Sabtu, 7 November 2009

Pertemuan dengan anak Mandur Sarip

Tags








Sewaktu berusia lapan bulan, Ibu Nurmahwati bte Muhd Sarip dibawa oleh Mandur Sharip balik ke tanah Jawa. Sejak itu, ibu Nurmahwati hampir tidak pernah ke tanah kelahirannya. "Pernah juga bapak tua mahu ke Sabah, tapi tak kesampaian, kata anaknya.
Mandur Sarip merupakan salah seorang pengembang Islam di Sabah. Sebagai Mandur di Estet Labou, Mandur Sharif berdakwah hingga ke kampung-kampung menggunakan ilmu kebatinan yang banyak dikuasainya.
Banyak cerita mengenainya. kadang-kadang beliau berdakwah di kampung-kampung atau di tamu-tamu hingga ke acara sabung ayam. Disanalah beliau menerapkan usaha dakwahnya. Beliau berjaya menyampaikan pesan keislaman ke daerah-daerah pergunungan seperti Kundasang, Telipok dan Ranau.
Khabarnya Mandur Sarip pulang ke Jawa apabila beliau tidak setuju cadangan kerajaan memindahkan Masjid Kota Kinabalu ke Sembulan.
Ibu Nurmahwati yang kini menetap di SukaLuyu Bandung datang menziarahi keluarganya yang masih ada di Sabah. Selepas di bawa ke Indonesia, hubungan mereka terputus.
"Kami 57 tahun baru berjumpa," kata abang kandungnya Ewun Manan.
Kehadiran mereka ke Nadwah Pewaris Nabi, dimaklumkan kepada saya oleh Drs Abd Aziz Muji yang pernah membuat artikel menarik mengenai kisah Mandur Sarip.
Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima Dr.Haji Sakaran Dandai juga gembira dengan kehadiran Ibu Nurmahwati. Banyak kisah yang diceritakan mengenai kaedah berdakwah dahulu.
"Kalau ke Bandung, singgahlah ke Suka Luyu", kata Ibu Nurmahwati.
Rumah saya di Jalan Sido Mufti.
Saya berhasrat untuk menulis mengenai sumbangan dan peranan yang dimainkan Mandur Sarip dalam dakwah Islamiah di Sabah.
Insya Allah, saya akan ke sana.

2 comments

Assalammualaikum..
Tuan, saya amat berminat dengan sejarah perkembangan islam di Sabah amnya dan Ranau (tempat sendiri) khususnya. Adakah individu lain yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di Ranau selain Mandur Sarip?
*Memandangkan sumber sejarah perkembangan islam di Sabah amat kurang jadi saya ingin tahu di mana saya boleh mendapatkan maklumat yang terperinci, bukti ataupun jurnal tentang perkembangan agama islam di Sabah.
Harap tuan tidak terbeban dengan pertanyaan saya ini. Sekian terima kasih.

Salam,
sepanjang pengetahuan saya, selain mandur sarip, salah seorang yang pendakwah yang tidak kurang peranannya dalam menyebarkan agama Islam di ranau ialah Haji Mohd Zaini Palimbani. Beliau meninggal di ranau tetapi dikebumikan di kampung linau, kota belud.
sdri azean juga boleh mendapatkan maklumat darpada Dr Muhidin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah atau membaca bukunya Perkembangan Islam di sabah.
Selain itu, Datuk Haji Mohd.Din Sulai, kini di Putatan boleh juga diinterview.
Azean juga boleh berkunjung ke USIA untuk mendapatkan di bahagian dakwah usia.Selain itu, kalau tak silap terdapat beberapa mahasiswa UMS membuat kajian mengenai perkembangan agama Islam itu.
Sekian dulu