Cerpen pertama yang dihasilkannya ialah Harimau Desa Ketapang pada tahun 1978. Cikgu Ibrahim telah menghasilkan lebih 40 buah cerpen sehingga tahun lalu. Selain menjadi guru, beliau pernah menjadi pemberita sambilan di antara tahun 80-an hingga 90-an dengan akhbar Borneo Mail. Raja Guru Sabah minat membaca novel, cerpen dan sebagainya.Menulis telah menjadi darah daging beliau sejak sekian lama. Penulis yang diminati ialah Arifin Arif (Datuk Haji Mohd.Arifin Arif), Jasni Matlani, Ramlie AR dan Sukor Haji Usin (Hasyuda Abadi).
Saya mula mengenalinya awal tahun 90an ketika persatuan kami Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengadakan aktiviti bersama GERIMIS Membakut di SK Pengiran Jaya Pimping. Ketika itu, cikgu Ibrahim giat menulis dan beliau terus menulis hingga kini.Syabas Raja Guru Sabah.
1 ulasan:
Dulu saya rapat dengan cikgu ni kerana dialah guru saya di sekolah rendah, suka sangat 'mengekorinya' di mana dia mau pergi, kerana kebetulan beliau menyewa bilik di rumah arwah datuk saya, Allahyarham Pg Haji Abbas Pg Hassan (ayah Seri Nanti). Dengannya belajar2 nyanyi di majlis perkahwinan (satu saja lagu yang saya pandai - Lagu 3 Kupang, entahlah jika Cikgu masih ingat). Selain teater, Ciku Ibrahim boleh main alat muzik dan bernyanyi juga. Beliau antara guru2 yang aktif mengimarahkan aktiviti seni di Lumadan Estate. Pada masa gaji, warga estate akan disajikan dengan aktiviti seni. Lebih meriah lagi ketika diadakan Hari PIBAGU sekolah saya. Berbangga juga kerana saya pun ikut menulis seperti beliau, sesuai sangatlah namanya RAJA GURU SABAH. Karyanya lain dari kebiasaan penulis lain lakukan. Ini muridnya...
Hasyuda Abadi
Catat Ulasan