Khamis, 29 April 2010

Catatan sewaktu berkunjung ke QEH

Tags


Sejak tiga bulan lalu, LK1 KOM Zahari bin Mamat terlantar di Hospital Queen Elizabeth. Beliau terlantar sakit akibat kemalangan motosikal. Lima hari tidak sedarkan diri. Zahari mengalami kecederaan serius pada tulang peha kanan.

Tak ada sesiapa yang datang menjenguknya, kecuali rakan-rakannya anggota TLDM yang silih berganti mengunjunginya.

Pagi tadi, beliau menerima kunjungan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Dato' Anuwi Hassan sempena sambutan hari TLDM yang ke-76.

Zahari anak yatim piatu, begitu saya diberitahu. Beliau mempunyai seorang abang yang bertugas di KD Duyung Lumut.
Ketika berkunjung ke hospital kelmarin, saya melihat ada seorang ibu di sisinya. Puan Jaimah Mujiarto, 50 dari Kampung Lumadan Beaufort yang menjadi anak angkatnya.

Puan Jaimahlah yang sering melawatnya di hospital, menjaga keperluannya dan menemani Zahari yang sakit. Kebetulan anak Puan Zaimah,Shahrizal Sulaiman namanya, anggota navy adalah kawan kepada Zahari tetapi kini sudah dipindahkan ke Lumut Oktober lalu.

Bagi saya, secara peribadi, Puan Jaimah merupakan seorang hero. Hero kemanusiaan.Beliau sanggup menjaga Zahari di hospital, sanggup memberikan perhatian dan kasihsayang kepada zahari, apatah lagi Zahari tak ada siapa yang menjaganya kerana dia anak yatim piatu.
"Saya anggap dia macam anak saya sendiri," katanya. Puan Jaimah memiliki hati yang mulia kerana walaupun tinggal jauh sanggup berulang alik ke KK untuk menjenguk zahari yang sudah dianggap seperti anak sendiri.