GOLONGAN SENIMAN
TURUT PRIHATIN KEMATIAN GAJAH PYGMY
Kes
kematian gajah pygmy di Gunung Rara pada 29 Januari lepas turut mengusik
perasaan golongan seniman dan penulis di negeri ini.
Seorang penyair
terkemuka, Sabahuddin Senin mencipta puisi mengenai keprihatinannya terhadap
kematian gajah pygmy, salah satu jenis haiwan yang dilindungi tetapi kini semakin
jarang ditemui.
Dalam sajaknya
bertajuk “Pemergian Gajah Pygmy Sabah, Kami Berkabung”, penyair Sabahuddin
dalam puisinya yang disiarkan dalam blog www.puisisabahuddin.blogspot.com memberikan respon terhadap
kematian gajah gajah, kini mencecah 14 ekor, tanpa diketahui punca dan
penyebabnya.
Sabahuddin, penulis
berpengalaman ini pernah mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM)
Pulau Pinang, NIDA, University New South Wales dan Australian National
University, Canberra.
Setakat ini, beliau
telah menghasilkan empat puisi mengenai peristiwa mengejutkan itu, dengan
jumlah 154 baris kesemuanya, menceritakan mengenai episode kematian gajah pygmy,
nasihatnya kepada warga, mengenai kegiatan pemburu dan satu lagi mengenai Kejora,
anak gajah pygmy yang berjaya diselamatkan.
Empat puisinya itu
bertajuk “Pemergian Gajah Pygmy Sabah, kami berkabung”, “Satu amanat kepadamu”,
“Segerombolan pemburu” dan “Kejora, anak gajah pigmy Sabah”
Dalam puisi-puisinya,
penyair Sabahuddin menegaskan bahawa gajah pygmy adalah sebahagian daripada
khazanah bumi Sabah yang kini semakin terancam.
Beliau menyatakan
bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu perlu didakwa mendapat
hukuman yang setimpal.
Sabahuddin
menyifatkan pembunuh gajah-gajah itu adalah `musuh dan pengkhianat segala anak
bangsa dan wajar menerima hukuman’.
Puisi yang ditulisnya
sebaik berita itu tersiar, juga menunjukkan golongan seniman dan penyair turut
prihatin terhadap episode kematian gajah itu.
Katanya, gajah-gajah
pygmy yang tersisa perlu diselamatkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.