HAJI
KAMIL MINAT POLITIK BERMULA DARI SUSUN KERUSI
"Disuruh
susun kerusi, saya susun kerusi.Disuruh memandu, saya jadi pemandu.Pokoknya apa
saja yang disuruh oleh arwah ayah, saya akan mengerjakannya," kata Datuk Haji Mohd.Kamil Datuk Seri Panglima
Dr.Kassim Kamidin, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu.
Mulanya, beliau hanya bertindak sebagai pembantu ayahnya tetapi kemudian beliau tidak dapat mengelak
melainkan mengambil peranan untuk membantu berkhidmat untuk masyarakat di
daerahnya.Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga yang aktif dalam bidang
politik, beliau mahu tidak mahu terpaksa melibatkan diri dalam politik, kerana
jika tidak "nanti orang bilang kita sombong atau lari dari
tanggungjawab"
Itulah
antara kata-kata Datuk Haji Mohd.Kamil ketika ditemui di pejabatnya di Wisma
Bumi, di Tawau. Selepas tidak lagi menjadi wakil rakyat, beliau kini melibatkan
diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.Kini beliau memimpin Persatuan
Kemasyarakatan Melayu Tawau (PKMT), Pengerusi Lembaga Sekolah Islamiyah Tawau,
Pengerusi Masjid Bandar Tawau, Pengerusi Masjid Raya Tawau, Naib Yang DiPertua
Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Pengerusi Jawatakuasa Harta Waqaf
Tawau.
Datuk
Haji Mohd.Kamil dilahirkan di Tawau,kira-kira 66 tahun lalu.Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Wallace Bay hingga darjah lima sebelum berpindah ke SK
Holy Trinity,Tawau Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di peringkat
Menengah di SMK Holy Trinity hingga Tingkatan 5. Di sekolah itu, beliau dipilih
sebagai Ketua Pelajar. Kemudian Haji Mohd.Kamil melanjutkan pendidikan di ITM
(ketika itu di Petaling Jaya) sebelum ditawarkan biasiswa Syarikat North Borneo
Timber untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perdagangan di Melbourne
Institute of Technology. Setelah lulus, beliau bekerja Pembantu Syarikat di
Melbourne, dengan gaji A$500 dolar
seminggu. Selepas enam tahun mencari pengalaman di Australia, beliau pulang ke
tanahair dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan sambil membantu ayahnya
menjalankan khidmat dan kerja-kerja kemasyarakatan.
Dalam
bidang politik, beliau pernah menjadi Setiausaha Zon USNO Tawau dan kemudian
ditugaskan sebagai Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Tawau. Haji Mohd.Kamil
dipilih sebagai AJK UMNO Bahagian sebelum menjawat jawatan naib Ketua UMNO
Bahagian Tawau. Apabila persempadanan pilihanraya dibuat, beliau dilantik
sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung
Batu (2004-2008) .Kini selain politik, beliau juga dalam dunia perniagaan dan khidmat sosial.
Ikuti
petikan wawancara Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN bersama Datuk
Haji Mohd.Kamil DSP Dr Haji Kassim Kamidin di pejabatnya di Tawau baru-baru
ini.
UTUSAN
BORNEO: Boleh Datuk ceritakan
penglibatan awal dalam politik? Sewaktu
kecil, apakah Datuk pernah bercita-cita menjadi pemimpin politik satu hari
nanti?
HAJI
KAMIL: Penglibatan saya dalam politik
bermula sejak kecil. Dulu saya selalu menolong bapa saya. Saya punya tugas
menyusun kerusi.Sayalah yang tolong susun kerusi jika ada acara, mesyuarat
ataupun perjumpaan. Bukan cita-cita saya menjadi ahli politik. Saya
terikut-ikut dalam politik kerana menolong bapa saya. Apa saja yang disuruh
oleh bapa, saya kerjakan, termasuk susun kerusi, taip surat, menjadi pemandu
beliau dan sebagainya. Dari sana saya menyerap
nilai-nilai berbakti kepada masyarakat, komitmennya kepada masyarakat.
Sebagai anak seorang pemimpin, kita terpaksa mengambil tanggungjawab terhadap
rakyat. Kalau kita tidak melibatkan diri, nanti orang anggap kita sombong dan
lari daripada tanggungjawab.
UB: Selepas tamat belajar dari Australia,
Apakah Datuk terus terlibat dalam politik?
HAJI
KAMIL: Selepas lulus dari Melbourne
Institute of Technology, saya sempat bekerja di Australia selama enam tahun.
Waku itu saya bertugas sebagai Assistant Company Secretary di Melbourne dengan
gaji $500 dolar Australia satu minggu. Waktu itu, ia dianggap lumayan. Kemudian
saya balik ke tanahair. Di Tawau, saya sekali lagi membantu bapa saya. Saya jadi driver beliau. Arwah ayah saya,
(Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Kassim Kamidin) ada;ah seorang pemimpin Melayu
di Tawau. Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian USIA Tawau, pemimpin Persatuan
Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), pemimpin USNO dan sebagainya. Dari sana saya
kenal banyak orang. Kenal hati budi mereka. Di sanalah mulai timbul rasa
tanggungjawab.Kalau kita tinggalkan mereka, nanti orang kecil hati.Kalau kita
tidak mahu terlibat dalam politik, orang anggap macam kita sombong atau lari
dari tanggungjawab.. Itulah permulaan saya terlibat dalam politik.Beginilah
kita hidup dalam masyarakat.Umpama naik bas, belum sampai bus stop (perhentian
bas) belum boleh turun.
