Saya pernah kena telefon jam 1.00 pagi, kata Tuan Ithong @ Etong Terang. Puncanya sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Am Sabah, beliau memberitahu bahawa beliau boleh dihubungi pada bila-bila masa dan telefonnya dibuka 24 jam dan bersedia untuk ditelefon jika ada perkara-perkara berkaitan Jabatan Kebajikan.
Tapi ini di luar ucapan, katanya yang ketika itu sedang berucap dalam Majlis Sejenak Bersama Media di Hotel Ming Garden.
Jangan prasangka, katanya. Beliau pernah ditelefon oleh seorang perempuan kira-kira jam 1.00 pagi. Ketika itu beliau sedang tidur bersama isterinya.
Menurutnya, perempuan itu menelefon hanya untuk bertanya sama ada dia patut marahkan anaknya yang pulang jam 1.00 pagi.
Itu sahaja persoalan perempuan yang menelefon pada larut malam itu.
Beliau menjawab, puan patut rasa bersyukur kerana anak puan pulang satu pagi.Itu lebih baik daripada dia tak pulang langsung.
Oleh itu, bertenanglah dahulu.Bawa bersabar, esok bolehlah duduk bertanya kepada anak mengapa dia pulang pada waktu selewat itu.
Khamis, 29 Disember 2011
Kalau boleh jangan telefon jam 1.00 pagi, kata Ithong
✔
abd naddin
Diterbitkan 7:05 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)