Khamis, 13 Ogos 2009

Di depan lukisan Cikgu Awang

Tags












Cikgu Awang, atau nama sebenarnya Awang Abdul Hamid adalah seniman yang tidak henti-hentinya merakam denyut nadi bangsanya, sama ada melalui tulisan, teater malah dalam seni lukis. Selama ini, dunia sastera mengenalnya sebagai Pena Ahad. Beliau telah menghasilkan berpuluh-puluh buah cerpen, juga sajak sejak tahun-tahun 70-an lagi.
Dalam dunia seni lukis, cikgu Awang melukiskan kisah suka duka nelayan mengkabong, yang sebahagian hidup mereka bergantung kepada pasang surut air, juga orang yang mengambil air sungai untuk kegunaan harian nun jauh di Pitas. Cikgu Awang telah melakar sejarah, bukan saja kepada dirinya sendiri malah untuk seniman pelukis di negeri ini apabila menjadi pelukis yang pertama membuat pameran di Imperial International Hotel di Kota Kinabalu.
Sebahagian jualan lukisan itu, kata cikgu Awang didermakan kepada Rumah Kebajikan .

2 comments

abg nad, teringat pula pelukis muda dari mengkabong, namanya muslim mattajim. lama x dengar ceritanya.

Nanti abang cari dan interview dia. lama tak dengar ceritanya. tapi dengarnya dia masih melukis