya sewaktu dulu, Andrea pernah mengintip gurunya itu menangis.
“Ketika itu saya sudah mau menangis karena terkejut. Anak sekecil itu kok bisa membaca keprihatinan gurunya,” katanya mengenang..
Ibu Muslimah Hafsari lahir di Dusun Rasau, Desa Gantung, Kecamatan Gantung, Belitung Timur, 27 Februari 1952, Muslimah Hafsari lahir dari pasangan KA Abdul Hamid dan Salma Syarif,  Beliau adalah anak keempat dari tujuh bersaudara. Wanita inilah yang menjadi guru kepada 11 pelajar SD Muhammadiyah yang dikisahkan oleh Andrea Hirata dalam novel Laskar Pelangi.
Sewaktu menjadi guru itu, Ibu Muslimah baru berusia 17 tahun.Lulusan Sekolah Kepandaian Putri (SKP) Muhammadiyah, beliau terus mengabdikan dirinya untuk mengajar di SD Muhammadiyah, yang didirikan oleh datuk nya.
Walaupun pada akhirnya, beliau terpaksa meninggalkan sekolah itu apabila dilantik menjadi PNS pada tahun 1986, Ibu Muslimah mengakui detik detik mengajar di SD Muhammadiyah itu masih segar dalam ingatannya. Dari SD Muhammadiyah, Ibu Muslimah mengajar di SD Negeri 1 Desa Lintang di Kecamatan Ganyung hingga tahun 1989. Kemudian, beliau mengajar di SD Negeri 6, Kecamatan Gantung dari tahun 1989 hinggalah bersara.
Beliaulah yangtokoh guru yang akhirnya menginspirasi Indonesia, walaupun ketika mengajar dahulu beliau menerima gaji yang kecil malah kadang-kadang beliau tidak bergaji sama sekali.
Menjadi guru adalah panggilan jiwa,,” katanya. Guru yang berjaya adalah  guru yang mampu menyampaikan pelajaran kehidupan pada siswanya. Dan guru yang mengajarkan kehidupan tidak harus pintar. Katanya. “Seorang guru juga harus bijaksana. Murid dengan karakter, pendiam, usil, pintar, lambat mengerti adalah tantangan bagi seorang guru. Guru yang bijak bisa memahami keinginan murid-muridnya,” kata Ibu Muslimah dalam satu wawancara. Malah beliau memberitahu kami, bagaimana selepas filem itu ditayangkan dan ditonton ramai orang, belia tanya bagaimana caranya mendidik anak-anak autisme. Salah seorang murid dalam laskar Pelangi, Harun namanya, menghidap autisme.

Beliau tidak menduga kisah hidupnya menginspirasi jutaan orang.Malah ia tidak menyangka, bku itu akan difilemkan dan mendapat penghargaan dari kerajaan Indonesia.Bagi dirinya, tidak ada hal yang lebih membanggakan selain melihat anak-anak muridnya berjaya mengejar pelangi cita-cita mereka.
Replika SD Muhammadiyah Gantong Belitong Timur, yang dibina untuk penggambaran Filem Laskar Pelangi masih terdapat di Gantung. Ia tidak dirobohkan sebaliknya kini menjadi salah satu destinasi pelancong yang berkunjung ke Gantung.Bangunan itu memang hampir roboh, dengan dinding yang terbuat dari papan juga mulai rapuh.Kalau hujan turun, murid-muridnya terpaksa berkumpul di sudut ruangan supaya tidak basah. Malah kambing-kambing pun suka berteduh di bangunan itu kalau hari hujan.Keesokan harinya, murid-murid beramai-ramai membersihkan ruangan kelas tempat mereka belajar.
Kisah yang sedemikian itu tidak pernah mematikan semangat Ibu Muslimah Hafsari.Beliau tetap sabah dan tabah, dan terus murid-muridnya. Kini beliau telahpun bersara dari bidang pendidikan yang dicintainya.
Kami sangat bersyukur kerana sempat berkunjung ke rumahnya untuk mendengar sendiri kisah kisah ketika beliau mengajar di SD Muhammadiyah, seperti yang dapat kita baca dari Novel Laskar Pelangi atau melalui Filem Laskar Pelangi yang sempat menjadi box office di Indonesia.