UB: Apa tugas yang diberikan kepada Datuk?
HAJI
KAMIL: Pada mulanya saya menjadi
Setiausaha Zon USNO Tawau. Selepas UMNO ke Sabah, saya ditugaskan sebagai
Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Tawau.
Kemudian saya terpilih sebagai AJK Bahagian.Selepas dua tahun ,saya
menjadi Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau. Apabila persempadanan semula
pilihanraya diadakan, saya dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Kalabakan. Dalam pilihanraya 2004, saya diminta bertanding kerusi DUN Tanjung
Batu dan menjadi wakil rakyat sehingga tahun 2008.
UB: Mungkin ada nasihat atau pesan yang
diberikan oleh ayahanda Datuk sebagai bekal dalam perjuangan?
HAJI
KAMIL: Antara nasihatnya ialah perjuangan
untuk masyarakat mestilah ikhlas.Beliau pernah memperkatakan, selagi berjuang
untuk rakyat, jangan terlibat dalam bisnes. Nanti kalau sudah tidak memegang
jawatan, barulah berniaga. Kalau kita berbuat baik, tentu orang kenang. Waktu
dalam politik, jangan berbisnes.
UB: Dalam perjuangan apa yang Datuk
pentingkan?
HAJI
KAMIL: Saya fikir yang penting keikhlasan
dalam perjuangan.Kita berjuang mesti mahu ikhlas.Perjuangan untuk masyarakay
adalah satu ibadah.Kalau kita tidak ikhlas, apa saja ibadah yang kita buat
tentu tidak diberkati. Jika kita ikhlas, perjuangan kita maju dan kitapun dapat
berkat.
UB: Mungkin ada kenangan yang boleh
dikongsikan sewaktu menjadi wakil rakyat? Kenangan lucu misalnya?
HAJI
KAMIL: Banyak kenangan. ..tapi ada satu kawan, tidak payah sebut namanya,
datang dari jauh pakai bot. Kawasan Tanjung Batu adalah satu kawasan yang
luas. Tapi setiap kali datang, ada saja
kerosakan botnya, kalau bukan kipas, enjinnya rosak.Kadang-kadang lucu. Sebaga
pemimpin kita memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
UB: Apa cabaran yang datuk hadapi selama
menjadi wakil rakyat?
HAJI
KAMIL: Cabaran memang banyak. Kadang-kadang perjuangan kurang difahami.
Apabila kita buat pendekatan yang lain,
bukan cara biasa orang lakukan, orang selalu sangsi dengan kita. Ada yang
menuduh kita mengada-ngada. Ada orang yang menuduh kita kacau daun dan
sebagainya. Dalam politik, selalu kita berhadapan dengan persepsi.
UB: Dulu sewaktu masih menjadi wakil rakyat,
kami selalu tertarik dengan isi perbahasan ketika Datuk mengambil bahagian
dalam Sidang Dewan.
HAJI
KAMIL: Saya membuat persiapan tiga bulan
lebih awal, iaitu setiap kali selesai sidang DUN, saya sudah mencari
bahan-bahan atau fakta ketika saya menyuarakan masalah masyarakat di kawasan
yang saya wakili. Saya selalu teliti bahkan membuat suntingan berkali kali ,
mencari ayat yang tepat untuk menyuarakan masalah mereka. Misalnya kita saya
membahas masalah kelapa sawit, saya berbahas panjang lebar dari semua segi
secara detail. Saya memikirkan betul-betul isu sebelum membahaskannya dalam
Dewan.sekarang, ada di kalangan mereka yang terlibat mengatakan `betul juga apa
yang Datuk yang cakap hari itu'.
UB: Sekarang ini setelah tidak lagi sesibuk
dulu, apa yang datuk buat di masa lapang?
HAJI
KAMIL: Saya suka bekerja di rumah. Saya
jaga taman sendiri. Saya juga minat cara mengendalikan data di komputer. Selain
itu saya suka melancong, bawa keluarga, suka tengok tempat orang.Ia memberikan
pengalaman yang berharga. Ia menimbulkan kesedaran kepada diri kita.Kita boleh
belajar dengan membandingkan antara masyarakat kita dengan rakyat negara lain.
UB: Oh ya. Siapa agaknya tokoh yang menjadi
idola datuk?
HAJI
KAMIL: Idola saya sudah tentulah Tun Musapha. Saya suka kepada perjuangan dan
kepimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Apatahlagi suana pada
zaman itu iaitu ketika berhadapan dengan penjajah British. Tun Mustapha bukan
jenis orang yang cabut keris. Cara dia menyatupadukan rakyat, itu yang
mengagumkan.Dia ada kemampuan untuk menyampaikan hasrat masyarakat tanpa
bersikap kasar. Keikhlasan beliau dan kesungguhan beliau menyampaikan aspirasi
masyarakat waktu itu bderjaya mempengaruhi sikap British kepada a nak negeri
Sabah.
