Sabtu, 30 Mei 2009

Catatan ringkas mengenai kaum Bonggi

Tags

Suku kaum Bonggi yang menetap di pedalaman Pulau Banggi, Pulau terbesar di Sabah diklasifikasikan dalam rumpun kadazan dusun. Kebanyakan pengkaji menyebut etnik ini sebagai Dusun Banggi tetapi seorang ahli linguistik, Michael Boutin mengatakan Bonggi adalah suku tersendiri dan lebih tepat jika ia dipanggil suku kaum Bonggi.

11 comments

jelas daripada pakaian tradisinya agak berbeza dgn kaum KDM, lebih mirip pakaian orang Filipina

Ya, saya setuju. Majoriti kaum Asli yang ada di Sabah seperti Tambanuwo, Bonggi dan beberapa kaum lain berasal dari kepulauan Filipina. Tausug (Sulug) memanggil mereka sebagai kaum Ayta atau Agta yang membawa maksud kaum Pagan (Asli).

Kebanyakan kaum Ayta di Sabah telah dibawa oleh tentera laut Sulu (Bajau Balangingi dan Iranun) setelah menangkkap mereka atau kalah perang (kerana menjadi tentera spanyol). Tentera laut Sulu menjual mereka kepada Pangeran dan Datu Tausug di Sabah ketika itu sebagai hamba abdi.

Kaum Ayta setelah itu berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan seperti Idahan, Tidung dan Murut.

Demikian juga dengan kaum Dusun-Kadazan. Mengikut kajian mereka berasal dari suku kaum H'mong dari Vietnam, Kemboja dan Burma yang juga dibawa oleh Tentera Laut Sulu (Balangingi dan Iranun) yang rata-rata mereka berasal dari Indochina. Juga telah berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan dan Ayta Filipina. Maka terhasillah kaum-kaum lain seperti Dusun, Lotud, dan kaum-kaum lain.

Kaum yang paling baru muncul ialah KADAZAN yang dicipta oleh Tun Fuad Donald Stephen pada tahun 50-an. Kadazan terhasil dari satu nama persatuan kaum Dusun Bandar. Kadazan suku asalnya ialah Dusun jua.

Baca hasil kajian kami di http://tausug-global.blogspot.com

Kami telah mendapati tentera laut Sulu telah menjadikan Pantai Barat Sabah sebagai pangkalan mereka sehingga ke Pulau Palawan.

Didapati kepulaun Spratley sehingga ke Pulau Taiwan dijaga oleh Bajau Balangingi dan Iranun. Mereka adalah tentera laut Sulu yang ditugaskan oleh Sultan Sulu menjaga pedagang Mutiara Sulu ke China (Tidak hairan Sulu punya simpanan emas yang banyak disebabkan perdagangan mutiara dengan China).

Bajau Balangingi dan Iranun kerap kali menyusur pantai Burma, Kemboja, Vietnam sehingga ke Taiwan. mereka kerap masuk ke sungai-sungai menangkap kaum asli H'mong lalu dijual ke Sabah sebagai penanam beras.

Kedahsyatan tentera laut Sulu terkenal sehingga ke Kelantan dan Terengganu hinggakan Tentera Laut Sulu dipanggil LANUN sempena nama Iranun. Ini di akui sendiri oleh Francis James Warren dalam buku kajiannya Sulu Zone: 1700-1800 dan Iranun and Balangingi.

Hari ini Bajau balangingi masih menetap di Kota Belud bersama kaum Iranun di sepanjang Pantai Barat Sabah.

Banyak fakta yang perlu disemak dan diteliti ulang. Buku James Warren juga boleh dijadikan rujukan walaupun ia belum muktamad. Tetapi terima kasih atas komen.

Betul kata saudara Naddin, kandungan buku james warren banyak yang saya tidak setuju. terutama apabila menyentuh tentang pelanunan.

Walaubagaimana pun banyak faktanya yang sama dengan tradisi lisan Sulu berkaitan Balangingi dan Iranun sama seperti catatan Adib Mahul.

Balangingi dan Iranun digelar "Mangangayaw" atau mengayaw oleh kaum Sulu bermaksud "Penjaga Laut Sulu".

Kajian perlu dilakukan secara berterusan. Dalam blog kita hanya mampu melemparkan pelbagai bahan kajian agar faktanya boleh ditambah atau dikurangi sekiranya silap oleh pengunjung.

