Rabu, 6 Mei 2009

Kebenaran bagaikan seekor cicak

Tags

Kebenaran bagaikan seekor cicak.
Yang kita tangkap cuma ekornya, sementara kepalanya terlepas.
Kata-kata inilah- saya terlupa pula siapa yang mengucapkannya- yang muncul di fikiran saya selepas melayari beberapa blog , pagi ini.
Saya teringat juga kata-kata seorang pengarah filem Iran, makhbalhaf? . Katanya kebenaran adalah ibarat cermin yang jatuh dari langit Tuhan lalu berkecai dan berpecahan di bumi.Masing-masing orang mengutip serpihannya dan bercermin di dalamnya.
Paling malang ialah apabila seseorang menusukkan pecahan cermin yang dia miliki kepada kawannya yang juga memiliki pecahan cermin yang lain. Salam

9 comments

Kalaulah serpihan itu dikutip dan dikumpul penuh hati-hati tanpa perlu diguna untuk menusuk, alangkah lebih baik lagi.

Cicak...selama berada di sini, saya belum pernah lagi ternampak cicak.

cantiknya perumpamaan itu abg nad...

aranam..

situ cicak tak idup. kurang serangga kot..ehehehe..

Pena Alam
Mungkin...hehehe... :)

Tuan rumah, maaf...kami tumpang bersembang di sini... :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

jangan lupa "cicakman" mana2 boleh hidup

kebenaran dan keadilan adalah perkara yang subjektif. kebenaran kepada kita mungkin kepalsuan kepada orang lain. keadilan kepada orang lain mungkin tidak adil kepada kita. Dacing yang menimbang sekilo tulang dan sekilo isi lembu nampak adil dan seimbang tapi kalau kita yg dapat tulang dan orang lain dapat isi, adilkah?

keadilan memang tidak dinafikan adalah subjektif tetapi agak jangal kalau orang lain dapat sekilo daging tetapi kita pula dapat sekilo tulang... bagi saya ukuran keadilan subjektif tetapi kalau dah macam tu telah menjadi objektiflah...

"keadilan itu adalah cahaya yang menerangi kegelapan, tanpannya gelaplah alam semesta" (Sambalbelacan)

kata pak guruku keadilan itu adalah apabila yang berhak mendapat haknya.