UB: Selalu berjumpa Tun?
HAJI
KAMIL: Sewaktu beliau melawat Tawau, saya
masih muda ketika itu. Saya menjadi tukang sedia air minuman.Bila dia sudah
bercakap di antara rakan-rakannya, saya cuba fikirkan butir percakapannya. Dari
situ, saya rasa saya faham apa dia perjuangan.
UB: Sejak tidak lagi menjadi wakil rakyat,
apakah Datuk masih didatangi oleh rakyat
untuk mengadukan masalah mereka.
HAJI
KAMIL: Masih ramai yang datang.Walaupun
kita bantu bukan secara politik, saya bantu cara lain.Tdak perlu
publisiti.kalau politik perlu ada publisiti.tapi kita berbakti secara ikhlas
kepada masyarakat.
UB: Sebagai seorang pemimpin, apa nasihat
datuk kepada rakyat?
HAJI
KAMIL: Saya selalu ingatkan, supaya kita
jaga hak kita.Jika kita tidak hormati hak kita, orang akan pijak-pijak.Jangan
kerana diberi RM50, kita buang hak kita.
Kita buat sokongan setelah mempertimbangkan baik buruknya. Kita mesti
jaga hak kita, jangan kita sia-siakan. saya juga selalu memperingatkan supaya
rakyat tidak diperlalukan sebagai angka.Kita tidak mahu jual angka semata-mata, misalnya di sana ada 300
orang, di sini ada 300 orang.Kita tidak mahu begitu. Kita mahu suara 300 orang
itu kita didengar. Mereka bukan angka.
rakyat perlu didengar dan rakyat perlu mendengar pemimpin mereka.
UB: Apa komen datuk terhadap situasi
sekarang?
HAJI
KAMIL: Kita mahu pemimpin lebih banyak
memikirkan masalah dan kepentingan rakyat
daripada fikir strategi politik. Politik hanyalah satu cara untuk
memperjuangkan rakyat. Ada diantara pemimpin, sudah berpuas hati setelah mereka
menang jawatan dalam parti, ahli jawatankuasa bahagian misalnya.Jawatan itu
tidak akan bermakna sekiranya kita tidak memperjuangkan rakyat. kalau kita
sekadar berpolitik, memikirkan hanya siapa yang menang, siapa yang kalah, saya
rasa ini tidak berbaloi. Kita ambil
jawatan supaya kita boleh berjuang, kita perjuangkan eselesaan hidup
rakyat, keselamatan hidup mereka. Saya melihat sekarang, kita terlampau
bertumpu soal politik, siapa mahu dibuang, siapa yang mahu dipecat dan
sebagainya.Di situ masalahnya.
UB: Bolehkah datuk ulas sedikit mengenai
PKMT, dimana Datuk salah seorang pemimpinnya?
HAJI
KAMIL: PKMT atau Persatuan Kemasyarakatan
Melayu Tawau, dulunya Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau sebelum kita ubahnya
namanya pada tahun 1992, adalah pelopor perjuangan Melayu. Sebenarnya ia
ditubuhkan sejak tahun 1938 dan kini sudah berusia 74 tahun walaupun ia
ditubuhkan secara rasmi beberapa tahun selepas itu. Kita ubahnya daripada
`Kebangsaan' kepada` Kemasyarakatan' supaya orang tidak keliru.
PKMT
telah mempelopori perjuangan Melayu di negeri ini, tanpa mengira suku dan
etnik. Kita teruskan perjuangan PKMT, ia telah berjuang sejak zaman British,
perjuangan yang berhemah, tanpa perlu cabut kerus tetapi persatuan itu menjadi
wakil kepada masyarakat tawau ketika itu. PKMT berjaya menyampaikan aspirasi
masyarakat ketika itu, sehingga PKMT menjadi sebuah persatuan yang dihormati.
PKMT dihormati kerana pemimpin-pemimpinnya memperjuangkan semua masyarakat
Melayu, bukan kaum mereka. Mereka perjuangkan masyarakat Melayu tidak peduli
sukunya,.
Jadi
kita mahu PKMT teruskan perjuangan. Pada masa yang sama tetap kritikal kepada
siapa saja, nyatakan yang benar, suarakan keperluan masyarakat. Sebenarnya PKMT
melahirkan ramai pemimpin, yang mempunyai kebolehan masing-masing. PKMT tidak
perjuangkan individu tapi kita memberi komitmen untuk memperjuangkan masyarakat
kita.
UB: Akhir sekali apa harapan datuk?
HAJI
KAMIL: Saya berharap suasana keadaan
untuk anak-anak dan cucu cucu kita akan leboh baik daripada apa yang kita alami
sekarang. Semoga bertambah baik dari segi peluang hidup dan peluang beramal,
beribadah. Kita harap keadaan hidup mereka lebih baik daripada sekarang.