Jumaat, 2 Oktober 2009

Ular sawa di Tanjung Lipat

Tags


Tengah malam, tepatnya awal pagi selasa lalu kami dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang lebih dua meter di tengah jalan di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Serta merta Amai Shafiq memberhentikan kereta ketika melihat orang ramai berkerumun mengelilingi ular sawa itu. Mulanya kami ingat ada kejadian kemalangan, rupanya seekor ular sawa melingkar di jalan tanjung lipat itu. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.00 pagi itu Selasa itu menyebabkan kenderaan yang lalu lalang berhenti untuk melihat kejadian itu dari dekat. Bagaimanapun orang ramai dapat menangkap ular sawa itu sebelum ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kelihatan ular sawa yang berjaya ditangkap oleh pengguna jalanraya dalam kejadian itu.