Khamis, 18 November 2010

Catatan dari Makati 2

Tags

Kebanyakan akhbar di Manila hari ini menyiarkan gambar masyarakat Islam Filipina menunaikan solat eid al-adha di halaman depan. The Philippine Star menyiarkan gambar sebuah masjid di Maharlika Village di Taguig City manakala Manila Bulletin menyiarkan gamabr seorang lelaki sedang membaca doa di bawah pokok manakala empat jemaah wanita sedang berjalan menuju masjid.

Cuti umum diisyitharkan di Filipina sempena Hari Raya Qurban. Saya tidak tahu pasti berapa jumlah penduduk Filipina sekarang, mungkin lebih 70 juta orang dimana perangkaan, hanya terdapat 2.5 juta orang (ada yang mengatakan 5 juta) penduduknya beragama Islam.

Turut disiarkan di muka depan ialah kejayaan Manny Pacquiao mengalahkan peninju Mexico, Antonio Margarito Ahad lepas dalam kategori super walterweight WBC.Kemenangan itu membolehkan Pacman memperolehi $20 juta US (P860 juta peso).

Banyak lagi berita lain yang disiarkan antara 100 firma bas menghadadi kemungkinan hilang franchise selepas mereka tidak beroperasi pada Isnin lepas di Metro Manila.

Kami tidak sempat membaca berita itu terperinci kerana turun untuk bersarapan pagi di Tingkat Enam, Ascott Makati.

Kebanyakan orang hanya minum kopi dan roti. Tidak berani menyentuh makanan lain kerana ragu halal haramnya. Saya sendiri hanya makan buah-buahan terutamanya kerana tiada makanan yang berkenan di hati.

Selepas itu kami semua naik ke tingkat 26 kerana Pa'min menyampaikan taklimat lawatan ke Manila. Selepas itu, kami balik semula ke bilik untuk bertukar pakaian kerana majlis rasmi hanya akan diadakan pada sebelah petang.

Syukurlah juga kerana Pa'min memberikan `tanda untuk mititai sa ragat' kota manila.
"Selepas Prof.Dr.Ahmad Alonto Jr datang, kita ke kedai elektronik dan cari buku," katanya kepada saya. Ada dua `kegilaan' Pa'min, yang pertama kedai elektronik untuk teknologi baru dan yang kedua kedai buku.

Beliau mengajak saya untuk cari kedai elektronik dan kedai buku. Kawasan Makati adalah pusat perbelanjaan yang terkenal, dan setiap kali masuk ke pusat membeli belah, pemeriksaan yang dijalankan agak ketat. Pengawal keselamatan di sini memakai senjata api.

Kami sempat minum kopi dan makan bibingkitan, iaitu kuih bingka yang kecil.Setelah itu saya bergegas ko money changer untuk menukar duit, dan terus berpusing cari buku.

Setelah bertanya arah, ada orang menunjukkan arah National Book Store. saya sempat membeli peta kota Manila kerana kekurangan masa. Saua juga sempat membeli buku The Last Filipino mengenai Dr.Jose Rizal(650.00), dan Ninoy Aquino, The Man The Legend P169.00.,dan How To Write Fast Under Pressure P1025.00.

2. Tepat jam 1.30 petang, kami berkumpul di lobi untuk lawatan ke Kongres Filipina untuk mengadakan lawatan ke House Of Representative dam kunjungan hormat kepada Speaker HREP, Feliciano Belmonte.

Sebaik tiba di bangunan parlimen Filipina itu, Pa'min diberikan tabik hormat oleh polis dan terus dibawa berjumpa speaker Belmonte. Saya ikut berlari dengan media-media Manila yang gesit untuk mengambil gambar.

Selepas itu kami dijamu makan di pejabat Speaker Belmonte. Sambil minum itu, saya memerhatikan gammbar-gambar-empat kesemuanya, yang tergantung di dinding.Semuanya menggambarkan seorang ibu sedang memangku anak kecilnya. Saya kira selera speaker itu juga tinggi. Ada juga gambar keluarganya.

"Paling akhir saya ke Kota Kinabalu ialah 1972, iaitu ketika KK lebih dikenali sebagai Jesselton", kat Belmonte. Selain membincangkan hubungan dua hala, Pa'min juga menceritakan pengalamannya betapa durian di Mindanao, kualitinya sangat bagus.

Pa'min kemudian dibawa melawat sidang Parlimen, dengan ditemani Nur Jaafar, Ahli Kongres dari Tawi-Tawi. Terdapat 11 ahli kongres beragama Islam di Filipina.
Pa'min juga dikunjungi Congresman Ahmad Tomawis dan Pangalian Balindong. Apabila Pa'Min bercakap dalam bahasa Iranun, ahli-ahli kongres yang lain kagum kerana Pa'Min bercakap dalam bahasa Maranao. Delegasi malaysia diperkenalkan dan turut diberikan tepukan tangan oleh ahli-ahli kongres.Saya terkejut kerana hampir tak mengenal mantan Presideh dan terlepas gambar mantan Presiden Arroyo yang turut menemui Pa'min.

3. Pada sebelah malamnya Pa'Min menerima banyak kunjungan tokoh-tokoh Maranaw di manila. Antaranya Deigo, Matanog Deigo M.Mapandi, Assistant Secretary Dept.Of Energy.
Tapi saya tertarik dengan cerita Jamalodin Sampao yang menyatakan bahawa ramai orang Iranun maranaw di Luzon khususnya di Greenhils, Quaipo, Taguig, Pasig.Malah di setiap pasar minggu, memang ada orang maranaw yang ikut berdagang.

Ada kebaikan orang maranao meninggalkan Lanao, kerana mereka setelah berhijrah dapat membina masjid dan pasar ditempat mereka mengadakan aktiviti niaga.

4. Satu yang mengagumkan di manila ialah walaupun jalanan sesak tetapi kereta tetap bergerak.Penduduk manila sekarang dianggarkan 12 juta orang iaitu hampir enam kali ganda penduduk Sabah.

5. Esok kami ke Quiapo, yang entah kenapa sangat digeruni oleh orang-orang di sini.