Saya setuju dgn komen abdnaddin mengenai buku James Warren, apapun kita kena menerimanya secara rasional seandainya ada fakta yg mengaitkan kebenaran yg ditulis oleh james warren.bagi saya sejarah tetap sejarah. Walaupun sejarah itu tidak menyebelahi kita secara positifnya, Kita harus menerimanya.

Asal Bajau Samah Kota Belud adalah Bangingi@Balangingi dan telah lama menetep di Kota Belud serta Beberapa Kawasan Pantai Barat Sabah dan induknya jika di Pantai Barat Sabah adalah Negri Tempasuk dan kini dikenali sebagai Kota Belud.Kelojekkannya adalah Mereka pernah menjaga Laut Cina Selatan bersama Kaum Iranun kini menetap bersama di Kota Belud.Selain dari itu buktinya juga apabila kini Kaum Bajau Samah Kota Belud serta Kaum Iranun telah bersetuju untuk berkongsi Adat Kebudayaan Bersama kerana dahulunya mereka pernah mimiliki sejarah yang sama di lautan..AcFian.

Asreemoro...Fakta anda mungkin betul dan juga mungkin salah atau ditokok tambah. Mengikut kajian sejarah Universiti Malaysia Sarawak dan kajian Universiti Gajah Mada dan kajian arkeologi ethnologue dan buku catatan pelayar Belanda, Von Borneo di Banjar. Ada 4 peringkat kedatangan manusia ke Borneo 5 ribu tahun dahulu. Pertama RUMPUN BESAR NORTHERN BORNEAN yang sekarang terdiri dari kaum Dusun, Murut, Berawan, Kenyah, Kayan, Berawan dan. Mereka dari zaman orang Neolitik. Kemasukan mereka dari Pulau Karimata, sebelum singgah di pesisiran pantai barat Sarawak sekarang. Kaum dusun mudik ke hulu mencari kehidupan sampai ke hujung Borneo. Kesannya sekarang, kalau dilihat pakaian asal kaum Melanau Likau di Sarawak adalah sama dengan kaum Dusun di Sabah. Manakala kaum Murut, Kenyah, Kelabit, Seru, Berawan, Bukitan dan lain-lain menetap di Milau (nama asal Sarawak dahulu).

Kumpulan kedua sampai di kepulauan Borneo ilah dari RUMPUN LAND DAYAK yang sekarang ialah kaum Bidayuh, Jangkang, Bakati, Lara, Sembawang. Mereka belayar dari Kepulaun Sumatera dan singgah di Singkawang sebelum menyebar di Kalimantan Barat dan Selatan Sarawak.

Kumpulan ketiga sampai di Kepulaun Borneo ialah RUMPUN BARITO BESAR yang melahirkan kaum Dayak Ngaju, Bakumpai, Ot Danum, Bajau, Sama, Dayak Maanyan. Mereka dari kaum yang lebih moden. Belayar ke Borneo melalui Pulau Jawa dan singgah di Palangkaraya, Kalimantan Tengah. Di sungai Barito mereka telah berpecah kepada beberapa suku. Kerajaan pertama yang mereka dirikan Kerajaan Maanyan. Rumpun Barito yang beragama Islam mengklaimkan diri mereka kaum banjar manakala suku yang tidak mahu menerima islam lari ke pendalaman menyebar ke pendalaman. Kaum bajau dan sama pula belayar menyusuri pantai timur Borneo dan membentuk kerajaan Tarakan sebelum dikalahkan kerajaan Kutai dan bulungan berketurunan Murut Tidong. Kemudian mereka melarikan diri ke utara Borneo dan menyebar di selatan Filipina. Manakala kaum Malagasy dari Rumpun Barito Besar tidak berpindah ke Borneo, sebaliknya ke MADAGASKAR afrika. Penceritaan nenek moyang mereka menyatakan mereka dihanyutkan oleh laut semasa mereka belayar ke kepulauan borneo bersama rumput barito yang lain. Ada sumber menyatakan mereka dibawa oleh belanda sebagai askar upahan.

