"kiroon jomo sama tu pendok bana, paling iko telungan jo, teko empat urang, nia no tekiro ni kono. Jewapan ni, ba ngini sab diam teturan ti un tenaat siampu' dangan, datus, deribu, delaksa?" sistem mesej singkat saudara Abd.Halim Haji Muttalib kepada saudara Muddin Beting.
Saya pernah menulis mengenai perkara ini secara sepintas lalu, setahun lepas dan tulisan pendek itu mendapat respon daripada beberapa pengunjung blog.
http://abdnaddin.blogspot.com/2008/12/benarkah-orang-bajau-tidak-pandai.html.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka.Saya dimaklumkan mengenai respon cikgu Halim ini oleh saudara Muddin, dan saya kira mustahak untuk saya catat dalam blog ini untuk dapat kita fikirkan bersama.
Mari kita fikirkan sama-sama katanya, kerana sudah tentu mempunyai sebab mengapa disebut begitu. Kalau manusia disebut dangan(seorang) duangan (dua orang) telungan (tiga orang) empat urang (empat orang). Sudah tentu mempunyai sebab musabab.Sistem kiraan Bajau bermula isa',duo, telu ampat, sepu dekau. Kalau bukan manusia, ia disebut dekau, dembua delisu, dempoon, dekarung, deongkob, desaan debanan,deekar, densepar dentebae', deringgit, depekos, detalam mengikut sifat barang yang dikira
Nama hari bagi orang Bajau mengikut sistem kiraan Melayu.Misalnya Lau aad (hari satu ), senin (hari dua) arbaa (empat), khamis (lima).Tapi hari jumaat , jumaah ertinya himpun.sabtu (tujuh) Tak semena-mena nama Jumaat menyelit sepatutnya kalau hari enam di Sebut Sitta atau Sittaun maksudnya enam. Ini terdapat pengecualian tertentu.Tetapi orang kita silap mengertikan hari Isnin kata mereka hari satu, selasa (hari dua). Sepatutnya hari Isnin disebut hari dua.Orang barat menamakan hari mereka mengikut nama dewa misalnya dewa kayu (wood) wednesday. Friday diambil daripada salah satu nama dewa matahari (FRIday)
Kita menyebut hari satu hari dua itu mungkin pengaruh penjajah. Orang Kedah dan Kelantan mungkin menghampiri maksud sebenar hari satu kerana mereka bekerja pada hari ahad.Cuti hari Jumaat kerana berhimpun sempena Solat Jumaat, penghulu segala hari.
Orang Barat cberuti hari Ahad kerana mereka ke gereja.
Katanya, penjodoh bilangan kita ngan, puu, urang, besar ertinya dalam kehidupan kita kerana ia penjodoh bilangan yang khas untuk manusia.
"mawag bana amun dekau dela, dekaau ruma, dekau pohon saging.Masing-masing teratur penggunaannya, tidaua kacau bilau, atau parak parik.
"sukur bana no, reti ni manusia tebida ko makluk lain
Bah somo somo pikir ti guru. Persoalan dangan, duangan, telungan, mengapa pula empat urang, satu persoalan menarik.
Bagi pendapat saya, katanya, perkataan urang tu pengaruh bahasa melayu. Tapi perkataan ngan dalam bahasa Bajau , tidak juga hilang terus.
'Ngan nia pan sab rungai tarus tenaat balik amun teku, sepu dangan duaempo dangan, siampu dangan"
dekau doukaau, telu kaau alap bana jurun ni. tapi bila naat dangan, duangan, telungan, keempat jadi empat urang, delaksa . Cikgu Halim menyambung sambil bercanda ,
petuut debingung, ujung-ujung sama pan bingung dediri ni .demikian kira-kira bunyi sms cikgu Halim itu.
Wallahualam.
2 comments
Salam saudara.
Satu paparan yang baik.
Cuma sedikit pembetulan, Rabu sebenarnya Reba dan Khamis itu Amis.
Delisu merujuk sebutir beras, padi dan sebagainya.
Dan jika jumlahnya banyak atau berguni-guni disebut diongkob.
Saya boleh bersetuju urang itu merujuk orang namun kemungkinan juga bukan, sebaliknya memang urang dalam sistem kiraan jumlah insan.
Orang Bajau juga ada sistem kiraan bulan mengikut bentuk bulan dengan pertengahan bulan adalah pernomo.
Ada hari dalam bulan tertentu mereka pergi nete' (mencari penyu bertelur dekat laut).
Kiraan klasik Bajau dalam sistem perubatan tradisi pula adalah saga (satu), muga (dua), latun (tiga), paat (empat), milang (lima), mangun (enam), pituk (tujuh), waguk (lapan), singai (sembilan) dan putut (sepuluh).
Kiraan ini hanya sampai sepuluh.
Salam.
terima kasih atas ulasan saudara Mohd.Azrone.
satu ulasan yang menarik dan mempunyai info yang mampu memperkaya pengetahuan kita