Kawan saya, Vincent Lumpok mempunyai cerita menarik hari ini ketika kami minum pagi di restoran Choice. Cerita mengenai seorang yang tidak pandai senyum, marung saja wajahnya. Walaupun sering berselisih di jalan, atau terjumpa, orang itu tetap tidak pandai senyum, dan buat-buat tak kenal orang.
Satu hari, kereta yang dipandu oleh orang itu, pancit tayarnya di Kepayan, satu tempat yang tak jauh dengan Kota Kinabalu.
Dia tahan kereta saya, kata Vincent.Saya pun berhenti.
"Apa masalah tuan?
"Saya lawyer" jawab orang itu.Jadi aku balas, "sini bukan pejabat lawyer, sini jalan raya".
Apa masalah?
Saya punya kereta pancit!
"Oh. Kes mahkamah tuan boleh urus, tayar pancit kau tidak boleh buat"
Itu lain.
"nda apa, saya boleh tolong"
Beginilah rakyat malaysia tolong menolong, kata lawyer itu.
Setelah siap, dia menghulurkan duit. Saya menolaknya dengan hormat, dengan mengatakan rakyat Malaysia tolong menolong.
Gara-gara kereta pancit itu, sekarang dia kenal saya, dan sudah agak berubah sikapnya.
"Kini kalau dia nampak saya, dia lambai tangan dan senyum", kata Vincent.
Apa salahnya kita senyum kepada orang? Apatah lagi orang itu selalu kita jumpa, satu bangunan pejabat, naik satu lif, dan sebagainya.
Seorang lagi pemandu teksi menceritakan bagaimana dia bermain di gelanggang badminton, di satu tempat di kk. Di sebelah gelanggang, ada menteri yang turut bermain badminton. Menteri itu, tak pernah senyum atau menyapa kita. Walaupun dia tak kenal kita, tapi kita kenal dia, kerana kita ikut mengundinya. Tapi senyumpun tidak! Apa salahnya senyum?
Jumaat, 3 Februari 2012
Ya, apa salahnya memberikan senyuman?
✔
abd naddin
Diterbitkan 10:39 PG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)