Khamis, 10 September 2009

Beberapa catatan

Tags

Cerita Ustaz Abdullah Mahdi
"Lama tak jumpa Ustaz! Apa khabar?" Saya menyalaminya. Agak lama juga kami tidak bertemu.Katanya sepanjang bulan Ramadhan ini beliau menerima banyak jemputan mengimamkan solat tarawih.

Ustaz Abdullah Mahdi L.Villar merupakan mantan pendakwah yang dilantik oleh Darul Iftah, Arab saudi yang diperbantukan kepada USIA Beliau merupakan lulusan Universiti Madinah. Beliau bertugas di Sabah sejak , kalau tak silap saya, awal 80-an lagi iaitu sebaik lulus dari universiti.

Dalam kunjungannya ke kampung-kampung yang jauh di pedalaman itu, beliau mendapati ada orang yang hanya solat sunat tarawih dan meninggalkan solat yang wajib.
"Mereka hanya sembahyang tarawih, tapi tidak sembahyang maghrib dan isya ," katanya. Apa lagi solat fardhu yang lain.
Ada pula yang bersahur jam 10.00 kemudian tidur hingga ke pagi. Ketika ditanya mengapa begitu, mereka memberitahu inilah yang dilakukan oleh nenek moyang kami. Banyak lagi cerita menarik yang disampaikan ustaz ini, yang membuat kami sama-sama tertawa.

hit counter
Saya berasa lucu juga melihat ada orang yang merosakkan hit counter saya.Ini merupakan kali yang ketiga. Kelmarin angkanya mencecah 27,137. Sekarang kembali lagi ke angka 11,934.he he.Mulanya saya terkejut juga, Terkejut kerana betapa mudahnya blog kita digodam oleh orang lain tanpa sepengetahuan kita.Teknologi memang begitulah barangkali.

Telefon dari Ibu Dayang

Ibu dayang telefon dari Tanaki memberitahu bahawa beliau menghasilkan puisi dengan mata pena yang yang paling besar, kerana beliau kini tak nampak abjad yang kecil.Mesin taipnya pula rosak. Katanya, antara lain puisinya itu berkisah mengenai `aku mahu hidup seratus tahun lagi bagi melihat perjuangan sastera di Sabah mencapai kejayaannya.

Ibu tulis juga "Apa Khabar Bahasa, Apa Khabar IPS. Aku tanya juga apa khabar Majlis Bahasa dan Sastera Sabah? ada kan dulu majlis tu di tubuhkan? sekarang apa khabarnya? kan dia ditubuhkan untuk bantu penulis. Kalau ada kan boleh dilkunjungi untuk mengadukan masalah penulis," katanya sambil menambah puisi itu `aku bikin kelmarin' dan `aku sudah poskan' kata Ibu Dayang, penyair yang juga merupakan wartawan melayu pertama di Sabah.

Hari Keluarga Abdullah Duaming

Cikgu Hajat memberitahu hari Keluarga Abdullah Duaming akan diadakan pada 26 September 2009 di Perkarangan Rumah Pak Jikal Gabie di Kota Belud dan acara hari keluarga itu dipengerusikan oleh Dr.Liddy salun. Hos kali ioni ialah keluarga Aning binte Abdullah. Tolong sebarkan ya. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 0165888505. Maklumat juga boleh diperolehi melalui http://abdullahduaming.blogspot.com/

Menunggu jam 2.00 petang

Saya diberitahu kelmarin majlis bermula jam 8.00 pagi.Jadi saya dijemput datang untuk mengambil gambar jam 9.00 pagi atau jam jam 10.00. Saya kelam kabut juga kerana jam menunjukkan 10.15 pagi. Ertinya saya agak terlambat.Sesampainya di sana, tak perlulah disebutkan tempatnya, saya diberitahu majlis penyerahan makanan itu sebenarnya bermula jam 2.30 petang.


4 comments

Salam.

1. Maksudnya Dayang Salmah Salam ialah wartawan Melayu pertama di Sabah?

2. Kalau ingat dan sempat, salam untuk Pak Jikal dan Dr. Liddy.

Wassalam.

Saya termasuk dalam kelompok keluarga Abdullah Duaming tu tidak salah saya ada tiga kali saya pernah menghadirinya namun nampaknya tahun ini tidak sempat kerana berlanggar dengan jadual kerja yang telah ditetapkam

Cikgu, Insha Allah nanti kalau ketemu saya akan sampaikan salam cikgu buat mereka.
Menurut catatan, memang Ibu Dayang itu disifatkan sebagai wartawan melayu pertama di sabah kerana belum ada catatan lagi yang dapat membuktikan sebaliknya.

Kalam Jaafar,
sudah resam wartawan.begitulah kiranya.apa nak buat.

Salam.

Terima kasih atas respons tuan. Sudah lebih setahun saya tidak ke Sabah. Saya sudah mula pandai rindu pada orang Ranau, Keningau, Kota Belud dan lain-lain. Teruskan menulis.

Wassalam.