Rumpun keempat dan terakhir sampai sebelum era manusia moden ialah RUMPUN MALAYO. Rumpun ini sangat besar dan kuat. Rumpun ini sekarang seperti kaum Brunei, Banjar, Iban, Malayo Dayak, Kanayan. Mereka sampai dari kepulauan jawa sebelum mendarat di Palangkaraya. Di Sambas, mereka telah berpecah. Kaum Brunei, Banjar yang menerima islam membuat provo keatas rumpunnya yang enggan menerima islam seperti Iban, Malayo Dayak dan Kanayan yang menyebabkan kaum ini melarikan di Kapuas. Dan kemudian kaum iban masuk ke sarawak dan mengalahkan kaum dari rumpun NORTHERN seperti murut, kayan, kenyah dan menyebabkan RUMPUN NORTHERN melarikan diri ke pendalaman. Manakala kaum Brunei belayar dan berjumpa dengan Melanau dan berjaya mengislamkan melanau hinggau sampai ke Brunei. Di brunei, dengan bantuan orang Dusun dari RUMPUN NORTHERN mereka berjaya mendirikan kerajaan. Sultan pertama Alak Betatar ialah keturunan Bisaya. Bisaya Borneo sebenarnya bukan dari rumpun bangsa Visayan di Filipina. Bisaya berasal dari maksud Besa nya atau selalunya. Kaum bisaya di wujud hasil campuran kaum Brunei dan Dusun. Kalau dilihat di Brunei hari ini, Bisaya kebanyakan beragama islam dan mereka menyatakan diri mereka ialah orang dusun jati atau dusun asal. Kaum Banjar pula menumbuhkan kerajaan banjar di Banjarmasin. Mereka menyerang RUMPUN BARITO di swlatan borneo hingga rumpun tersebut berpecah. Kaum yang enggan menerima islam melarikan diri manakala kaum bajau menerima islam. Dari barito, kenapa kaum bajau dan sama terasing jauh dari rumpunya? Universitas Samarinda menyatakan, ini disebabkan kaum ini setelah memeluk islam, telah dijadikan askar oleh kesultanan banjar dan belayar menyebarkan islam dikalangan orang murut bolongan dan murut tidong.

Asreemoro...Fakta anda mungkin betul dan juga mungkin salah atau ditokok tambah. Mengikut kajian sejarah Universiti Malaysia Sarawak dan kajian Universiti Gajah Mada dan kajian arkeologi ethnologue dan buku catatan pelayar Belanda, Von Borneo di Banjar. Ada 4 peringkat kedatangan manusia ke Borneo 5 ribu tahun dahulu. Pertama RUMPUN BESAR NORTHERN BORNEAN yang sekarang terdiri dari kaum Dusun, Murut, Berawan, Kenyah, Kayan, Berawan dan. Mereka dari zaman orang Neolitik. Kemasukan mereka dari Pulau Karimata, sebelum singgah di pesisiran pantai barat Sarawak sekarang. Kaum dusun mudik ke hulu mencari kehidupan sampai ke hujung Borneo. Kesannya sekarang, kalau dilihat pakaian asal kaum Melanau Likau di Sarawak adalah sama dengan kaum Dusun di Sabah. Manakala kaum Murut, Kenyah, Kelabit, Seru, Berawan, Bukitan dan lain-lain menetap di Milau (nama asal Sarawak dahulu).

Kumpulan kedua sampai di kepulauan Borneo ilah dari RUMPUN LAND DAYAK yang sekarang ialah kaum Bidayuh, Jangkang, Bakati, Lara, Sembawang. Mereka belayar dari Kepulaun Sumatera dan singgah di Singkawang sebelum menyebar di Kalimantan Barat dan Selatan Sarawak.

Kumpulan ketiga sampai di Kepulaun Borneo ialah RUMPUN BARITO BESAR yang melahirkan kaum Dayak Ngaju, Bakumpai, Ot Danum, Bajau, Sama, Dayak Maanyan. Mereka dari kaum yang lebih moden. Belayar ke Borneo melalui Pulau Jawa dan singgah di Palangkaraya, Kalimantan Tengah. Di sungai Barito mereka telah berpecah kepada beberapa suku. Kerajaan pertama yang mereka dirikan Kerajaan Maanyan. Rumpun Barito yang beragama Islam mengklaimkan diri mereka kaum banjar manakala suku yang tidak mahu menerima islam lari ke pendalaman menyebar ke pendalaman. Kaum bajau dan sama pula belayar menyusuri pantai timur Borneo dan membentuk kerajaan Tarakan sebelum dikalahkan kerajaan Kutai dan bulungan berketurunan Murut Tidong. Kemudian mereka melarikan diri ke utara Borneo dan menyebar di selatan Filipina. Manakala kaum Malagasy dari Rumpun Barito Besar tidak berpindah ke Borneo, sebaliknya ke MADAGASKAR afrika. Penceritaan nenek moyang mereka menyatakan mereka dihanyutkan oleh laut semasa mereka belayar ke kepulauan borneo bersama rumput barito yang lain. Ada sumber menyatakan mereka dibawa oleh belanda sebagai askar upahan.

