Entah berapa kali saya berada di ruang itu-ruang menunggu di pejabat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Saya suka berada di sana kerana setiap kali saya berada di sana, saya berpeluang untuk mentertawakan diri sendiri.Membuat saya berfikir, membanding-bandingkan diri dengan gambar-gambar yang terdapat di ruang menunggu sekaligus ruang pertemuan itu.
Sebenarnya tidak ada yang menarik dalam gambar-gambar itu jika dilihat sepintas lalu. Ia hanyalah gambar-gambar monyet dalam pelbagai posisi.Ada monyet belanda yang lebih dikenali proboscis monkey dan sebagainya. Mengamati dari dekat, gambar-gambar monyet itu membuat saya merenung lebih dalam ke dalam diri sendiri. Banyak kelakuan kita, tabiat kita, sikap hidup kita, cara bertindak kita, pemakanan kita tak ubahnya seperti monyet.
Dengan mempamerkan gambar-gambar itu, Saya kira Masidi sebenarnya ingin memberitahu bahawa salah satu produk pelancongan di Sabah ialah monyet belanda, monyet pemakan daun yang tidak terdapat di belahan dunia yang lain. Beliau secara tidak langsung memberitahu betapa penting dan perlunya menjaga kelestarian alam sekitar di negeri kita.
Tapi gambar itu memberi banyak makna kepada saya. Mungkin orang melihatnya tak lebih sekadar gambar, gambar monyet. Banyak tafsiran yang muncul di kepala ketika memerhati gambar-gambar itu. Saya bayangkan diri saya melompat dari dahan kayu ke dahan kayu yang lain. Bergantungan dari dahan ke dahan. Membina komuniti sendiri, undang-undang sendiri tanpa pedulikan makhluk lain.Hidup tanpa memikirkan masa depan atau masa lalu. Asalkan hidup, dapat makan, tak perlu memikirkan orang lain atau kehidupan lain. Banyak persoalan dan bayangan yang muncul dalam fikiran saya ketika melihat gambar-gambar itu. Apakah diri saya juga tak lebih dari seekor monyet, yang betapapun handsomenya tetap tidak menarik kerana saya seekor monyet.Itulah fikiran yang selalu terlintas di benak saya.
Saya fikir, banyak jenis orang yang telah berada di ruang itu. Mungkin mereka juga telah melihat gambar-gambar monyet itu. Tapi saya pasti tak ada di antara mereka yang ingin menjadi monyet walaupun kelakuan mereka seperti monyet.
Selasa, 9 Jun 2009
melihat gambar monyet sambil mentertawakan diri sendiri
✔
abd naddin
Diterbitkan 2:51 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments
Charles Darwin kata asal usul kita adalah dari monyet. Baru-bsru ini ada kajian, bahawa cara ketawa monyet ada persamaan kita. Jumlah kromosom manusia sama dengan monyet. Kesimpulannya secara amnya, fizikal kita hampir sama dengan monyet, cuma yang membedakan kita dengan abang kita itu (teori darwin) adalah akal dan fikiran. Sekiranya akal dan fikirian tiada, sudah tentu kita tidak ramai seteru dalam dunia ini, kerana kita tidak akan pernah memikirkan makhluk lain.
Menghormati haiwan juga merupakan satu aspek dalam hidup berakhlak...mentertawakan monyet sama dengan memmpersendakan....wallah hu alam
adakah mentertawakan monyet itu sama dengan mempersendakan kejadiannya???
menghormati haiwan adalah satu aspek dalam hidup berakhlak...
Saya tidaklah mengajak orang mentertawakan monyet tetapi ketika saya melihat gambar monyet, saya berpeluang memeriksa diri sendiri sambil mentertawakan diri sendiri.