Sabtu, 5 November 2011

Catatan pertemuan dengan Hussin Basir

Tags

Saya teruja dengan kesungguhan cikgu Hussin Basir dari Tenom. Petang tadi 4 Nov, beliau menghubungi saya untuk membuat kenyataan mengenai pendirian mereka terhadap dasar PPSMI.Saya menyarankan kenyataan itu boleh diemelkan kepada saya di alamat emel abdnaddin@yahoo.com memandangkan tempatnya agak jauh. Tetapi cikgu Hussin, yang bertugas sebagai guru besar di salah sebuah sekolah di Kemabong ingin bertemu muka. Kalau begitu, Cikgu terpaksa datang ke KK hari ini, kerana besok petang, saya harus ke pantai timur Sabah.
Cikgu Hussin mengatakan beliau akan datang ke ibu negeri hari ini melalui smsnya. Saya fikir kenyataan beliau itu tentulah sesuatu yang amat penting.Kalau tidak, takkanlah beliau sanggup datang sejauh itu.
Kira-kira jam 6.30 petang Cikgu Hussin sampai di pejabat kami.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) ingin menyatakan bahawa mereka menyokong keputusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menghentikan dasar PPSMI.
Katanya, KGKS memang telah lama menentang dasar PPSMI dan kini PPSMI itu dilihat tidak relevan lagi, khususnya di Sabah.
Menurutnya ia juga dikhuatiri akan membesarkan jurang pendidikan di Sabah.Kita sudah melihat betapa dasar PPSMI memangsakan pelajar di luar bandar.
Beliau juga bimbang jika dasar itu diteruskan atau dibuat pilihan, seperti yang dikehendaki, ia sudah tentu menimbulkan satu lagi masalah besar pada masa depan. Kita akan kembali pada zaman mula-mula merdeka, dimana orang-orang yang mahir berbahasa Inggeris menduduki jawatan tinggi sementara mereka yang berbahasa Melayu terpinggir di negara mereka sendiri.
Ini sudah tentu menyebabkan kesenjangan sosial, katanya.
Memang banyak topik juga yang sempat dibincangkan, dan saya minta beliau menyediakan butirbutir yang diperlukan, dan bila-bila masa beliau boleh menghubungi melalui emel atau telefon, jika ada isu yang perlu diperjuangkan.
Pertemuan kami tak lama.Singkat saja.Hanya mungkin setengah jam. Tapi saya gembira dapat bertemu beliau yang sanggup berjuang demi kepentingan anak-anak luar bandar.
Jam berapa pulang?
Saya katakan bahawa saya memang sengaja menunggu beliau datang.Berkereta lebih 3 jam dari Tenom, sudah tentu agak memenatkan, tapi saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan Presiden KGKS ini.Tahniah dan syabas!

1 comments so far

Beliau memang seorang Guru Besar (SK Masanoi) yang begitu berani dalam menyuarakan pendapat. Semoga kredibiliti beliau selepas memimpin Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah-KGKS akan memberi sinar baru bukan sahaja kepada para guru tetapi memberikan impak positif kepada semua warga Sabah khususnya.