Ahad, 18 Oktober 2009

Kimaragang cuba angkat Kimaragang

Tags



KIMARAGANG CUBA ANGKAT KIMARAGANG


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang), sebuah pertubuhan bertaraf nasional telah ditubuhkan untuk memperjuangkan keperluan bangsa Kimaragang secara menyeluruh supaya ianya menjadi bangsa yang maju.
Presiden Kimaragang, Haji Janathan Kandok berkata, pertubuhan sukarela itu diasaskan dan digerakkan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta dan mendapat sijil pendaftaran pada 10 September 2009.
"Pertubuhan Kimaragang Malaysia ditubuhkan berasaskan resolusi seminar kepimpinan Kimaragang pada 29 Ogos 2008 dimana satu deklarasi penting yang dikenali sebagai Deklarasi Trongsoko telah dirangka dan menjadi asas untuk menetapkamn halatuuju perjuangan bangsa Kimaragang.
"Bagi memudahkan pelaksanaan deklarasi penting itu, sebuah pertubuhan peringkat nasional ditubuhkan," katanya dalam sidang media di sini kelmarin.
Antara misi pertubuhan itu ialah memberikan perkhidmatan mewujudkan mekanisme pengurusan bangsa Kimaragang,mengekalkan warisan bangsa Kimaragang,melakukan penyelidikan dan pembangunan bangsa Kimaragang, menganjurkan latihan dan pembangunan bangsa Kimaragang, memudahcara perolehan keperluan-keperluan bangsa Kimaragang, meningkatkan imej Kimaragang dan membangunkan kepimpinan bangsa Kimaragang.
Katanya, antara matlamat pertubuhan itu ialah mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan bangsa Kimaragang ke arah kemakmuran Malaysia,melahirkan usahawan bangsa Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada ekonomi negara,mempertahankan warisan bangsa Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang,mengangkat bangsa kimaragang kle tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing dalam arus pembangunan negara.
Sementara itu, penggerak-penggerak utama Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang) ialah Abdul Latiff Kandok, (Penasihat),Haji Janathan Kandok (Presiden), Dr.Jurin Gunsalam (Timbalan Presiden), Jason Majimal (Naib Presiden), Jafre Dangus (Setiausaha), Rozan Zulkifle (Bendahari) Jairan Maiba (-enolong Setiausaha) manakalah AJK terdiri daripada Christopher Mandut, Johan Jonathan Kajul, Rhonny Dominik, Azlee Makibin, Hairon Jackson, David Meja, Herman Ukon dan Guss Kambuyan
Keahlian pertubuhan itu terbuka kepada warganegara Malaysia bangsa Kimaragang berumur 18 tahun ke atas.
Kimaragang adalah merujuk kepada bangsa Kimaragang dari sub-etnik Dusun yang sebahagian besarnya mendiami Tandek dan Pitas dan dianggarkan berjumlah kira-kira 100,000 orang.