Ahad, 13 September 2009

Indarasen (Indarason Laut) yang sepi dan indah

Tags

Sebenarnya sebagai seorang yang suka menyelidik, saya telah sampai ke hampir kesemua petempatan masyarakat Iranun di negeri ini. Saya pernah menginap di rumah pakcik Pangidaman di kampung Nala, Tungku dan melihat matahari terbit dari arah laut sulu. Saya pernah ke Kampung Bakolod, juga ke kampung Barigas Tungku Lahad Datu untuk berkenalan dengan masyarakat Iranun di sana. Melalui perjalanan itu, saya dapat berinteraksi dengan komuniti iranun di sana, yang ternyata tidak banyak bezanya dengan komuniti Iranun di kota belud dan komuniti Iranun penghijrah di Likas dan kampung warisan inanam.Kecuali beberapa patah perkataan, perilaku orang Iranun di Kota belud dan Lahad datu, tidaklah banyak bezanya. Beza yang ketara ialah masyarakat Iranun di Lahad Datu dapat menikmati betapa cantiknya matahari terbit dari arah laut manakala masyarakat Iranun di Kota Belud dapat menghayati keindahan senja ketika matahari terbenam ke dalam laut.
Bagaimanapun, ketika melihat gambar yang diambil oleh saudara Shamsul Adzrin rakan di face book, mengenai panorama Kampung indarason laut, Kudat, barulah saya menyedari bahawa walaupun terletak berdekatan kota belud,saya belum lagi saya sampai ke kampung masyarakat Iranun di Kudat itu, yang kebetulan sebahagian daripada mereka sanak saudara saya.Kerana nenek saya dahulu di lahirkan di kampung Marimbau, Kudat, kampung yang sekarang ini tidak wujud lagi dan khabarnya telah ditinggalkan orang.
Sebenarnya ada hasrat untuk mengunjungi semua penempatan Iranun termasuk Reteh dan saba di sumatera. lingga, tontoli dan halmahera di sulawesi dan melihat diaspora Iranun , salah satu rumpun melayu di nusantara.

3 comments

Din,

Kalau ada masa saya ingin turut serta ketempat-tempat perkampungan Iranun di Indonesia.

Mungkinkah cara hidup mereka berbeza dgn kita di Sabah?

Salam Siber,

Pa'Min

Pa' Min,
barangkali ada manfaatnya kalau kita dapat mengunjungi komuniti Iranun di Indonesia. Di Tontoli, Sulawesi, menurut catatan terdapat 3,000 orang Iranun sekitar tahun 1812.Ketika itu kita di Tempasuk menurut catatan James Warren, hanya terdapat 300 orang.Bermakna Iranun di Tontoli lebih ramai lagi.Mungkinkah mereka masih berada di sana?salam

Saya teringat sejarah Sonsoral Island, sebuah negara di bawah naungan US yang terletak di Lautan Pasifik. Menurut khabar, pemerintahnya sekarang bernama Abdul Rahman,lulusan ekonomi dari sebuah universiti di Amerika mengakui bahawa nenek moyangnya adalah orang Iranun.Negara itu mempunyai sistemnya sendiri, sebuah negara yang menganggap pelawat bukannya pelancong tetapi pengunjung, dan mereka menjalankan urusniaga menggunakan kad dan sebagai pengunjung, perlu mendepositkan sejumlah awang dalam bank mereka.
Sonsoral, menurut agen pelancongan, boleh dikunjungi dengan kapal sejauh perjalanan satu minggu dari zamboanga.kalau anda mencarinya di atas peta, ia terletak di sebelah barat Mindanao, beberapa ratus km dari Republik Guam.