Sabtu, 2 Oktober 2010

Kalau kamu rasa jadi orang miskin

Tags

Setiap kali ke Kota Kinabalu, Masidar memerlukan paling kurang seratus ringgit.Tambang dari kampungnya-Koromoko ke Kota Marudu sepuluh ringgit pulang balik. Dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu, tambang bas RM40 pulang balik. Itu belum masuk makan minum dan tempat tinggal.
Kami orang kampung dan bergantung hidup dengan bercucuk tanam, katanya.Tapi tanah kami yang telah dipohon sejak lebih 2o tahun lalu, sampai sekarang belum kena sukat, katanya.
Itulah sebabnya Masidar berulang alik ke Jabatan Tanah dan Ukur bagi meminta supaya permohonan PT tanah di Kampung Koromoko oleh penduduk kampung diberi kelulusan dan selepas itu kerja-kerja mengukur tanah dapat dilakukan demi kepentingan penduduk kampung.
Tapi sampai sekarang permohonan itu masih belum ada penyelesaian.
Kami diminta tunggu. "Tunggu punya tunggu, belum juga ada keputusan.Kalau begini sampai kiamat pun tak dapat selesai.
Beliau meminta kerajaan supaya membantu orang kampung dengan memberikan mereka tanah. Kalau boleh kami mereka supaya permohonan tanah kami dapat diluluskan, katanya sambil menambah,permohonan itu telah lama dibuat.Jika diluluskan sudah tentu mereka akan dapat bertani.
Tanah itu penting dalam kehidupan kami sebagai petani, katanya. Ia penting untuk sumber penghidupan kami. Di atas tanah itu kami boleh tanam getah,kelapa, buah-buahan.Selain itu, kami boleh tanam ubi kayu, ubi rambat dan sayur-sayuran, kata Masidar lagi.
Kamu belum rasa menjadi miskin, katanya.Orang miskin susah cari makan kalau tiada tanah.
"Kalau orang kaya tengah malam pun boleh cucuk dinding dapat duit," katanya.
Kami sudah lama menunggu.Kalau boleh jangan biarkan kami menunggu terlalu lama. Menunggu itu satu kerja yang bikin penat, katanya.