Rumpun keempat dan terakhir sampai sebelum era manusia moden ialah RUMPUN MALAYO. Rumpun ini sangat besar dan kuat. Rumpun ini sekarang seperti kaum Brunei, Banjar, Iban, Malayo Dayak, Kanayan. Mereka sampai dari kepulauan jawa sebelum mendarat di Palangkaraya. Di Sambas, mereka telah berpecah. Kaum Brunei, Banjar yang menerima islam membuat provo keatas rumpunnya yang enggan menerima islam seperti Iban, Malayo Dayak dan Kanayan yang menyebabkan kaum ini melarikan di Kapuas. Dan kemudian kaum iban masuk ke sarawak dan mengalahkan kaum dari rumpun NORTHERN seperti murut, kayan, kenyah dan menyebabkan RUMPUN NORTHERN melarikan diri ke pendalaman. Manakala kaum Brunei belayar dan berjumpa dengan Melanau dan berjaya mengislamkan melanau hinggau sampai ke Brunei. Di brunei, dengan bantuan orang Dusun dari RUMPUN NORTHERN mereka berjaya mendirikan kerajaan. Sultan pertama Alak Betatar ialah keturunan Bisaya. Bisaya Borneo sebenarnya bukan dari rumpun bangsa Visayan di Filipina. Bisaya berasal dari maksud Besa nya atau selalunya. Kaum bisaya di wujud hasil campuran kaum Brunei dan Dusun. Kalau dilihat di Brunei hari ini, Bisaya kebanyakan beragama islam dan mereka menyatakan diri mereka ialah orang dusun jati atau dusun asal. Kaum Banjar pula menumbuhkan kerajaan banjar di Banjarmasin. Mereka menyerang RUMPUN BARITO di swlatan borneo hingga rumpun tersebut berpecah. Kaum yang enggan menerima islam melarikan diri manakala kaum bajau menerima islam. Dari barito, kenapa kaum bajau dan sama terasing jauh dari rumpunya? Universitas Samarinda menyatakan, ini disebabkan kaum ini setelah memeluk islam, telah dijadikan askar oleh kesultanan banjar dan menyebarkan islam kepada orang bolongan dan murut tidong hingga ke utara borneo dan selatan filipina.

Tiada fakta yang jelas tentang suku kaum bonggi ini berasal daripada filipina.Dari segi penelitian saya,suku kaum ini belum dapat dikenal pasti tentang kewujudan mereka dari mana mereka berasal.Suku kaum bonggi ini bagi saya tidak ada berasal daripada mana-mana negara..dan jika mereka berasal daripada filipina atau daripada mana-mana negara lain atau tempat lain,walaupun bahasanya tidak sama,namun kita akan boleh melihat daripada segi budaya dan corak kehidupan mereka.Bonggi ini kalau menurut pandangan saya mereka ini merupakan manusia yang primitf iaitu manusia zaman paeliolitik atau lebih dikenali sbagai manusia zaman batu,kerana sikap mereka yang suka berpindah randah apabila selesai musim menuai dan memungut hasil tuaian..menurut pandangan saya juga,suku kaum ini tidak mempunyai ketentuan corak pemakaian,semua warna mereka pakai dan mereka tidak ada kreativiti tentang pakaian..yang penting mereka mempunyai pakaian dan boleh menutup badan mereka..bukti bahawa suku kaum ini merupakan manusia zaman batu adalah,cara hidup mereka hanya tertumpu kepada bercucuk tanam dan hanya cukup untuk menyara kehidupan mereka sahaja..jika kita terokai kawasan hutan di pulau banggi,kita akan menjumpai periuk yang diperbuat daripada tanah liat dan banyak lagi..dan ini lah yang menandakan mereka merupakan orang asli disana dan tidak ada perkaitan dengan kewujudan mereka daripada mana-mana negara..mungkin kita boleh mendapati banyak bukti kewujudan mereka ini jika ianya berasal daripada filipina dan sekali gus kitakan menjumpai bekas kewujudan mereka di filipina jika ianya betul bahawa mereka daripada filipina..akan tetapi faktanya dan buktinya tidak ada..maka dengan itu,suku kaum ini memang orang paeliolitik dan mereka memang orang asal di sana..

Suku kaum bonggi tidak ada perkaitan dengan kelompok ini..