Jumaat, 9 Oktober 2009

Sejenak di palm court

Tags





Ketika menerima sms undangan `open house', ramah tamah sambil BBQ dan masakan Indonesia dari Bapak Rudhito Widagdo, Pemangku Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, saya sedang menulis.
Saya berusaha memenuhi undangan itu, bukan saja kerana yang mengundang Bapak Rudhito tetapi juga kerana beliau seorang personaliti yang amat baik. Layanannya terhadap kami, orang media agak istimewa.
Saya merasa terhormat kerana mendapat undangan itu.
Undangan tertulis program bermula pukul 17.00 hingga pukul 21.00. Saya fikir waktu yang sesuai datang ialah pukul 19.00.
Jadi bersama Ketua satu Ikatan Penulis Sabah, IPS, Hasyuda Abadi atau nama sebenarnya Sukor haji Usin, kami tiba jam 19.00. Rupanya kami antara tamu yang terakhir datang. Kerana itu kami mendapat layanan istimewa daripada Pak Aiman Siregar, staff KJRI KK.Bapak Rudhito sendiri terpaksa memenuhi satu undangan lain. Kami minta maaf kerana agak terlambat
Tapi selepas kami, Zulhayati dari Daily Express dan rakannya menyusul. Kami menikmati jamuan hari raya, makan makanan Indonesia sambil menikmati lagu-lagu.