Jumaat, 21 Ogos 2009

Pernah berkunjung ke Penimbawan?

Tags



Pernah berkunjung ke Penimbawan? Saya pernah. Tetapi kampung terpencil yang terletak di daerah Tuaran ini sebentar lagi akan berubah wajahnya, kata Menteri. Kampung Air yang cantik ini tidak lama lagi akan digilis roda pembangunan. Mengikut cerita, kebanyakan penduduknya akan dipindahkan ke perumahan yang dibina di pinggir bukit, lebih baik dan lebih selesa. Bagaimanapun, ramai juga yang merungut kerana belum mendapat tempat di lokasi perumahan baru itu.
Saudara-saudaraku, akan kemanakah mereka?

4 comments

kalau datang ke penimbawan, tentu penulis dapat lebih banyak ilham

Saya pernah ke Panimbawan. Tempat tersebut memang cantik and tenang. Orang kampung sana memang baik baik belaka dan kehidupan sederhana. Kanak kanak sana kebanyakan masih main guli dan engkang engkang, belum didedahkan dengan video game..

Bila berkunjung ke sana bagaikan masalah pun hilang.

salam. bukan semua kemajuan itu mendamaikan.menenangkan jiwa. bukan bersangka buruk, tidak.. jauh sekali menolak kemajuan tapi berapa banyak tempat, kawasan penempatan ditempat kita yang masih kekal dlm keadaan serba kekurangan semenjak kerajaan negeri belum berganti. kadang2 saya melihat kawasan di majukan bukan kerana parioriti utama rakyat tapi hak persendirian, untuk kepentingan yang memerintah..
rasanya lebih baik kedamaian itu di kekalkan, kemajuan sekarang lebih banyak yang menyesakkan jiwa.