Sabtu, 10 April 2010

Catatan dari Pasar Ikan ke Tanjung Kapor Kudat ke Rosob Pitas

Tags

Penerbangan dengan helikopter kali ini menghala ke Kudat. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Abdul Rahim Bakri yang juga Ahli Parlimen Kudat menyempatkan diri untuk bersama masyarakat Kudat dalam satu kempen kebersihan dan Majlis Gotong Royong Perdana di Pekan Kudat. Sebelum itu, beliau sempat berkunjung ke Pasar Ikan Kudat, bersalaman dengan penjaja-penjaja ikan sebelum mengetuai gotong royong membersihkan pasar ikan.

Selepas itu kami ke Sekolah Agama Rakyat Al Munawar Kampung Tanjung Kapor kerana beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Selepas majlis di Tanjung Kapor, kami terbang lagi ke Rosob Pitas sebelum balik ke Kota Kinabalu dan tiba jam 3.50 petang di Tanjung Aru.