Jumaat, 29 Januari 2010

raja kabuayaan

Tags

Jarang orang yang tidak mengenali `raja kabuayaan'.Bagi mereka yang melibatkan diri dalam politik pada akhir 80-an hingga awal tahun 2000,pastilah pernah mendengar nama `Raja Kabuayaan'. Sebenarnya beliau hanyalah orang biasa,jauh sekali menjadi raja. Cuma beliau sukakan gelar gelaran dan cepat berasa seronok jika dipanggil sultan ataupun raja.
Saya fikir beliau seorang yang mempunyai semangat survival yang tinggi.Walaupun menyedari tidak berpelajaran tinggi, raja kabuayaan tetap menggagahkan diri untuk mencari peluang yang ada.Oleh sebab itu, beliau sering kelihatan dalam program-program politik dan kepada orang yang dikenalnya, cepat dikenakan `cukai', yang sebenarnya bermaksud minta dibantu,dengan caranya sendiri.
Apa kelebihan raja kabuayaan? Antara kelebihannya ialah beliau antara angkatan pertama di kampung kami yang pandai mengaji.Cuma barangkali ada amalan ilmu tariqat tertentu yang membuat beliau tidak dapat pergi jauh.
Beliau seorang yang kuat semangat.Keistimewaanya ialah mampu menyusun kata-kata berirama dengan spontan.Satu ketika, beliau membuka kolam ikan dekat rumahnya tetapi ikan ikan itu habis didermakan kepada orang yang menyebut gelarnya.Tetapi itulah caranya menghulur sedekah, tanpa kita tahu, kita terikutikut meremehkannya.
Memang sebagai manusia, beliau punya banyak kelemahan.Tetapi kelebihannya tidak sedikit walaupun tersembunyi.
Melihat wajahnya, orang dengan cepat terbayang sosok tubuh Tuan Guru Haji Hadi Awang.Tetapi beliau bukanlah tuan guru walaupun dipanggil haji ulamak dikampung kami.
Sudah lama beliau tidak muncul di khalayak ramai dan sudah lama tidak mendengar katakatanya yang selalu berseni dan berirama.
Apapun pandangan dan pendapat saudara mengenai beliau, sama samalah kita mendoakan beliau cepat sembuh kerana sejak tiga tahun ini beliau hanya terlantar sakit di rumah dihinggapi stroke.
Beliau bukan orang penting.Dia hanya seorang orang biasa yang perlukan doa kita

3 comments

seorang yg amat istimewa kerana mempunyai kebolehan istimewa.

saya doakan beliau segera sembuh daripada penyakitnya..

Baru terbaca ni kisah arwah bapa saya..trima kasih kpda penulis yg bermurah hati mencerita kisah beliau..smoga beliau bersama org3 beriman...

Al-fatihah kpda arwah beliau saya...trima kasih kpada penulis